Che Mat Che Nah mulanya nak mulakan ronda ronda ni dengan mengerjakan Umrah dulu..tapi di sebabkan poket penuh masa bulan mei 2017, cucu muncul ke dunia pada bulan jun dan umrah tak dapat di buat sehingga selesai ibadah Haji pada bulan September, Che Mat Che Nah mulakan ronda-ronda ke Balkan 9 negara..Milan dan Venice di Itali, Vienna di Austria, Crotia, Bosnia, Montenegro,Macedonia,Albnia, Bulgaria dan terakhir Istanbul, Turki.
Che Nah punyala survey tour agent mana yang paling ok, murah dan paling penting bukan penipu..sekali che nah terkena (mcm tipah tertipu) mmg serik nak ikut ja cadangan kekawan tour agen yg depa rekomen...jadi che nah google punya google sampai Kembara Sufi Travel & Tours jadi pilihan Che Nah...Che Mat follow me je...hemmmm.... Tapi alhamdulillah memang berbaloi dan tepat pilihan Che Nah memilih agen ni..mmg berpuas hati dengan aturcara perjalanan, tour guide, tour leader , supir dan kekawan baru sepanjang perjalanan. Trip ni bukan full board, kira makan siang duit sendiri je...tp boss Kembara Sufi selalu menghadiahkan/sedekah makan tgh hari...bayangkan RM6999 boleh cover 9 negara...cuma kat bosnia, ada 1,2 tempat yg menarik tak ada dalam jadual perjalanan...yg buatkan Che Nah agak frust dan menaruh harapan nak repeat balik ke negara-negara Balkan ni....huhuhu...tapi tak tau la bila boleh repeat ke Bosnia ni...
Inilah pertama kali che mat che nah menjejak kaki ke benua Eropah...dan kali kedua ronda-ronda dengan pakej tour agent. Kalau nak jelajah sendiri (back packer ) nak rancang dan atuq sampai 9 negara tak berupaya la pulak..hahaha..
Seperti biasa hanya gambar kenangan jadi penyambung cerita. Yg penting selepas ronda ronda negara-negara Balkan, che mat che nah banyak ikut trip ke negara-negara Eropah, dengan Kembara Sufi Travel & Tours jadi pilihan..namun Balkan tetap yg terbaik untuk di lawati.
Ada rezeki lebih memang nak repeat ke negara negara Balkan ni..
Trip ke Balkan ni, Che Mat Che Nah merasala naik Saudia Airlines..first time naik flight luar negara ni memangla teruja betui. luggage pun boleh bawa 40 kg tapi kena dua beg...okla tu..flight lain standard 30 kg jer...
Berkumpul di counter Saudi Airlines dapatlah Che Mat Che Nah nengok kawan kawan se angkatan yg lain, ada yg ramah, ada yg pendiam maklumla baru nak berkenalan...tp group watsup dah di kewujudkan oleh Kembara Sufi ni, 2 minggu sebelum bertolak..Che Nah rabung jugak berceloteh dalam wasap, tp bila berjumpa jadi malu malu kucing la pulak...Maklumla semuanya smart bergaya, tak la macam Che Nah yg ala-ala kucing kampung masuk pekan ni...hehehe..
Tour Leader kami Ikbal dan Akmal, kedua2 nya masih muda, 23 dan 25 tahun ..kira baya anak2 Che Mat Che Na la...tp inilah Tour Leader yang terbaik sepanjang kembara ronda-ronda Che Nah Che Nah selama ni..Selepas sessi berkenalan, semua mengikut tour leader untuk boarding dan ronda-ronda pun bermula..jeng jeng jeng..
Saudi Airlines ni transit di Jeddah, punyala lopek airport depa ni dan kebetulan musim haji dah berakhir, jadi bersesak2 dengan para haji dan hajjah yg nak pulang ke negara masing2. Boarding pun punyala ketat, muka pegawai imigresen pun kelat macam mempelam muda...Semua rasa lega bila di arah menuju ke kaunter kami dan semakin lega bila dah menaiki pesawat. Pesawat ni kecil sikit tapi makanan memang tip top bagi selera Che Nah ni..
Kami sampai di Milan waktu pagi...mujurla perut semua dah terisi dengan breakfast dalam pesawat, kalau tak, di manalah nak mencari nasi lemak, roti canai, teh tarik kat sini...hehehe...Tour guide kami Mr Senat, pemuda Islam dari Bosnia, dan bagi Che Nah tour guide yg terbaik sepanjang kisah ronda ronda Che Nah Che Mat ni...Dah berkenalan dgn Senat, dia pun mengetuai kami menuju ke bas, masa ni la Che Nah dgn Che Mat berpakat cara nak mendapatkan seat paling depan..Che Nah tinggalkan beg luggage Che Nah pada Che Mat, dan Che Nah laju mengikut langkat Senat..Che Lia yg juga dari Taiping , laju bersaing dengan Che Nah..dia laju setengah tapak ja dari Che Nah, dapatla dia seat depan sekali...huhuhu...Che Nah dapatla duduk seat ke dua di belakang tour guide kami...jadila...
Memang seat depat jadi rebutan, maklumlah boleh jelas penglihatan melihat panorama indah di sekitar kita ni...kan..kan...kan.
Drebar bas , Asen dah siap untuk mengatur beg2 yg besar gedabak ni dalam perut bas, kami pun bertolak terus ke bandar Milan, atau Milano yg merupakan kota fesyen di Itali ni...kami pun di bawa melawat gereja lama Santa Maria delle Grazie, Storza Castle...Che Nah menaip nama gereja ni laju ja..tp nak menyebut nya mau tergeliat lidah...hehehe...lps tu pusing2 dan menyopping la kami di sekitar bandar Milan, Che Nah Che Mat posing kosong je la....hp je yang penuh dengan gambar2 pasangan ideal ni...

Malam tu kami menginap di Hotel Sunflower..hotel simple jer...tp ada jugak kedai2 di seberang jalan hotel ni...Malangnya dah nak tutup..kedai2 di Eropah ni memang tutup awal, pukul 5 dan senyap sunyi..
Dinner di hotel...Senat confirm, masakan ayam menu mlm tu halal , sebab daging ni di import dari Bosnia..tawakal je la..Che Nah pun dah lupa macam mana rasanya...dah 2 tahun lebih baru nak rewind cerita ni...mana nak ingat...hehehe
====================================
HARI KE DUA (20/9/2017) - VENICE
Esok pagi selepas Tak pernah che nah impikan dapat menjejak kaki ke Venice yang sebelum ni jadi igauan che nah. Memang teruja bila sampai ke kota di atas air, tak puas dan memang jadi target untuk
ke sini lagi
Che Mat breakast di Sunflower Hotel

Kami menaik private boat ke Venice...senat membawa kami hingga ke San Macro square, ada satu gereja besar kat situ..Lepas tu acara yang di tunggu2...free time...2 jam saja kut...maka bertempiaran la geng tour ni memenuhi masa yang di beri ..ada yg naik gondola, ada yg terus menyopping...macam Che Nah yg dah studi serba sikit tempat2 murah di Venice ni, terus ke Rialto Bridge, barula jumpa barang yg mampu milik di sini ..fridge magnet dgn key chain untuk anak2 saudara sahabat-tolan,dapatla beli jam tangan murano utk anak2 gadis che nah yg 4 orang ni, dan dua beg tangan kulit asli..tak taula nak bagi kat sapa ni...
