Wednesday, 30 June 2021

CHE MAT CHE NAH RONDA-RONDA MALAYSIA 16HB SEPTEMBER - 29HB SEPTEMBER 2020

Balik dari Bangkok.PKP di kenakan...lepas tu PKPB..kemudian PKPP..kira dari 18hb Mac hingga september negara kita dapat mengawal dah kes Covid 19 ni...

CMCN dah dapat balik refund tiket Qatar Airline...Alhamdulillah..Che Nah pun dapat pi kerja macam biasa..Che Mat pulak bercuti dari jaga cucu-cucu...

Che Nah dah ketagih betul nak meronda lagi, so Che Nah pun planla Cuti-cuti Malaysia pulak..sebab dah tak boleh keluar sempadan negara kan...Masalahnya dalam Malaysia ni merata dah CMCN pi meronda...dengan anak2 dan sekali arwah ibu2 tercinta.

Tapi takpala, sekarang kami berdua ja meronda...memandangkan anak2 dah besar dan ada agenda masing2..Che Nah pun merangka la nak pi mana..jadi kami pi ke tempat2 yang dah lama kami tak pi..so. Che Nah buat road trip yang cover 1 Malaysia...

Kira CMCN pi Teluk Intan di Perak, Kuala Selangor, Klang, di Selangor, naik Genting Highland, Pahang, Port Dickson di N.Sembilan, Kota Melaka di Melaka, Desaru di Johor, Kuala Rompin Pahang, Kuantan Pahang, Kuala Terengganu di Terengganu, Kota Bharu Kelantan, dan last sekali Cameron Highland, Pahang, balik semula ke Kamunting, 

Kira satu tempat satu malam sahaja dan semuanya 14 hari journey CMCN kali ni..hehehe...CMCN jugak cari kawan2 dan ahli keluarga yang dah lama tak jumpa sepanjang road trip kami ni..

So, inilah catatan CMCN sepangjang kembara kami di menyusuri negeri2 di negara tercinta ini...


 HARI PERTAMA  - 16HB SEPTEMBER 2020 - KAMUNTING -TELUK INTAN

Pagi2 kami pun load beg besar kami ke dalam kereta..tapi kami bawak jugak back pack sorang satu,,kira kami tak payah bawak turun beg besar ke hotel. hanya bawa bag kecik yg kami isikan baju dan keperluan untuk menginap sehari sahaja...

So..yahooooo...journey pun bermula...saja kami ambik mood berjalan dengan melalui Taman Tasik Taiping yang terkenal ni...ambik jalan lama melalui Changkat Jering, Trong, Bruas terus ke Teluk Intan.


Bila melalui Bruas, kami singgah rumah Abang Adri, sepupu Che Mat..lama jugak tak berjumpa dengan Abag Adri dan isterinya ni..Sekejap nya kami singgah..dalam 1/2 jam..tak maula jugak ganggu rutin harian orang sangat2..hanya singgah kejap, minum air,berbual tanya khabar dan kami teruskan perjalanan.



Tapi mujurla kami singgah rumah Abang Adri ni...dia kata jalan lebuhraya baru expressway dan siap dari Bruas ke Teluk Intan...dah boleh di gunakan..jadi kami pun ikut jalan baru ke Teluk Intan ni...

Kami sampai ke Teluk Intan dalam pukul 1 lebih..di Teluk Intan kami menginap di Hotel Rivertel..RM142.52..Che Nah booking melalui Agoda..



CMCN amat puas hati dengan hotel ini..dari luar macam biasa ja, tapi dalam bilik cantik dan bersih..CMCN order ja makanan kat hotel ni..dan memang sedap makanan kat sini..masa nak naik ke atas, saja Che Nah jengok2 kat coffee house, memang nampak Chef Melayu tengah masak. Confiden la kan nak makan kat sini...hehehe


Selesai makan, dan solat jamak, kami pun turun meronda ke bandar Teluk Intan ni...buat Che Nah, ni kali ke tiga Che Nah sampai ke sini..kali pertama masa belajar kat ITM, umur dlm 22 tahun kut..ikut kawan baik Che Nah, Che Rasmiah balik ke rumah dia masa cuti semester..Rumah di Bagan Datoh..tapi la ni dia dah bermastautin di Batu Gajah..Kali ke dua masa ambil kereta Kancil di    masa tu CMCN dah
4 anak, tapi Cik Pia Che Nah tingal kat baby sitter aka kakak Che Nah...hehehe....kami mai naik bas ja, balik naik Kancil,sebab tak jauh dari Teluk Intan, kami pun pusing2la kat sini..masa tu umur Che Nah 34 tahun kut...
Jadi ni kali ke 3 Che Nah ke sini..masa umur 57 tahun...tak tahula ada tak rezeki lagi mai ke sini lagi...huhuhu...

