HARI PERTAMA (20/4/2018)-KAMUNTING-KLIA-DOHA-PARIS
Negara eropah memang luas dan indah..Belgium yang terkenal dengan Atomium, cokelat, Holland yang terkenal dengan bunga tulip, kincir air, Eiffel Tour di Paris, Mount Titlis di Switzealand dapat CMCN kunjungi...kali ni kami ke Europe awal musim bunga..best sangat2 sebab cuaca masih nyaman, bunga2 berkembang indah dan waktu siang yang panjang...
Kira balik dari umrah, settle majlis perkahwinan anak CMCN. Che Dat masa bulan mac tu, CMCN pun bungkus bondot la pulak...hehehe...tapi dari awai dah booking join trip Kembara Sufi, bukan saja harga yang berbaloi2...pengurusan KS pun Che Nah puas hati...
2 minggu sebelum berlepas, KS dah buar group whatsapp...dah bagi itenirari terkini dan kami dapat Tour Leader PU Faris....best sangat2...tapi adalah pulak masalah tak puas hati tentang penginapan 1 couple ni...mula2 tak jadi pi, last2 jadi la pulak...tapi touch down saja KLIA masa balik dah left grop...macam2...hehehe
Macam biasa, supir Che Nah aka driver startmart hantar kami terus ke KLIA...kami naik bas malam, sampai sana pagila sikit..flight belah petang, so CMCN lepakla kat Anjung Tinjau...
Dalam 6.40 lepas solat CMCN pun pergila jumpa staff KS di kaunter A...berkenalanla dengan ahlil2 rombongan yang lain..check-in baggage dan terus naik shuttle ke gate kami..well oleh sebab dah expert cara2 nak handle hal2 kat KLIA ni...CMCN relak je la....hehehe..amboi berlagakla pulak....


Kami naik Qatar Airline, first time naik flight ni..best sangat2..makanan dan layanan anak kapal memang puas hati...kami singgah di Doha 3 jam, solat jamak zohor dan asar...perjalanan di teruskan ke Paris...
Bilik ok2 ja...simple but nice, makan malam food pack...mandi manda terus boom..hanyut dah..sempatla jugak Che Mat ambik gambaq katil yang masih suci sebelum jadi lintang pukang..hehehe
============================================
HARI KEDUA (21/4/2018)-KAMUNTING-PARIS - BRUSSEL(BELGIUM)
Pagi pagi kami sarapan di rest house hotel ni, menu simple, tak banyak pilihan tapi sedap2 ikut selera Che Nah..macam biasa CMCN ambik yang halal je la..tapi laju ja Che Nah tambah roti croissant..lembut dan makan sodap bila di sapu butter dan jem..yummy...
Rupanya chef aka waiter kat situ orang Turki Islam...baik orang nya...bolehla jugak berbahasa Inggeris..
Selepas breakfast, CMCN ambik kesempatan jalan2 sekitar lobby hotel dan perkarangan hotel. Hotel ni dekat dengan airport..dok nampakla kapeterobang turun naik...dekat jugak dengan keretapi laju..CMCN pun jamu mata sambil posing2...hehehe


Ni la chef aka waiter hotel ni, orang turki islam, masa Che Nah snap photo ni macam adegan nak bertumbuk ja Che Mat dengan chef ni...kan...hehehe
Inila PU Faris, asal orang Temerloh , Pahang, baya umur anak Che Nah jer..memang bertuah kami kami ustaz Faris ni jadi tour leader...
Semua dah siap, beg gedabak dah masuk ke perut bas, kami pun bertolak ke Brussel Belgium..pi melawat Atomium ..kita layan jerrrr...
Ni ha Atomium kat Brussels yang terkenal ni, Asrul adalah bersoreh sejarah Atomium ni...tapi CMCN sibuk memotret jer...hihihi


Habis tengok Atomium yang macam bebola di sambung2 ni, kami pi la melawat Mini Eropah..luas jugakla tempat ni...kira macam taman yang ada semua replika bangunan/tempat pelancongan di Eropah...CMCN layan jer....


Puas dah meronda satu benua Eropah di mini Eropah ni, kami pun bertolak ke Central Brussels..
Ni ha , Grand Central Palace, kebanggaan rakyat Belgium....tapi nengok istana lama ni sat ja...bila dah bagi masa free, semua berselerak cari cokelat Belgium yang memang terkenal keenakkan ya...CMCN menyusur kedai2 yang banyak tu..last2 masuk kedai kepunyaan orang Afghanistan...CMCN borong sakanla cokelat kat sini...kami pun patah balik,,jumpa PU Faris dengan Asrul dan Anas, depa tanyala beli kat mana cokelat ni...CMCN habaqla tunjuk kat situ ada kedai orang Aghanistan...pastu CMCN jalan lagi, jumpa geng se bas, depa tanya jugak, Che Nah habaqla kedai yang mana kami beli...okla tu...last2 bila dalam bas, Che Nah tanyala depa tu dah belika kat kedai yang Che Nah habaq tadi...depa kata depa beli kedai lain, kedai yg PU Faris habaq..kedai orag Aghanistan...sengap teruih Che Nah..nak gelak pun ada..sebab PU Faris pi kedai yang CMCN habaq jugakla..ish ish ish...hehehe
Kami masuk jugak dalam mall depa, tapi mehe nya barang..Asrul kata takpa ja nanti dia tunjuk kedai yang murah, dia kenal tokey kedai tu..orang Bangla...last2 semua borong sakan kat kedai Bangla tu. memang agak murah dari dalam mall...adalah sikit baju sukan Che Mat beli kat anak menantu...Che Nah belila sikit FM dan KC untuk saudara dan kekawan kat tanah air....