La ni bila di konang2..awatla Che Nah tak beli jam dgn beg itali kat Che Nah sendiri...sebab harga dalam bajet Che Nah ja....huhuhu..takpa takpa...ada rezeki Che Nah nak mai lagi ke Venice ni...hihihi
Che Mat Che Nah lunch kat kedai ni..order pizza vegetarian je ..tapi memang la sedap bangat....
Buah anggur ni Che Nah beli kat pasar pagi di Venice ni. tokey kedai baik hati bagikan mangkuk kat Che Nah...tokey kedai ni orang China dari Tanah Besar China...mmg la tak heran pun keturunan depa ni merata ada. dan memang pandai berniaga...hemm..no komen..sendiri fahamler..
Saja ambik gambar restoran ni 'Ristorante Sabrina...sama dengan nama anak sulong Che Mat Che Nah..kut2 dia pun dapat bukak kedai di sini , atau sekurang2nya mai makan kat restoran ni..hehehe
Hampir selesai 3 jam menyopping, Che Mat Che Nah pun kelam kabut balik ke jeti, gabra jugak sebab mula2 tu sesat jgkla...bila sampai balik ke tengah2 bandar venice, air laut dah naik ke darat la pulak..depa sediakanlah titi untuk berjalan..dalam kelam kabut tu sebab takut terlambat Che Nah Che Mat tersesat ke titi lain nak ke gereja...tu pun potong Q, mujurla sorang Minah Salleh tu tanya Che Mat nak ke mana, bila Che Mat habaq nak ke jeti, dia pun habaq tu titi lain..titi lain nak masuk gereja...heran kut dia tengok kami yg sah2 muka muslim sejati (chewah) nak masuk gereja buat apa...hehehe...kami pun kelam kabut melangkah , pijak jgkla air laut yg keruh tu (mesti bercampur air loji ni)..balik ke jeti...mujurla kami orang kedua terakhir..ada lagi sorang dua di belakang kami..hehehe...tak bestla jadi orang terakhir..macam lain ja pandangan kawan2 atas bas tu,,,sedangkan depa tu ok ja...
Balik ke Tanah Besar Maestro, bas terus bergerak ke Vienna, Austria...Sungguh jauh perjalanan tp Che Nah bukak mata seluas yg boleh...sebab bas merentasi banjaran Alps yg memang tak terduga untuk Che Nah melihat dengan mata sendiri..fuyoo..perjalanan yang amat cantik dan nostagia bagi Che Nah..menyusuri banjaran Alps yang sebelum ni Che Nah baca dalam buku Geografi ja..dan tengok dalam tv ja..sekarang terbentang di depan mata...Alhamdulillah..shukur kepada Allah SWT atas memang cantik banjaran ni dengan salji di kemuncak gunung- ganang yg memukau hati dan perasaan.Cewah..jadi madah pujangga pulak dah Che Nah ni...tapi memang cantik ciptaan Allah SWT ni..dan Alhamdulillah Che Mat Che Nah berkesempatan menikmatinya..memang unsangkarable dan tak pernah Che Nah impikan untuk melihat Banjaran Alps ni dengan mata sendiri....Syukur..
===================================
HARI KEEMPAT - (21/9/2017) -VIENNA
Teruja betui bila trip termasuk sekali lawatan ke Vienna, Austria...sungguh tak percaya sebab memang tak pernah termimpi akan ke sini, Maklumlah che mat che nah bukan nya asal dari orang berada..cuma Alhamdulillah rezeki yang Allah beri memang mencukupi untuk membina keluarga, membesarkan anak-anak, rezeki badan yang masih sihat dan bertenaga, dan rezeki minat kami berdua yang sama...apa yang di rancang untuk perancangan masa depan keluarga ahamdulillah mencapai matlamatnya walaupun tentu saja ada onak dan duri..huhuhu....Alhamdulillah sebenarnya Che Nah takla berangan-angan sangat nak melancong jauh ke benua Eropah..tapi perancangan dan rezeki dapat juga melihat kebesaran Allah SWT yang mencipta dunia yang amat indah untuk di teroka ini. Memang indah..sepanjang merentasi Banjaran Alps dari Itali ke Austria, Che Nah memang tak percaya sebab dulu hanya melihat gambar keindahan Banjaran Alps dari buku Ilmu Alam saja.
Agak lewat kami sampai ke Vienna, mlm ni kami menginap di Best Western Smart Hotel, selesa sekali..respect betul pada Akmal dan Ikbal..sanggup mengetuk setiap bilik group kami ni untuk menunjukkan arah kiblat..The best tour leaders among all tour leaders yg sepanjang beberapa group trip yg Che Mat Che Nah sertai. Pagi besok selepas breakfast, kami terus ke pusat bandar Vienna, melawat Opera House,Ringstrasse, Imperial Palace, City Hall, Parliment, St Stephens Cathedral, Stadpark. Satu tempat je semua semua ni...kira menapak ja bila turun bas...hehehe..








Di Vienna, kami solat kat pusat islam ..makan pun kat sini,, boss kembara sufi belanja..
Cantik pusat Islam ni, kebanyakan yang solat kat sini orang Islam dari Turki..
Selesai solat, CMCN ambik angin kat luar pusat islam ni..cuaca tak panas dan dah mula rasa kesejukan musim luruh...
Kembara di teruskan lagi...musim luruh baru nak bermula di bumi eropah ini...suasana sejuk dan di sana sini dah nampak dedaunan mula menguning...tambah2 pokok maple..Negara Austria ni agak tenang dan tak berapa sibuk...Kami terus menuju ke Crotia..
Kami teruskan perjalanan ke Zagreb . supir bas kat eropah ni wajip rehat setiap 3 jam perjalanan...
selalunya bas akan berhenti di stesen minyak dan setiap stesen minyak ada mini market dan kedai minum...CMCN ambil kesempatan la pekena copacino kat sini...hehehe..


=====================================
HARI KE 5 (22/9/2017) -ZAGREB(CROTIA)
Kembara di teruskan lagi ..bas meninggalkan Vienna, Austria menyusuri Banjaran Alps memasuki Crotia menuju ke Zagreb, Crotia...Negara-negara Balkan memang indah...seumpama sebutir batu berlian yang belum di canai. Indah sekali...kembara di akhir bulan september ini merupakan musim luruh yang indah. Cuaca agak nyaman..dan memang kaya dengan buah-buahan tempatan.
Di Crotia, group tour di wajipkan ambil tour guide tempatan...Lupa pula Che Nah nama awek ni..tp dia habaq mai, hari ni barula start cuaca nyaman, semalam panas membara..mungkin niat murni ahli ahli group kami ni untuk melihat kebesaran Allah di bumi bertuah ini, membawa bersama angin sejuk dari pergunungan Alps mengekori kami...cewah...hehehe...