CMCN pun pusing2 bandar Teluk Intan ni..tentu saja menara condong kat sini jadi tarikan pertama kami kat sini..selain dari tu kami pun tak tahu nak ke mana lagi...hari pun dah senja...CMCN pun tapau ja dinner kat stall kat sini dan makan kat bilik hotel ja..

 4 ana










Balik ke hotel, kami berehat sambil kemas2 barang untuk esok hari pula.

--------------------------------------------------------

HARI KE DUA- 17HB SEPTEMBER 2020 - TELUK INTAN-KUALA SELANGOR      

Pagi2 kami relax2 ja kemas barang, makan roti yg kami beli kat Seven E semalam sambil tengok rancangan tv.. dalam pukul 11.30 pagi kami pun check out dan ready bertolak ke Kuala Selangor pulak.          


Perjalanan amat tenang..kenderaan tak la sibuk sangat dan kiri kanan permandangan amat menyenangkan..




Kami sampai ke pusat bandar Kuala Selangor dalam pukul 1 lebih..Di sini Che Nah booking hotel V Butik melalui agoda dengan harga rm 102.60..tapi bila check in bilik CMCN kureng puas hati..bilik tak seindah yang di gambarkan dan permandangan luar memang tak menarik..

CMCN keluar balik untuk cari makan dan sempatla pi tengok De Palma Hotel Kuala Selangor..harga nya berpatutan dan cantik dari V Butik Hotel .kami pun fikir2 balik sambil makan kat gerai berdekatan..
Sedap makanan kat gerai ni, Che Nah makan Chicken Chop  dan Che Mat makan mi rebus..memang sedap dengan harga yang berpatutan.

Sambil makan ni, CMCN bincang lagi pasal nak menginap kat mana.  Che Nah nengok pun tak ada apa yang menarik di Kuala Selangor ni, dan cadang terus je ke next distinasi,, Klang yang sejam saja dari Kuala Selangor..di Klang CMCN nginap di Wyndam Acmar , hotel 4 bintang yang tengah bagi offer rm150 ja semalam.

Bincang2, CMCN pun ambik keputusan terus ke Klang,,Che Nah  pun booking Hotel Wyndam Acmar utk malam ni...kami pun balik ke hotel V Butik untuk cancel sewa dan tawakkal ja sama dapat refund ke tak.
Mula2 sembang dengan budak melayu   yg jaga lobby tu..dia kata tak dapat refund..Che Nah bagi reason  yang kami nak terus ke Klang, dan anak yg sewa homestay kat Klang kata homestay tu muat lagi kami  nginap sekali..Budak tu kata tak boleh. tapi mai pulak sorang staff China yang muda, rasa Che Nah owner atau anak owner hotel ni,kata dia cuba cancel dgn Agoda dan tak caj harga bilik tu.
Kami pun tunggu sat kat bilik, sekejap ja staff Cina tu call dan kata kami boleh cancel booking tanpa di kenakan apa2 bayaran...Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami.






Kami pun meneruskan perjalanan ke Klang, Selangor..memang Che Nah dah booking untuk malam esok nya...kira 2 malam la kami nginap di Klang ni..










Dalam pukul 4 kami pun sampai ke Wyndam Achmar Klang...wah...berbaloi betul Che Nah tukar hotel..dahla hotel baru, cantik, bilik luas dan nampak permandangan jalan bersimpang siur dari tingkap
bilik..kira Rm150 semalam tanpa breakfast..sebelah Aeon Klang pulak tu...hehehe..







Masuk bilik, mandi dan solat CMCN pun turun ke Aeon bersebelahan hotel ni.ronda2 kat sini, makan dan beli roti untuk sarapan esok pagi..memangla hotel ni sediakan sarapan, tapi dah tua2 macam ni rasa tak berbaloi bayar rm40 seorang..tak kureng selera makan bila umur2 macam ni...nak elak dari penyakit dan obesiti pun sama...kira nak diet la jugak kan...

Permandangan di tempat yang sama waktu malam dan pagi esok dari jendela bilik...




HARI KETIGA 18HB SEPTEMBER 2020- KLANG SELANGOR                                                   

Pagi2 lepas sarapan, kami relak2 luuuu...lepas tu siap2 nak ke GM Klang...dalam sejam dari hotel ni...memang besar tempat shopping ni, serupa pasar baru bandung ja, tapi lebih teratur, lebih luas dan tak ada "pengekor"la di sini...hehehe..sapa yang pernah pergi ke mana2 tempat shopping di Indonesia akan faham istilah "pengekor"ni.
CMCN pun belila blaus untuk anak menantu sorang sehelai, baju cucu tak dak yang berkenan..Che Nah rembatla jugak blaus untuk Che Nah jugak..hehehe..kami pun lunchla kat sini..harga memang berpatutan dan  menyelerakan..lupa dah nama restoran ni..

Memang nak mai lagi la kat GM Klang ni...tak habis lagi cover semua2...tak pi pun pusat borong cadar dan langsir tingkap...hari dah lewat petang, dan kami tak maula pulak ketinggalan jamak solat...ronda2 jugak, solat kena jaga jugak..baru berpahala musafir kami ni...



Malam rasanya kami tak ambik dinner kat luar...dah kekenyangan sebab lunch pun dah terlewat sudah...hehehe..
Malam tu tengah syok2 tidur, dengar2 bising pulak bilik sebelah..Bilik kami ni bilik connecting, ada pintu ke bilik sebelah..rasanya bukan orang Malaysia dok sebelah malam ni..punyala bising, sembang kuat2, gelak macam nak rak..dah dok cuba nak bukak pintu connecting tu....rasanya ramai macam 5,6 orang..Che Nah punyala geram..tak boleh nak lena..rasa nak report ja pada staff lobby hotel ni...dalam pukul 3 lebih barula senyap sunyi bilik sebelah..


HARI KE 4- 19HB SEPTEMBER 2020- KLANG- GENTING HIGHLAND                                                            
Breakfast pagi ni CMCN makan bun dan roti yang memang stok kami masa ronda2 ni...Kopi dengan teh memang dok ada dalam bilik ni...lunch kami saja ambik buffet kat hotel ni...rm45.00 untuk satu kepala warga emas..dan kami ni depa kira layak ja untuk dapatkan harga warga emas...banyak pilihan dan enak masakan di sini..cuma sesak sikit..ramai dah jemu berkurung kat rumah kut...hehe
Settle lunch, kami pun bergerak ke Genting Highland..melalui tepian bandaraya Kuala Lumpur..Che Nah ikut google map ja...sebab google map akan ikut jalan yang tak sibuk..Che Mat pulak memang fobia dengan jalan2 sibuk ni...


Sampai Genting Highland dalam pukul 2 kalau tak salah Che Nah...Kami nginap di Resort Word Awana..RM 199.51 melalui Agoda...ni la bilik paling worst sepanjang road trip Malaysia kami ni...huhuhu...Persekitaran hotel memang cantik, bilik ja menyeramkan sikit..takpa la untuk bermalam semalam saja...Selesai solat kami pun keluar ke Genting Outlet..hotel ni sediakan shuttle secara percuma...Alhamdulillah....











CMCN tak beli apa pun kat sini..rasanya best lagi Design Village kat Seberang Perai tu...hehehe..kami ronda2..posing2 dan balik ke hotel..perut masih kenyang dengan buffet kat Wyndham Acmar tengah hari tadi..kira kami pun makan roti ja malam tu.






HARI KE 5- 20HB SEPTEMBER 2020- GENTING-PORT DICKSON                                                     
Pagi pagi CMCN sarapan kat bilik jer... ada maggi in cup ada roti bun dan sudah semestinya kopi dan teh...  CMCN tak ke mana pun sebab tak ada kawasan yang berdekatan untuk di terokai...Kami pun check-out dan meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya, Port Dickson.................................