Kami pun beramai2 mengekor Awek Crotia ni sambil tercangak2 melihat bandar Zagreb yg masih lagi banyak memelihara bangunan2 antik dan clasik.. Awek ni membawa kami ke Dolac Bazaar dan kami di bebaskan di sini..lega...hihihi..memang seronok menjamu mata di market tempatan ni,,buah2an tempatan memang segar dan murah..Che Nah beli la buah anggur yg kecil2 tp memang manis meletop,,jalan punya jalan jumpala kedai beg tangan wanita..belila satu untuk anak2 dara kat rumah ..murah dan memang kat Itali dan Critoa ni tak di benarkan menjual/membeli barang2 kulit tiruan..kalau tertangkap, bukan saja penjual, pembeli pun kena denda..yee..seriu dengaq....
Seperti biasa biarlah gambar yang bercerita ...
Selesai jamu mata dan jamu poket, perjalanan di teruskan..kiri kanan permandangan yang cantik dan menenangkan...
===========================
HARI KE 6 (23/9/2017) - SARAJEVO, BOSNIA
Mula mula gerun jugak hati kecik che nah bila masuk ke Bosnia, tambah-tambah boleh nampak banyak rumah dan bangunan yang berlubang-lubang dan musnah semasa perang saudara dulu tu.Risau jugak..tapi makin jauh ke dalam negara ni memang terserlah keindahan semula jadi Bosnia ni...memang teringin nak repeat lagi sebab ada 2, 3 tempat yang menarik yang tak termasuk dalam initerari trip ni...tambahan Bosnia negara Islam maknanya pelancung Islam boleh merasa masakan tempatan yang halal...dan dapat melihat penduduk Eropah Islam yang sememangnya cantik dan segak bergaya...
Agak lewat bas kami sampai ke Sarajevo, Bosnia..Che Nah mula mengenali Bosnia ni masa perang Bosnia, Crotia, Serbia ja..dok terngiang2 nama Sarajevo..tak sangka dapat jugak kaki ni melangkah ke sini....hehehe..mujurla perang dah lama tamat..tapi sisa sisa perang memang masih tersisa, bukan saja rumah dan bangunan, banyak kampung dah di tinggalkan..dan masih ada penduduk yang kekal cacat di sekitar Bosnia ni terutamanya di Sarajevo ni..
Lewat senja kami sampai ke hotel tempat kami menginap selama 2 malam,,Hotel Hollywood, hotel yg paling up di Bosnia ni, mengikut kata Senat...Dinner dan siap menanti kami di coffee house hotel ni...leganya .barulah dapat kami merasa makanan tempatan yg halal dan dengan puas..Enak jugak dinner di hotel ni...danyang paling enak mestla buah2an tempatan yang menjadi favourite Che Nah ni...tambah2 buah anggur...pergh....
Oleh kerana kami akan menginap 2 malam di sini dapatlah Che Mat Che Nah tidur dengan nyenyaknya...tak payahla asyik mengemas beg luggage macam malam2 sebelumnya...lega rasa...hehehe
Esok pagi pagi kami dah di bawa melawat bandar Sarajevo....Old Town, Koski Mehmet Pasa Mosque, Karagozbey Mosque, dan Mostar Bridge..macam2 cerita yg di storykan oleh Senat..memang menarik maklumlah dari luahan anak jati Bosnia sendiri..
Dapatla Che Nah tengok secara life acara terojon dari Mostar Bridge ke dalam sungai Neretva...mmgla tinggi, nengok deme terojon pun gayat, pastu kami berlunch di kedai2 yg byk di sekitar jambatan tu,,,tapi Senat bagi panduan kedai mana yg confirm halal makanannya...
Mcm biasala gambar2 pasangan supermodel malaysia ni untuk tatapan sendiri je....hehehe

====================================================
HARI KE 7 (24/9/2017) -KOTOR, OHRIDMONTENEGRO-TIRANA-ALBANIA
Hari ke 6 selesai sarapan, macam biasa kami nomad lagi...kali ni menuju ke Kotor, Montenegro. Ada jugak nama tempat Kotor yer....hehehe..sepanjang perjalanan memang mengasyikkan, Asen aka supir excelent semasa memandu, relax ja.tak laju sgt dan amat tenang..sampai ke Kotor, dari atas bas dah nampak Laut Adriatic nun jauh di bawah...biru kehijauan..ada banyak bot dan kapal2 mewah...tak sabaq pulak nak sampai....
Sampai ke Kotor, bersih je bandar ni..hehehe...tapi punya ramai pelancung kerumun...ye la, musim luruh kan, cuaca nyaman dan jadi masa favourite utk bercuti bagi mat dengan minah salleh ler...hehehe...lepas Senat cerita-ceriti sikit latar belakang bandar Kotor ni, kami pun di lepaskan...macam ayam lepas dari reban ja..bertempiaran ...Che Mat Che Nah pun merayapla sekitar pelusuk bandar ni..hehehe...
Biarlah potret kenangan menjadi penyambung bicara Che Nah.
Selesai ronda-ronda di sini perjalana di teruskan ke Tirana, Albania..kami singgah di mesjid untuk solat jamak, di Stari Bar Montenegro...yg best nya Kembara Sufi memang menjaga solat dan makanan halal..perjalanan yg jauh mcm ni Akmal dan Iqbal akan bergilir2 memberi taksirah pada pakcik2 makcik dalam bas ni. Naik bas sebelum perjalanan jauh, doa perjalanan akan di bacakan..kira memang terjaga ibadah kita walau pun jauh di perantuan.
Kami bermalam di hotel di Tirana..Lupa dah nama hotel ni, tapi Che Mat Che Nah bernasib baik dapat bilik VVIP you..hehehe....tingkat paling atas..bilik luas, satu flour ada 2 bilik ja kut...ada koridor yg luas siap dengan kerusi santai, boleh melihat sekitar bandar Tirana...hehehe tuah badan ler hari ni..
====================================================
HARI KE 8 (25/9/2017) - KOTOR-MONTENEGRO/TIRANA-ALBANIA
Menariknya, bila mengembara banyak negara walaupun memang penat sebab saban hari bertukar hotel, berjam jam di atas bas, mengheret beg besar dari bas ke hotel, hotel ke bas, bagi che mat che nah memang tidak menjadi masalah sangat..sebab bila bas melintasi banjaran gunung ganang, banguna-bangunan dan rumah yang bertukar corak, muka bumi yang silih berganti membuatkan mata sentiasa segar dan otak terus berputar merakam setiap pengalaman dan pandangan dan hilang rasa penat dan letih. Apatah lagi dengan celoteh rakan-rakan satu bas, tour guide yang sentiasa peka dan tour leader yang tangkas menolong, menjadikan satu perjalanan yang tidak membosankan.
Kami pun meneruskan perjalanan ke Ohrid, Tasik Ohrid..tapi danh senja dan tak sempat nak berboad...huhuhu
Permandangan di sekitar bandar Skopje..ibu negara Macedonia...negara asal Alexandar the Great..
yg jatuh kepada empayar Othmaniah...sebab tu banyak mesjid di sekitar Skopje ni..semua patung2 Iskandar Zukainain ni, bapa beliau Raja Philip, ibu dah di musnahkan oleh Othmaniah..tapi bila jatuh nya empayar Othmaniah..Agama Kristian kembali berkuasa di Macedonia ni.,,,patung2 yg musnah di bina semula...kira negara ni nak melupakan bahawa depa pernah kalah di tangan kerajaan Islam...ish ish..ish ..sayang yer...