Tapi sebelum sampai ke Port Dickson, kami singgah dulu ke Nilai...Che Nah nak cari carpet untuk ganti carpet rumah yang dah lusuh dan agak nipis..Che Nah takla memilih sangat, jumpa kedai, pilih2 tawar menawar jadi ja beli...Belila patong spiderman kat Noah cucu baru CMCN..tapi sampai rumah kakak Chun yang dok main...biasala tu..segala mainan Noah si adik, Chun si kakak yang ganyang dulu...dah jemu dan lunyai baru la dapat kat adik...isk.isk..isk..



Settle kat Nilai, kami makan lunch dulu, lepas tu terus ke Seremban cari kawan CMCN yang dah bertahun tak jumpa    

Dapatla Che Mat jumpa kawan sejak darjah rendah dan menengah , Fendi yang dah menetap di Seremban ni...lupa dah berapa tahun tak berjumpa..Gambar sekeping ja sempat Che Nah ambil,,dok ralit bersembang ..maklumlah hikayat darjah 1 sampai menengah nak review balik...hehehe
                                                                               

Lepas jumpa Fendi, CMCN ke rumah sahabat Che Nah, Hajjah Hendon yang baru saja kehilangan anak ketiganya...memang dia tak tahu langsung kunjungan Che Nah ni,,,Che Nah dok call, tapi Hendon dok sibuk sampai tak tengok hpnya..mujurla Haji Zul Madya kawan kami sekelas sampai belah pagi, so Che Nah pun dapatla google maps rumah Hendon...memang terkejut dia tengok kedatangan kami...masih sedih dengan kehilangan anak tercinta tapi tetap tabah dan cekal kedua2 Hendon dan suaminya.



Kami pun bertolak ke Port Dickson lepas masing2 dapat berjumpa kawan lama masing2..
Kami menginap  di Klana Beach Resort..okla hotel ni ..terletak di tepi pantai dan dalam kawasan  hotel ni ada balai cerap untuk melihat anak bulan.





Malam tu Che Mat dapat jumpa lagi sorang kawan sekolah rendah yang nama Rahmat jugak...hehehe..sebab isteri dia tak join, Che Nah pun tak join jugakler,,biaqla depa berdua puas berbual habis2an..


HARI KE- 6  - 21HB SEPTEMBER 2020 -PORT DICKSON-MELAKA

Pagi kami breakfast buffet kat hotel ni...so far okla breakfast kat sini, tak banyak pilihan tapi sedap dan menyelerakan..settle breakfast kami pun jalan2 ke balai cerap depan hotel ni...tak dapat nak masuk..lupa dah sebab apa di tutup..hehehe




Puas berphoto kami pun meneruskan road trip kami menuju Melaka pulak...sebelum ke bandar Melaka, kami singgah sat di Homestay en Suhaimi/Puan Kamisah yang kami kenal semasa sama2 berjemaah Umrah 2 tahun lepas...Malangnya depa pi bercuti  ke Terengganu pulak...tak dak jodoh nak bertemu pasangan ni...huhuhu




Kami pun meneruskan perjalanan ke Bandar Melaka..Kat sini kami menginap di Double Tree By Hilton Melaka...paling cantik permandangan..Che Nah mintak bilik ngadap laut...memang dapat melihat laut jauh terbentang melalui jendela bilik....hehehe






Permandangan dari jendela, waktu siang dan malam...mengasyikkan..


CMCN check-in kami keluar balik..pi rumah anak sedara Che Mat Zura di Melaka..kebetulan kakak Che Mat ada kat rumah ..kami bawak sekali baju2 terpakai nak mendobi segera...
Sampai rumah Zura, membawang sakanla dengan Kak Rohana dan Abang Ikbal...Zura suami isteri tak balik lagi dari sekolah..puas borak2, Zura anak sedara Che Mat dah balik..dia nak belanja kami makan kat luar..kat Restoran Assam Pedas Claypot...CMCN ok ja...kami keluar dulu mendobi baju kat kedai dobi segera depan rumah Zura ja...settle dobi kami pun bertolak untuk dinner bersama keluarga Abang Ikbal...

Penuh jugakla restoran ni... cer tengok kak Rohana punya goreng kat Che Mat sampai tertunduk2 CHe Mat ni...hehehe





Settle dinner kami pun balik ke hotel...mandi manda, solat jamak dan kroh2 melayan kepenatan masing2..Che Mat penat la bawak kereta..Che Nah penat melihat kiri kana jalan jer....

HARI KE 7- 22HB SEPTEMBER 2020--MELAKA-DESARU     

Kali ni CMCN breakfast kat hotel..memang terbaik buffet kat sini...berbaloi ler dengan apa yang CMCN bayar...huhuhu     ..

Che Mat tengah merenung jauh ke luar jendela sambil pekena capocino...relax kan...hehehe                                                  





Dalam pukul 12 pm , kami pun check-out dan terus gerak ke Desaru..tapi rugiler kalau tak singgah Johor Premium Outlet kan...sampai ke JPO hujan turun rintik2...Macam biasa CMCN akan pecah untuk cepatkan masa nak round seantero JPO ni...maklumlah lain2 benda dan di tengok dan di kelebek...Che Nah belila baju untuk cucu2 pompuan Che Nah...Che Bina dok suruh tengok handbag..ambik video kat dia ..last2 Che Nah yang sambar satu beg tangan buat Che Nah..hehehe...Jenama Sambonia..RM179.50..mmg murah...(Baru2 ni Che Nah saja nengok harga beg yang sama kat Alamda Putrajaya RM220 plus2 kut...kira murah lagi kat outlet pada mall kan....rezeki Che Nah ler...hehehe




Settle syoping CMCN teruskan perjalanan ke Desaru...hujan turun lebat jugak...google map ni bawak entah mana punya ceruk jalan ..tapi jalan memang tak banyak kereta...Che Nah baca google map, CHe Mat ikut ja...last2 sampai la jugak ke Desaru.. 



Kat sini kami nginap kat Lotus Desaru, RM 200 semalam...ada water park kat sini...tapi dah otai 2 macam ni tak la minat nak mandi manda di public dah...orang pun meluat nengok warga2 otai mandi manda macam orang muda...hehehe..

Lepas check-in dah pukul 7..CMCN mmg belum lunch lagi...so kami pun saja2 pi Coffe House hotel ni...rupanya ada buffer dinner, harga berbaloi dan enak2 jer tengok hidangan kat sini..kami pun bedalla..kira 2 in 1 jugak ler...hehehe..dua1 dah kekenyangan, kami pun cari bilik.. ambil baju yg nak di pakai esok dari beg besar, cari lift..masuk bilik dan berehatla kami...perut dah kenyang, mata pun berat ler kan....







HARI KE 8- 23HB SEPTEMBER 2020 - DESARU - KUALA ROMPIN

Pagi2 kami pun breakfast kat sini...kami memang ambik bilik dengan breakfast sekali, dan memang berbaloi breakfast kat sini...banyak pilihan dan sedap2 menu kat sini




Perut dah kenyang, kami pun meronda kat hotel ni, ada sangkar burung, ada kereta antik..ok la jugak permandangan kat sini ni...


























Puas sudah jalan keliling hotel ni, kami pun check out dan bertolak ke Kuala Rompin pulak...Bye bye Desaru..bye bye Johor...



CMCN terus gerak ke Kuala Rompin...lalu kat Tanjung Buloh..nampak pantai yang bersih dan air laut yang jernih...tergoda la sat..singgah bergambar dan perjalan di teruskan....





Kami singgah pulak di Tanjung Sedeli...sempatlah borak2 dengan brother kat situ, depa dok kata dekat ja tanjung sedeli ni dengan pulau2 Indonesia..patutla Che Nah perasan ada road block banyak kat sini...rupanya ada lorong tikus pati Indonesia mai sini...ish..ish..ish..
kami pun pekena ais kacang dengan mi jawo kat sini..belila sikit keropok2 tempatan nak jadikan buah tangan bila balik ke Taiping nanti..hehehe


Road trip di teruskan..melalui Mersing dan memasuki Pahang pulak...