Bulgaria merupakan negara termundur di kalangan negara-negara Balkan yang Che Mat Che Nah lawati. Bumi Bulgaria sempat kami jelajahi dengan mata sahaja, sebab hujan turun agak lebat dari pagi-pagi lagi. Rombongan Che Mat Che Nah hanya sempat singgah di sebuah bazar di ibu negara Sofia...adalah kedai cendera hati yang dapat kami beli FM dan key chain untuk buah tangan dari negara Bulgaria ni..Che Nah sempat rembat sehelai baju t-shirt lengan panjang sbb stok baju dan kehabisan..hehehe...agak murah dan labuh dan longgar. sesuai dengan usia remaja tua ni...hehehe...
Kami teruskan perjalanan untuk melawat Alexander Nevski Catedral, gereja lama peninggalan Alexander The Great...yang menjadi salah satu tempat pengambaran filem Diwale lakunan Shahrukh Khan dan Kajol...tapi tak sempat turun, bergambar atau posing gaya Shahrukh Khan dengan Kajol sebab hujan turun mencurah curah..Sempat merakam gambar dari dalam bas sajala....tanda yang kami pernah sampai ke sini..jadila....
Gambor gambor di Bulgaria ni takla bersusun macam negara-negara lain ni..huhuhu
Kami pun meneruskan perjalanan ke Turki..mulanya nak solat jamak di Bulgaria, tp di sebabkan hujan mmg lebat..kami teruskan perjalanan ke Turki..memang agak jauh dan permandangan tak humph sangat..
Kami singgah di Edirne , bandar Turki bersempadan dengan Bulgaria..selesai solat jamak di Old Mosque, Che Nah terus jalan-jalan tak jauh dari bas...rupenye di sebelah mesjid tu ada bazaar lama..memang murah2 barang kat sana...patutla jemaah lain lepas solat terus hilang balik sana mesjid..Che Nah la yg rugi banyak...huhuhu...
Dah cukup semua peserta, bas terus laju menuju Istabul...di sebabkan agak lewat, Asen mengambil jalan pintas..tp memang kami di hidangkan dengan permandangan perkampungan turki, dengan kebun2 delima yg tengah ranum, dengan bunga2 yg mekar segar...cantikkkk.
Agak lewat sampai ke hotel Mercury di Istanbul...Hotel 5 star you know..hehehe....tapi tak kedai atau supermarket yg dekat2 hotel tu,tak boleh nak jamu mata dengan poket.. huhuh...lps makan kami pun berehatla di bilik masing2.lega....
Memang selesa kat hotel 5 star ni..sarapan pun memang pelbagai pilihan dan 100% halal..Mewah dengan buah2an mediterreanean..yg segar...kat negara kita tentula mehe ni...hehehe


Hotel Mercure yang mewah..tapi jauh betul dari pusat bandar...tak dak apa2 kedai di persekitaran...huhuhu


Puas sarapan rombongan che mat che nah di bawa melawat ke Topkapi Palace, Grand Bazaar ..naik Bosphorus Cruise...Di Turki ni, kena ambik local tour guide dan ada spot2 nya yg memang wajip pergi..Che Nah mula jatuh cinta dengan Tuki ni...terutamanya sebab kecantikan semula jadi negara ni, boleh tengok orang puteh islam yg merupakan 99 %. peratus di sini, dan kita tak perlu was was untuk mencuba makanan tradisional negara ni...kalau ke negara-negara lain di Eropah, kalau nak cari makanan bermasak halal, kedai Turki, India Muslim dan Arab juga yang ada.,.agak mahal dan full
house...
Che Nah memang repeat ke Istanbul dan Bursa masa mengerjakan umrah pada bulan Febuari 2018, tapi masih tak puas, jadi baru-baru ni, bulan Februari 2019 , che mat che nah datang lagi ke turki ..kali ni memang melawat satu negara turki dan betui betui rombongan che nah che mat sebab anak menantu cucu pun ikut . kakak-kakak 3 orang dan keluarga kakak anak menantu..hehehe...kira 26 orang dari peserta tu 18 orang dari keluarga che nah..tu dia...dapat harga special lagi..hihihi..
Macam biasa hanya gambar penyambung hikayat che mat che nah ni...
Lepas shopping mata kat kedai kulit ni, kami pun jalan kaki ke Grand Bazaar...ni kut pintu masuk kat Grand Bazaar tu...tapi memangla grand...harga pun grand jugak ler...CMCN belila ja kat dalam Grand Bazaar tu..beli nya kat luar Grand Bazaar...murah berbaloi...oleh sebab beg luggage dah nak bersalin, Che Mat carila satu beg lagi..5 roda..murah rasa CMCN dari kat negara kita,,
Selesai shopping, kami pun makan kat gerai luar Grand Bazaar tu..sedaplah jugak..sebab ada serbuk cabai boleh campur dengan makanan depa yg sah2 tak pedas...hehehe
Tapi bandaraya Istanbul ni memangla jem gila...kami bertolak dalam pukul 5 dari Grand Bazaar, tapi pukul 8 baru sampai ke hotel...mak aih...
lepas dinner, Che Mat Che Nah pun menyusun semua hasil menyoping sepanjang 10 hari ni,,,ada lagi yg tertinggal dan lira Turki dok banyak lagi.. Che Nah berazam dan jugak lari sat esok hari, beli lagi apa yg patut.
So lepas sarapan, Che Nah suruh Che Mat bodek Senat...tanya ada tak tempat shopping yg paling dekat dengan hotel ni...Kami nak redah jalan kaki ja.tapi Senat kata memang kena tak dak tempat menyoping dekat2 hotel ni..memang kena naik transport..frust menonggengla Che Nah...huhuhu..tut tut Senat kata dia nak keluar sat, nak ambik duit kat mesin ATM, nak ikut jom...apa lagi menonggekla Che Mat Che Nah ikut Senat.
Teksi mai, kami pun naikla bertiga dengan Senat...dekat jela...Senat pun ke bank dan bagi kami masa 1 jam untuk berjumpa balik di tempat yg sama..Che Mat Che Nah pun merayaula di sekitar kedai-kedai kat situ,tak dakla apa sangat, cuma adala mini market, bolehlah kami tambahkan beg kami dengan ole-ole turki ni..Che Nah tengok kat seberang jalan macam ada shopping kompleks ja..ada la jejantas nak ke seberang..tapi tak berani la pulak nak lintas.
Cukup masa, Senat pun datang...dia pun tahan teksi nak balik ke hotel...Pok pek dia sembang dia supir tu, teksi tu kata nak jimat dan cepat , kena lintas dan ambik teksi balik sana jalan...kami pun ikutla..tiba-tiba Senat tunjuk kat tempat yg Che Nah rasa Shopping Kompleks tu...Senat kata..sorry, ia lupa yg ada Shopping Kompleks kat situ..barang2 murah...Ish..ish..ish..senat ni..rasanya cekik ja si Senat masa tu...kami pun melintas jalan ikut jejantas dan tunggu teksi di depan Shopping Kompleks tu...geramnya Che Nah pada Senat masa tuuuu
Balik ke hotel, kami pun ambik beg dari dalam bilik , check out dan menunggu bas untuk ke Air Port.