CMCN sampai dlm pukul 1 ke hotel penginapan kami...Kat sini kami menginap di Lanjut Beach Resort...CMCN pernah menginap kat sini dalam 15 tahun yang lalu...dengan semua anak2, ibu mertua dan keluarga adik Che Mat, Che Izad...kami sewa chalet 2 bilik..tepi laut ...malam memang dok dengaq hempasan ombak kat tepi pantai...pagi esk kami check out, balik taiping, Che Izad balik Johor Bharu..rupanya banjir mengikuri kami...CHe Izad terperangkam jugak dengan banjir...mujur kami balik melalui genting, kira tanah tinggi dan banjir tak berjaya mengekori kami...Tapi resort yang kami duduk ni memangla banjir keseluruhan nya...
Sampai kali ni ,dah tak dak chalet yg kami sewa dulu...dah di runtuhkan...kami duduk di bilik hotel baru..ngadap laut jugak.

Sampai2 kami pi cari makan dulu...dah tak larat nak keluar, kami lunch kat hotel ni ja...Sedapla jugak..hehehe..petang kami pun jalan2 tepi laut...nengok senja berlabuh..perasan romantikla pulak...hehehe











HARI KE -9 - 24HB SEPTEMBER 2020-KUALA ROMPIN-KUANTAN      
                                                          
Pagi2 breakfast di hotel...okla dengan harga nya..tak banyak pilihan tapi rasa sedap...
Settle breakfast, kami pergi lagi bercanda di tepian pantai...ada buai kat sini..Che Nah pun berbuai la sat sambil menyanyi lagu "pohon beringin'...perasan macam Bawang Merah tengah berbuai sambil tunggu putera raja (Che Mat ler) datang membawa cinta sejati pada Bawang Merah...hehehe.







Dah puas main buai2 di tepian pantai yang permai sambil feeling2 sikit kami pun siap2 bondot nak ke Pahang pulak....hehehe dan Che Nah ambik kesempatan nak singgah sat kat sekolah tempat kawan Che Nah ngajar.. kat Pekan Pahang...kawan yang tak pernah bersua sejak habis belajar kat ITM dulu tuuu.

CMCN pun teruskan pengembaraan pusing2 Malaysia...sampai satu tempat nampak banyak gerai2 kecil penduduk asli jual hasil tangan dari kepingan kayu balak...kami pun berhentila sat...CheMat belila satu papan pemotong ikan..bukan nya tak dak , saja ja menolong tambahkan pendapatan golongan orang asli ni..

Settle hal tu, kami teruskan pengembaraan kami...kali ni betul2 mencabar..cari sekolah rendah tempat kawan Che Nah Norhaizan aka Izot ngajar.....jauh pendalaman...mujur ada google map..tak sesat pun...

Nila kawan Che Nah ni...kira dah berpuluh tahun tak jumpa...kira habis belajar umur 22 tahun, jumpa balik   umur 57 tahun..dah 35 tahun tak pernah jumpa...masih kecik molek ja   cik Izot kita ni...hehehe
Ahhamdulillah shukur kepada Allah yang memberikan peluang untuk Che Nah berjumpa balik dengan kawan sekelas, seasrama masa zaman2 itm dulu....huhuhu


Sekejap ja kami berborak...maklumla kami nak teruskan perjalanan ke Kuantan, Zot ada lagi kerja di sekolah tu..Che Nah dah puas hati betul2 ni...CMCN pun teruskan perjalanan ini menuju kePahang.  

Di Kuantan, kami nginap di Zenith Hotel...cantik hotel ni, seberang jalan ada shopping kompleks yang besar..lepas check-in CMCN pun pusing2 shopping kompleks tu..Banyak jugak barang branded yang tengah 'Sales"..Che Nah sambar la satu hand bag kecik..Che Bina anak Che Nah yang belanja...hehehe..bolehlah bergaya masa kenduri kawen Fasha anak sedara Che Nah yang buat kat hotel nanti...tapi ada orang perati Che Nah ka?..tak dak rasa Che Nah....hihihi





HARI KE 10-25TH SEPTEMBER 2020- KUANTAN KE KUALA TERENGGANU

Breakfast di Zenith Hotel ni pun banyak pilihan dan enak2...Insha Allah bolehla repeat mai sini lagi kalau ada rezeki...hehehe

Selesai breakfast CMCN pun kemas2 beg..lepas tu pi balik pusing2 Shopping Kompleks ..saja jamu mata ..tapi tak beli apa pun ..sebab nak berbelanja lagi kat Pasar Payang di ganu kite pulak...

Lepas check out kami pun bertolak ke Kuala Terengganu..tapi akan singgah di rumah kawan lama Che Mat, di Paka, Terengganu  kawan satu pejabat masa Che Mat bekerja di Public Finance dulu..






Dah berpuluh tahun rasa nya Che Mat dan Che Bakril tak bertemu muka, masa CMCN kawin dia masih lagi bekerja dgn Public Bank...kurus dan hensem..rambut hitam dan berolak cantik..sampai pernah jadi  model iklan minyak  rambut Byrlcreem..Che Mat dulu yang cerita, tapi masa berborak dengan isteri Bakril, kami dok ungkitla kisah jadi model ni..masa balik dalam cerita Che Mat boleh tanya Che Nah, macam mana Che Nah tau Bakril pernah jadi model ni..abang pun tak tau..Che Nah renung Che Mat dengan macam2 rasa...sah Che Mat dok minum ayaq dengan semut ni...hermmmmmm





Perjalanan di teruskan...seronok melalui jalan pantai yang indah dah aman..ombak memukul pantai..fuyoo seronok-seronok...










Sempatla singgah pekena nasi dengan sotong goreng di tepi pantai yang indah..yummy...



Di Kuala Terengganu CMCN di Hotel Grand Puteri..dekat jugakla dengan Pasar Payang, boleh jalan kaki ja...hehehe.hotel ni cantik jugakla. rasanya owner melayu kut..malam kami makan kat sini ja..tak larat nak merayap lagi...huhuhhu





HARI KE 11 - 26HB SEPTEMBER 2020- KUALA TERENGGANU KE KOTA BHARU

Breakfast kat sini sedap-sedap, nasi dagang kira terbaikla..dok ralit makan sampai lupa nak snap gambar coffee house hotel ni...Lps makan CMCN pun jalan kaki ke Pasar Payang..depa dah pindah pi tempat lain. teratur dan bersih tempat baru ni berbanding dengan tapak lama...Ramai jugak pelanggan di sini...tak terikut SOP nyer....

Che Nah shopping banyak jugakla kain baju kat sini...baju batik untuk yang laki2 kain batik untuk yang perempuan..tapi tak lama kat sini sebab pelanggan berpusu-pusu...risau pulak virus covid ni berpesta dok hinggap kat orang ramai..



Balik ke hotel jenuhla jugak dok heret buah tangan dari Pasar Payang ni...waduh2..takpala cenderahati kat orang kampong punya pasal, redhanya Che Nah...CMCN lempaq ja barang2   yang di beli kat belakang kereta..maklumlah berdua ja dengan Inova ..belila banyak mana tak jadi masalah nak menyimpan...hehehe

Kami  pun terus meninggalkan bumi Terengganu memasuki bumi Kelantan...tapi dah tak melalui jalan pantai..huhuhu..
CMCN nginap di H Elite Hotel, jalan Kuala Krai..kira kami tak duduk di tengah2 bandar Kota Bharu..sebab nak cepat teruskan perjalanan ke Gua Musang pulak..dan nak singgah kat rumah Za dan cikgu Rithauden yang CMCN kenal masa trip ke Central Eropah tahun 2019.. depa dok di Kok Lanas tak jauh dari hotel yang CMCN nginap ni



Cantik hotel ni, masih baru di buka....malam tu ada acara apatah, tapi Raja Kelantan akan turun ke sini..patutla staf hotel ni dok kelam kabut nya masa kami check-in...



Selesai solat asar kami pun bertolak ke rumah Za dan suaminya Cikgu Rithaudeen..jenuh jugak mencari guna google map..akhirnya depa yang mai cari kami yang sangkut kat tengah jalan..di jamu sakan kami oleh pasangan ni..macam2 di jamunya...kenyang sampai ke pagi...hehehe





HARI KE 12- 27HB SEPTEMBER KOTA BHARU - GUA MUSANG

Pagi breakfast kat hotel ni...banyak jugak pilihan..enak dan sedap..dan kawan Che Nah masa UTM dulu TJ dan isteri datang jumpa CMCN..bergebangla kami berempat sat..terima kasih TJ dan isteri mai datang   jumpa kami..hehehe






TJ balik, kami pun berkemasla beg dan barang2 yg dah menimbun..tp CMCN bawak beg pack ja masuk hotel,beg gedabak dok terperap dalam kereta ja...hehehe

Lepas check  out, CMCN pun bertolak pulak ke Gua Musang..kat sini untuk bermalam ja sementara nak ke Cameron Highland jer..kalau nak terus ke Cameron Highland,  malam kut baru sampai ke atas nuu..