Dalam bas, kami pun buatla kutipan amal pada Senat dan Asen yg mmg excellent sebagai tour guide dan supir...
Sampai ke Airport, kami pun boarding , solat dan sempatla merayap sekejap di Airport Ataturk ni..
Kapalterbang bertolak mengikut jadual....transit di Jeddah..mcm biasa kelam kabut kat Jeddah ni..ada la kejadian salah sangka antara Che Mat dengan pegawai imigresen Arab ni...mujuqla Che Mat tak kena tahan..hehehe...
Makanan atas flight memang enak....anak kapal okla, ramah mesra lagi anak kapal Qatar Airlines...hehehe...
Sampai ke KLIA, rombongan kami pun pulang ke destinasi masing2...dan Che Mat Che Nah naik bas je la pulang ke Kamunting...hehehe..
Selesailah sudah kisah Che Mat Che Nah ronda-ronda Balkan 9 negara ni...Alhamdulillah semuannya indah dan menarik...jadi makin berkobar-kobarla semangat Che Mat Che Nah ni nak ronda ronda lagi se antero dunia ni setakat yg termampu....hehehe...
Kami menaik private boat ke Venice...senat membawa kami hingga ke San Macro square, ada satu gereja besar kat situ..Lepas tu acara yang di tunggu2...free time...2 jam saja kut...maka bertempiaran la geng tour ni memenuhi masa yang di beri ..ada yg naik gondola, ada yg terus menyopping...macam Che Nah yg dah studi serba sikit tempat2 murah di Venice ni, terus ke Rialto Bridge, barula jumpa barang yg mampu milik di sini ..fridge magnet dgn key chain untuk anak2 saudara sahabat-tolan,dapatla beli jam tangan murano utk anak2 gadis che nah yg 4 orang ni, dan dua beg tangan kulit asli..tak taula nak bagi kat sapa ni...
La ni bila di konang2..awatla Che Nah tak beli jam dgn beg itali kat Che Nah sendiri...sebab harga dalam bajet Che Nah ja....huhuhu..takpa takpa...ada rezeki Che Nah nak mai lagi ke Venice ni...hihihi
Che Mat Che Nah lunch kat kedai ni..order pizza vegetarian je ..tapi memang la sedap bangat....
Buah anggur ni Che Nah beli kat pasar pagi di Venice ni. tokey kedai baik hati bagikan mangkuk kat Che Nah...tokey kedai ni orang China dari Tanah Besar China...mmg la tak heran pun keturunan depa ni merata ada. dan memang pandai berniaga...hemm..no komen..sendiri fahamler..
Saja ambik gambar restoran ni 'Ristorante Sabrina...sama dengan nama anak sulong Che Mat Che Nah..kut2 dia pun dapat bukak kedai di sini , atau sekurang2nya mai makan kat restoran ni..hehehe
Hampir selesai 3 jam menyopping, Che Mat Che Nah pun kelam kabut balik ke jeti, gabra jugak sebab mula2 tu sesat jgkla...bila sampai balik ke tengah2 bandar venice, air laut dah naik ke darat la pulak..depa sediakanlah titi untuk berjalan..dalam kelam kabut tu sebab takut terlambat Che Nah Che Mat tersesat ke titi lain nak ke gereja...tu pun potong Q, mujurla sorang Minah Salleh tu tanya Che Mat nak ke mana, bila Che Mat habaq nak ke jeti, dia pun habaq tu titi lain..titi lain nak masuk gereja...heran kut dia tengok kami yg sah2 muka muslim sejati (chewah) nak masuk gereja buat apa...hehehe...kami pun kelam kabut melangkah , pijak jgkla air laut yg keruh tu (mesti bercampur air loji ni)..balik ke jeti...mujurla kami orang kedua terakhir..ada lagi sorang dua di belakang kami..hehehe...tak bestla jadi orang terakhir..macam lain ja pandangan kawan2 atas bas tu,,,sedangkan depa tu ok ja...
Balik ke Tanah Besar Maestro, bas terus bergerak ke Vienna, Austria...Sungguh jauh perjalanan tp Che Nah bukak mata seluas yg boleh...sebab bas merentasi banjaran Alps yg memang tak terduga untuk Che Nah melihat dengan mata sendiri..fuyoo..perjalanan yang amat cantik dan nostagia bagi Che Nah..menyusuri banjaran Alps yang sebelum ni Che Nah baca dalam buku Geografi ja..dan tengok dalam tv ja..sekarang terbentang di depan mata...Alhamdulillah..shukur kepada Allah SWT atas memang cantik banjaran ni dengan salji di kemuncak gunung- ganang yg memukau hati dan perasaan.Cewah..jadi madah pujangga pulak dah Che Nah ni...tapi memang cantik ciptaan Allah SWT ni..dan Alhamdulillah Che Mat Che Nah berkesempatan menikmatinya..memang unsangkarable dan tak pernah Che Nah impikan untuk melihat Banjaran Alps ni dengan mata sendiri....Syukur..
Seperti biasa hanya gambar kenangan jadi pengubat rindu....
===================================
HARI KEEMPAT - (21/9/2017) -VIENNA
Teruja betui bila trip termasuk sekali lawatan ke Vienna, Austria...sungguh tak percaya sebab memang tak pernah termimpi akan ke sini, Maklumlah che mat che nah bukan nya asal dari orang berada..cuma Alhamdulillah rezeki yang Allah beri memang mencukupi untuk membina keluarga, membesarkan anak-anak, rezeki badan yang masih sihat dan bertenaga, dan rezeki minat kami berdua yang sama...apa yang di rancang untuk perancangan masa depan keluarga ahamdulillah mencapai matlamatnya walaupun tentu saja ada onak dan duri..huhuhu....Alhamdulillah sebenarnya Che Nah takla berangan-angan sangat nak melancong jauh ke benua Eropah..tapi perancangan dan rezeki dapat juga melihat kebesaran Allah SWT yang mencipta dunia yang amat indah untuk di teroka ini. Memang indah..sepanjang merentasi Banjaran Alps dari Itali ke Austria, Che Nah memang tak percaya sebab dulu hanya melihat gambar keindahan Banjaran Alps dari buku Ilmu Alam saja.
Agak lewat kami sampai ke Vienna, mlm ni kami menginap di Best Western Smart Hotel, selesa sekali..respect betul pada Akmal dan Ikbal..sanggup mengetuk setiap bilik group kami ni untuk menunjukkan arah kiblat..The best tour leaders among all tour leaders yg sepanjang beberapa group trip yg Che Mat Che Nah sertai. Pagi besok selepas breakfast, kami terus ke pusat bandar Vienna, melawat Opera House,Ringstrasse, Imperial Palace, City Hall, Parliment, St Stephens Cathedral, Stadpark. Satu tempat je semua semua ni...kira menapak ja bila turun bas...hehehe..