Sampai Kuala Krai kami singgahla beli keropok lekor, keropok biasa..sedap pula keropok lekor kat sini..nyesal pulak beli sikit ja...huhuhu


Perjalanan gunung ganang dari Kuala Krai ke Gua Musang..kehijauan...mengasyikkan juga  ..tenang rasa hati Che Nah...Che Nah je la...Che Mat tak tenang pun dok jaga stering kereta ja....hehehe


Di Gua Musang, kami bermalam di Phonix Hotel..hotel ni la yang paling elok kat Gua Musang ni..CMCN check in,     cari makan tengah hari dan mendobi baju kat kedai tak jauh dari hotel..memang lega kalau dapat mendobi semua kain baju bila mengembara ni..balik rumah tak la jenuh dah mendobi yang sah2 bertimbun2 ni...




HARI KE 13- 28HB SEPTEMBER 2020 GUA MUSANG KE CAMERON HIGHLAND

Di sebabkan tak ada tempat nak melawat atau nak membeli belah kat Gua Musang, kami bertolak awai ke Cameron Highland...kira masuk Pahang balik la...hehehe...

Perjalanan memang melalui gunung ganang dan lereng lereng  yang curam...CMCN sampai agak awal jugakla kat Cameron Highland ni...Singgah di Copthorne Hotel..ada buffet kat sini..relak sikit jamu selera kat sini bila dah letih memandu jauh2 ni..
Kat Cameron Highland memang Che Nah selalu dok hotel ni, tapi kali saja Che Nah dok Hotel Avilion di Tanah Rata pulak..saja nak ubah rasa...kami pun check in la kat sini..yang best nya sebab bilik deluxe dah penuh, depa bagi apartment 2 bilik kat CMCN..cantik bilik, luas dan selesa,,rasa2 nak panggil ja anak2 CMCN mai dari Taiping bercuti sekali...tapi sebab sehari ja kat sini..tak jadila pulak...huhuhu


Malam tu kami pun merayap mencari dinner kat sini..masa ni dah dapat berita  yang kes Covid 19 naik balik di Sabah, yang dok buat pilihanraya kecik tu..dah bawak balik mai Semenanjung ni...pergh...mujuq kembara kami ni dah sampai  ke penghujung jalan...










HARI KE 14- 29HB SEPTEMBER 2020- HARI TERAKHIR CAMERON HIGHLAND- TAPING

Pagi2 CMCN breakfast kat hotel..Memang CMCN bila booking hotel terus booking makan pagi kat hotel..tak payah nak keluar merayap cari breakfast kat luar..dan selalunya memang ambik heavy breakfast..bila check out dan teruskan perjalanan lewatla sikit makan tengah hari dan boleh cari tempat makan yang sodap kat bandar lain pulak....



Bye2 Cameron Highland...salah satu tempat favourite CMCN bila nak berehat...maklumla kami dah tak dak kampung nak balik...huhuhu..

Lepas check  out, kami singgahla beli strawberry, sayur2an yang segar  kai sini...
Kami teruskan perjalanan balik ke bandar asal kami Taiping bandar warisan yang tetap di hati walau     dah sampai ke merata bandar di bumi ni.
Tamatlah kembara CMCN di bumi tanah air tercinta ni...insha Allah akan CMCN terokai ceruk lain  yang belum sampai atau yang dah lama tak sampai bila ada rezeki dan masa...

Gelombang ke 3 Covid ni dah mula melanda kembali di negeri kita ni..mujur sempat CMCN selesaikan kembara kami..Alhamdulillah...syukur kepada Allah yang memberikan kepada kami kesihatan yang berpanjangan, rezeki, dan peluang untuk melancong yang memang menjadi minat nombor 1 kami berdua.

Insha Allah kalau masih ada kudrat, sihat dan rezeki CMCN akan ronda2 lagi...








No comments:

Post a Comment