Seperti biasa hanya gambar gambar di simpan di sini untuk kenangan diri sendiri








Di Vienna, kami solat kat pusat islam ..makan pun kat sini,, boss kembara sufi belanja..
Cantik pusat Islam ni, kebanyakan yang solat kat sini orang Islam dari Turki..
Selesai solat, CMCN ambik angin kat luar pusat islam ni..cuaca tak panas dan dah mula rasa kesejukan musim luruh...
Kembara di teruskan lagi...musim luruh baru nak bermula di bumi eropah ini...suasana sejuk dan di sana sini dah nampak dedaunan mula menguning...tambah2 pokok maple..Negara Austria ni agak tenang dan tak berapa sibuk...Kami terus menuju ke Crotia..
Kami teruskan perjalanan ke Zagreb . supir bas kat eropah ni wajip rehat setiap 3 jam perjalanan...
selalunya bas akan berhenti di stesen minyak dan setiap stesen minyak ada mini market dan kedai minum...CMCN ambil kesempatan la pekena copacino kat sini...hehehe..


=====================================
HARI KE 5 (22/9/2017) -ZAGREB(CROTIA)
Kembara di teruskan lagi ..bas meninggalkan Vienna, Austria menyusuri Banjaran Alps memasuki Crotia menuju ke Zagreb, Crotia...Negara-negara Balkan memang indah...seumpama sebutir batu berlian yang belum di canai. Indah sekali...kembara di akhir bulan september ini merupakan musim luruh yang indah. Cuaca agak nyaman..dan memang kaya dengan buah-buahan tempatan.
Di Crotia, group tour di wajipkan ambil tour guide tempatan...Lupa pula Che Nah nama awek ni..tp dia habaq mai, hari ni barula start cuaca nyaman, semalam panas membara..mungkin niat murni ahli ahli group kami ni untuk melihat kebesaran Allah di bumi bertuah ini, membawa bersama angin sejuk dari pergunungan Alps mengekori kami...cewah...hehehe...
Kami pun beramai2 mengekor Awek Crotia ni sambil tercangak2 melihat bandar Zagreb yg masih lagi banyak memelihara bangunan2 antik dan clasik.. Awek ni membawa kami ke Dolac Bazaar dan kami di bebaskan di sini..lega...hihihi..memang seronok menjamu mata di market tempatan ni,,buah2an tempatan memang segar dan murah..Che Nah beli la buah anggur yg kecil2 tp memang manis meletop,,jalan punya jalan jumpala kedai beg tangan wanita..belila satu untuk anak2 dara kat rumah ..murah dan memang kat Itali dan Critoa ni tak di benarkan menjual/membeli barang2 kulit tiruan..kalau tertangkap, bukan saja penjual, pembeli pun kena denda..yee..seriu dengaq....
Seperti biasa biarlah gambar yang bercerita ...
Dolac Bazaar, pasar pagi di Crotia...baik-baik orang di Crotia ni..
Bergambar dengan tokey gerai souvenir...baik orang nya...hehehe
Patong wanita Cortia do Dolac Bazaar, ada macam muka Che Nah tak?...hehehe
Tour Leader Akmal...baik orang nya...
===========================
HARI KE 6 (23/9/2017) - SARAJEVO, BOSNIA
Mula mula gerun jugak hati kecik che nah bila masuk ke Bosnia, tambah-tambah boleh nampak banyak rumah dan bangunan yang berlubang-lubang dan musnah semasa perang saudara dulu tu.Risau jugak..tapi makin jauh ke dalam negara ni memang terserlah keindahan semula jadi Bosnia ni...memang teringin nak repeat lagi sebab ada 2, 3 tempat yang menarik yang tak termasuk dalam initerari trip ni...tambahan Bosnia negara Islam maknanya pelancung Islam boleh merasa masakan tempatan yang halal...dan dapat melihat penduduk Eropah Islam yang sememangnya cantik dan segak bergaya...
Agak lewat bas kami sampai ke Sarajevo, Bosnia..Che Nah mula mengenali Bosnia ni masa perang Bosnia, Crotia, Serbia ja..dok terngiang2 nama Sarajevo..tak sangka dapat jugak kaki ni melangkah ke sini....hehehe..mujurla perang dah lama tamat..tapi sisa sisa perang memang masih tersisa, bukan saja rumah dan bangunan, banyak kampung dah di tinggalkan..dan masih ada penduduk yang kekal cacat di sekitar Bosnia ni terutamanya di Sarajevo ni..
Lewat senja kami sampai ke hotel tempat kami menginap selama 2 malam,,Hotel Hollywood, hotel yg paling up di Bosnia ni, mengikut kata Senat...Dinner dan siap menanti kami di coffee house hotel ni...leganya .barulah dapat kami merasa makanan tempatan yg halal dan dengan puas..Enak jugak dinner di hotel ni...danyang paling enak mestla buah2an tempatan yang menjadi favourite Che Nah ni...tambah2 buah anggur...pergh....
Oleh kerana kami akan menginap 2 malam di sini dapatlah Che Mat Che Nah tidur dengan nyenyaknya...tak payahla asyik mengemas beg luggage macam malam2 sebelumnya...lega rasa...hehehe
Esok pagi pagi kami dah di bawa melawat bandar Sarajevo....Old Town, Koski Mehmet Pasa Mosque, Karagozbey Mosque, dan Mostar Bridge..macam2 cerita yg di storykan oleh Senat..memang menarik maklumlah dari luahan anak jati Bosnia sendiri..
Dapatla Che Nah tengok secara life acara terojon dari Mostar Bridge ke dalam sungai Neretva...mmgla tinggi, nengok deme terojon pun gayat, pastu kami berlunch di kedai2 yg byk di sekitar jambatan tu,,,tapi Senat bagi panduan kedai mana yg confirm halal makanannya...
Mcm biasala gambar2 pasangan supermodel malaysia ni untuk tatapan sendiri je....hehehe

Selesai negok acara torojon tu, kami pun cari lunch kat sini...walaupun Bosnia negara Islam. tapi kena pilih jugak restoran mana yang 100% halal ...kami ikut saranan Senat restoran mana yg halal...alhamdullillah sedap makan kat sini...merasalah CMCN makan masakan asli orang Bosnia ni...ehehe
Settle lunch, kami pun meneruskan kembara yang indah ini...menyusuri jalan yang agak lengang, melihat perkampungan yng jauh berbeda dari kampung ku, muka bumi yang berlainan dan memang jauh perjalanan bertambah pengalaman
====================================================
HARI KE 7 (24/9/2017) -KOTOR, OHRIDMONTENEGRO-TIRANA-ALBANIA
Hari ke 6 selesai sarapan, macam biasa kami nomad lagi...kali ni menuju ke Kotor, Montenegro. Ada jugak nama tempat Kotor yer....hehehe..sepanjang perjalanan memang mengasyikkan, Asen aka supir excelent semasa memandu, relax ja.tak laju sgt dan amat tenang..sampai ke Kotor, dari atas bas dah nampak Laut Adriatic nun jauh di bawah...biru kehijauan..ada banyak bot dan kapal2 mewah...tak sabaq pulak nak sampai....
Sampai ke Kotor, bersih je bandar ni..hehehe...tapi punya ramai pelancung kerumun...ye la, musim luruh kan, cuaca nyaman dan jadi masa favourite utk bercuti bagi mat dengan minah salleh ler...hehehe...lepas Senat cerita-ceriti sikit latar belakang bandar Kotor ni, kami pun di lepaskan...macam ayam lepas dari reban ja..bertempiaran ...Che Mat Che Nah pun merayapla sekitar pelusuk bandar ni..hehehe...
Biarlah potret kenangan menjadi penyambung bicara Che Nah.
Dari verendah hotel di waktu malam
Dari verendah hotel di waktu pagi
====================================================
HARI KE 8 (25/9/2017) - KOTOR-MONTENEGRO/TIRANA-ALBANIA
Menariknya, bila mengembara banyak negara walaupun memang penat sebab saban hari bertukar hotel, berjam jam di atas bas, mengheret beg besar dari bas ke hotel, hotel ke bas, bagi che mat che nah memang tidak menjadi masalah sangat..sebab bila bas melintasi banjaran gunung ganang, banguna-bangunan dan rumah yang bertukar corak, muka bumi yang silih berganti membuatkan mata sentiasa segar dan otak terus berputar merakam setiap pengalaman dan pandangan dan hilang rasa penat dan letih. Apatah lagi dengan celoteh rakan-rakan satu bas, tour guide yang sentiasa peka dan tour leader yang tangkas menolong, menjadikan satu perjalanan yang tidak membosankan.
Hari ke 8 ni, selepas sarapan, kami kena masuk balik bilik, sebab bas rosak sikit ...Asen kelam kabut mencari mekanik di pagi buta ni...tunggula kami sampai terlepas acara naik bot di Tasik Ohrid... Sertle repair kami pun menuju ke bandar TIrana
Kami pun di bawa ke bandar Tirana dulu..pusing2. dan pergi ke kedai cendera hati..CMCN beli FM jer...hehehe
Malan tu kami bermalam di Hotel Sileks di pinggir Tasek Ohrid..mandi, solat kemas baju dan bummm tidoq ler...
HARI KE 9 (25/9/2017) - OHRID- SKOPJE MACEDONIA - SOFIA BULGARIA
Pagi pagi selepas sarapan Che Mat Che Nah meronda ronda di persekitaran hotel, snapla gambar laut Ohrid lagi, bunga2an, dah sudah semestinya gambar pasangan Supermodel Otai dari Malaysia ni...hehehe...
Nak naik bas, adalah sorang penjaja menjual barangan cenderahati..jauh lebih murah dari yg di jual di tempat tumpuan pelancong, mula nya kami semua buat tak tau ja..bila Che Nah nengok dan tanya harganya, riuhla mulut Che Nah kata murah murah...last last semua kerumun, yg atas bas pun turun balik ...membeli dan belah naik atas bas. Moral of The Story, nak barang souvenir yg murah belilah pada penjaja2 jalanan...yg dok mengekor kita tu...sejak dari Beijing , Bandung sampai sekarang, hobi Che Nah memang beli dari penjaja2 jalanan..tapi kena ada jgkla ilmu tawar menawar ni...hehehe..
Bas meluncur ke Skopje di Macedonia, riuh rendah dah kami dalam bas, semua dah hari ke 9 jadi satu keluarga..ada ja cerita lucu jadi bahan ketawa....hehehe
Pasangan Otai berposing sebelum breakfastdi perkarangan Hotel Sileks...tuuu..tasik Ohrid yang tenang di pagi pagi ni..hehehe..
Bas pun meluncur laju ke Skopje....cantikkkk
HARI KE 9 (25/9/2017) - OHRID- SKOPJE MACEDONIA - SOFIA BULGARIA
Pagi pagi selepas sarapan Che Mat Che Nah meronda ronda di persekitaran hotel, snapla gambar laut Ohrid lagi, bunga2an, dah sudah semestinya gambar pasangan Supermodel Otai dari Malaysia ni...hehehe...
Nak naik bas, adalah sorang penjaja menjual barangan cenderahati..jauh lebih murah dari yg di jual di tempat tumpuan pelancong, mula nya kami semua buat tak tau ja..bila Che Nah nengok dan tanya harganya, riuhla mulut Che Nah kata murah murah...last last semua kerumun, yg atas bas pun turun balik ...membeli dan belah naik atas bas. Moral of The Story, nak barang souvenir yg murah belilah pada penjaja2 jalanan...yg dok mengekor kita tu...sejak dari Beijing , Bandung sampai sekarang, hobi Che Nah memang beli dari penjaja2 jalanan..tapi kena ada jgkla ilmu tawar menawar ni...hehehe..
Bas meluncur ke Skopje di Macedonia, riuh rendah dah kami dalam bas, semua dah hari ke 9 jadi satu keluarga..ada ja cerita lucu jadi bahan ketawa....hehehe
Pasangan Otai berposing sebelum breakfastdi perkarangan Hotel Sileks...tuuu..tasik Ohrid yang tenang di pagi pagi ni..hehehe..
Permandangan di sekitar bandar Skopje..ibu negara Macedonia...negara asal Alexandar the Great..
yg jatuh kepada empayar Othmaniah...sebab tu banyak mesjid di sekitar Skopje ni..semua patung2 Iskandar Zukainain ni, bapa beliau Raja Philip, ibu dah di musnahkan oleh Othmaniah..tapi bila jatuh nya empayar Othmaniah..Agama Kristian kembali berkuasa di Macedonia ni.,,,patung2 yg musnah di bina semula...kira negara ni nak melupakan bahawa depa pernah kalah di tangan kerajaan Islam...ish ish..ish ..sayang yer...
===========================================
HARI KE 11 -(26/9/2017) - SOFIA(BULGARIA) -EDERDIN (TURKI)
Kami teruskan perjalanan untuk melawat Alexander Nevski Catedral, gereja lama peninggalan Alexander The Great...yang menjadi salah satu tempat pengambaran filem Diwale lakunan Shahrukh Khan dan Kajol...tapi tak sempat turun, bergambar atau posing gaya Shahrukh Khan dengan Kajol sebab hujan turun mencurah curah..Sempat merakam gambar dari dalam bas sajala....tanda yang kami pernah sampai ke sini..jadila....
Kami pun meneruskan perjalanan ke Turki..mulanya nak solat jamak di Bulgaria, tp di sebabkan hujan mmg lebat..kami teruskan perjalanan ke Turki..memang agak jauh dan permandangan tak humph sangat..
Kami singgah di Edirne , bandar Turki bersempadan dengan Bulgaria..selesai solat jamak di Old Mosque, Che Nah terus jalan-jalan tak jauh dari bas...rupenye di sebelah mesjid tu ada bazaar lama..memang murah2 barang kat sana...patutla jemaah lain lepas solat terus hilang balik sana mesjid..Che Nah la yg rugi banyak...huhuhu...
Dah cukup semua peserta, bas terus laju menuju Istanbul...di sebabkan agak lewat, Asen mengambil jalan pintas..tp memang kami di hidangkan dengan permandangan perkampungan turki, dengan kebun2 delima yg tengah ranum, dengan bunga2 yg mekar segar...cantikkkk.
Agak lewat sampai ke hotel Mercury di Istanbul...Hotel 5 star you know..hehehe....tapi tak kedai atau supermarket yg dekat2 hotel tu,tak boleh nak jamu mata dengan poket.. huhuh...lps makan kami pun berehatla di bilik masing2.lega....
================================
HARI KE 11 (28/9/2010)- ISTANBUL


Hotel Mercure yang mewah..tapi jauh betul dari pusat bandar...tak dak apa2 kedai di persekitaran...huhuhu
Puas sarapan rombongan che mat che nah di bawa melawat ke Topkapi Palace, Grand Bazaar ..naik Bosphorus Cruise...Di Turki ni, kena ambik local tour guide dan ada spot2 nya yg memang wajip pergi..Che Nah mula jatuh cinta dengan Tuki ni...terutamanya sebab kecantikan semula jadi negara ni, boleh tengok orang puteh islam yg merupakan 99 %. peratus di sini, dan kita tak perlu was was untuk mencuba makanan tradisional negara ni...kalau ke negara-negara lain di Eropah, kalau nak cari makanan bermasak halal, kedai Turki, India Muslim dan Arab juga yang ada.,.agak mahal dan full
house...
Che Nah memang repeat ke Istanbul dan Bursa masa mengerjakan umrah pada bulan Febuari 2018, tapi masih tak puas, jadi baru-baru ni, bulan Februari 2019 , che mat che nah datang lagi ke turki ..kali ni memang melawat satu negara turki dan betui betui rombongan che nah che mat sebab anak menantu cucu pun ikut . kakak-kakak 3 orang dan keluarga kakak anak menantu..hehehe...kira 26 orang dari peserta tu 18 orang dari keluarga che nah..tu dia...dapat harga special lagi..hihihi..
Macam biasa hanya gambar penyambung hikayat che mat che nah ni...
Selesai melawat Tokapi Palace kami di bawak ke Kedai Kulit pulak..jenama PUNTO ...tapi rege nya memang CNCM mampu kelebek ja....mehe nak mampuih...jaket sampai RM4 k paling murah,,yg mehe tu lagila banyak...CMCN hanya touch and go je la..tak termampu oleh ku....huhuhu..tapi ada la pertunjukan fesyen memperagakan pakaian2 depa. macam rancangan Project Runaway tu.dah free bolehla tengok...hehehe
..
Lepas shopping mata kat kedai kulit ni, kami pun jalan kaki ke Grand Bazaar...ni kut pintu masuk kat Grand Bazaar tu...tapi memangla grand...harga pun grand jugak ler...CMCN belila ja kat dalam Grand Bazaar tu..beli nya kat luar Grand Bazaar...murah berbaloi...oleh sebab beg luggage dah nak bersalin, Che Mat carila satu beg lagi..5 roda..murah rasa CMCN dari kat negara kita,,
Selesai shopping, kami pun makan kat gerai luar Grand Bazaar tu..sedaplah jugak..sebab ada serbuk cabai boleh campur dengan makanan depa yg sah2 tak pedas...hehehe
Kami menginap 2 malam di Hotel Mecure... selesai yopping di grand bazaar, masa dalam bas, Senat ada tanya, ada program ke pagi esk nya..sebab flight pukul 2.30 pm ..sempatla lagi tapi takut jem pulak jalan bila nak ke airport Ataturk..Che Nah nak lagi teroka bandar Istabul ni,,tak puas la..tapi di sebabkan ramai yg nak pack beg dan takut terlewat ke airport, acara ronda-ronda ditamatkan hari ni saja...
frust jugakla hati kecik Che Nah ni..huhuhu.Tapi bandaraya Istanbul ni memangla jem gila...kami bertolak dalam pukul 5 dari Grand Bazaar, tapi pukul 8 baru sampai ke hotel...mak aih...
lepas dinner, Che Mat Che Nah pun menyusun semua hasil menyoping sepanjang 10 hari ni,,,ada lagi yg tertinggal dan lira Turki dok banyak lagi.. Che Nah berazam dan jugak lari sat esok hari, beli lagi apa yg patut.
=====================================
HARI TERAKHIR (29,30/9/2017) ISTANBUL/TURKI-JEDAH-KLIA-KAMUNTING
So lepas sarapan, Che Nah suruh Che Mat bodek Senat...tanya ada tak tempat shopping yg paling dekat dengan hotel ni...Kami nak redah jalan kaki ja.tapi Senat kata memang kena tak dak tempat menyoping dekat2 hotel ni..memang kena naik transport..frust menonggengla Che Nah...huhuhu..tut tut Senat kata dia nak keluar sat, nak ambik duit kat mesin ATM, nak ikut jom...apa lagi menonggekla Che Mat Che Nah ikut Senat.
Teksi mai, kami pun naikla bertiga dengan Senat...dekat jela...Senat pun ke bank dan bagi kami masa 1 jam untuk berjumpa balik di tempat yg sama..Che Mat Che Nah pun merayaula di sekitar kedai-kedai kat situ,tak dakla apa sangat, cuma adala mini market, bolehlah kami tambahkan beg kami dengan ole-ole turki ni..Che Nah tengok kat seberang jalan macam ada shopping kompleks ja..ada la jejantas nak ke seberang..tapi tak berani la pulak nak lintas.
Cukup masa, Senat pun datang...dia pun tahan teksi nak balik ke hotel...Pok pek dia sembang dia supir tu, teksi tu kata nak jimat dan cepat , kena lintas dan ambik teksi balik sana jalan...kami pun ikutla..tiba-tiba Senat tunjuk kat tempat yg Che Nah rasa Shopping Kompleks tu...Senat kata..sorry, ia lupa yg ada Shopping Kompleks kat situ..barang2 murah...Ish..ish..ish..senat ni..rasanya cekik ja si Senat masa tu...kami pun melintas jalan ikut jejantas dan tunggu teksi di depan Shopping Kompleks tu...geramnya Che Nah pada Senat masa tuuuu
Dalam bas, kami pun buatla kutipan amal pada Senat dan Asen yg mmg excellent sebagai tour guide dan supir...
Sampai ke Airport, kami pun boarding , solat dan sempatla merayap sekejap di Airport Ataturk ni..
Kapalterbang bertolak mengikut jadual....transit di Jeddah..mcm biasa kelam kabut kat Jeddah ni..ada la kejadian salah sangka antara Che Mat dengan pegawai imigresen Arab ni...mujuqla Che Mat tak kena tahan..hehehe...
Makanan atas flight memang enak....anak kapal okla, ramah mesra lagi anak kapal Qatar Airlines...hehehe...
Sampai ke KLIA, rombongan kami pun pulang ke destinasi masing2...dan Che Mat Che Nah naik bas je la pulang ke Kamunting...hehehe..
Selesailah sudah kisah Che Mat Che Nah ronda-ronda Balkan 9 negara ni...Alhamdulillah semuannya indah dan menarik...jadi makin berkobar-kobarla semangat Che Mat Che Nah ni nak ronda ronda lagi se antero dunia ni setakat yg termampu....hehehe...
No comments:
Post a Comment