Agak petang kami sampai ke hotel..kami nginap di Van Der Valk Charleroi Hotel di Belgium...kami sampai lewat sikit...ambik food pack , masuk bilik , mandi,solat, makan dan bum lena...kroh..kroh...
===========================================
HARI KETIGA (22/4/2018)- BRUSELL KE NETHERLANDS
Hari ke 3 selesai bersarapan che mat che nah dan rombongan yang lain bersiap untuk ke Netherlands pulak.. n..Memang ini yang di tunggu tunggu oleh ahli rombongan untuk melihat keindahan ribuan bunga tulip yg berkembang mekar dan melihat sendiri kincir air yang dah wujud berabad lamanya...yahoo...Che Mat takla minat bunga2aan ni...tapi layan jugakla minat Che Nah ni..pompuan besala kan...mana boleh pisah dengan bungaan..
Perjalanan memang jauh...layang permandangan atas bas pulak...kali ni ramaila pulak orang utara malaysia.. orang perak pun ramai jugak..dan ada satu pasangan dari Singapore..couple ni selalu join tour agent dari Malaysia ..murah banyak dari negara asal depa..dan kat sana tak ada muslim trip...tak kisah la kannnn
Peraturan kat eropah, bas kalau berjalan setiap 3 jam kena stop paling kurang 1/2 jam, bagi pak supir berehat...supir berehat, kami pulak memotret...hehehee
Kat Eropah, setiap stesen minyak mesti ada cafe dan mini market...tengokla buah2an kat sini,nak beli buah atau nak beli air buah yang fresh pun boleh...janji bayar ja ongkos nya...huhuhu
Ada bangunan yang menarik minat kat Nethelands ni , ada yang agak menyeramkan Che Nah macam kat bawah ni..Che Nah cuma bayangkan patong ni dapat nyawa dan berkeliaran kat sini..huhuhu..seram nya....
Akhirnya bas menyusur masuk ke bandar Keukenkof...sebelum masuk Garden of Europe dan nampak permandangan pokok2 tulip berwarna warni kiri dan kanan jalan...sungguh cantik dan mengasyikkan...
Akhirnya sampai dah ke destinasi kami ke Keunkenhof ni...punyala berlambak bas...nasib baikla ada lagi parking kosong...tapi menapakla jugak ke pintu masuk ...tiket masuk dan termasuk dalam pakej ..legala sikit...dan bergambar ramai2 kat pintu masuk, Asrul dah habaq berapa jam boleh meronda kat dalam dan pukul berapa nak berkumpul kat depan pintu masuk, kami pun macam anak ayam kehilangan ibu..bertempiaran masuk ke dalam dengan geng masing2...hehehe
Luas betui taman ni, masa ni Che Nah tak beli lagi monopod yang ada tripod tu..gambar ni Asrul tolong snapkan..tapi CMCN memang pujila Asraf, Anas dan PU Faris..senang betul nak mintak pertolongan...terbaik....
Lihatla....keindahan...bunga2 mekar dan berwarna-warni....hehehe
Amboi Che Mat...selfie dengan awek belanda pulak....teringin ker....
Penat meronda kami duduk sat kat tepi ni..sambil minum air teh panas...cuaca agak sejuk sebab baru masuk musim bunga..tapi nyaman...CMCN duduk sambil meninjau karenah pelancong yang berpusu-pusu ni...berbagai bangsa dan rupa dari pelusuk dunia......
Cukup masa yang di tetapkan, CMCN pun tunggu yang lain2 kat pintu masuk garden ni..kami menuju ke Zannse Schans pulak..nak nengok kincir air pulak...hehehe
Dari kejauhan dah nampak kincir air ni...hehehe..tak di gunakan lagi pun, tapi duit tetap masyuk bila ramai orang datang nak tengok salah satu alat buatan manusia yang jadi warisan sejarah ni...
Biasala...hanya gambar jadi kenangan dan bukti sampai ke satu2 tempat..kan...
CMCN pun meronda sakanla kat sini..murah jugakla barang2 souvenir..Che Nah bei jugak cokelat . rugila beli sikit..sebab sedap la jugak...huhuhu..
Ni ha...kasut besar jadi yang jadi viral ni...sempatla jugak Che Nah sarung...hehehe
Puas makan angin dekat kincir air ni, kami pun bertolak Armsterdam..ke pusat bandar. Asrul bagi masa dalam 2 jam rasa Che Nah untuk ronda2 di sekitar kota ni, Che Nah pun tanya kat mana Primark. Asrul tunjuka arah kat mana...kami pun teruih ke sana...Primark memangla murah dan mampu milik buat Che Nah yang sediaka duit yang ciput ja untuk menyopping..murah2 la t-shirt yg ada tulis Amsterdam tu, topi, baju cucu Che Chun pun comel2 dan harga yang murah..terbanyakla shopping kat sini...hehehe
Selesai shopping, sessi mak2 datin berposing pulak di tengah kota Amsterdam ni...hehehe
Semua para peserta dah mai, kami pun bertolak ke Rotterdam, kami tidur di Postilion hotel di sini, sebab dekat on the way ke German...i follow....i...kami sampai dah lewat petang,tapi dapat ja bilik, solat CMCN teruih merayap kat bandar Rotterdam ni..kedai banyak yang dah tutup..kami merayap ja ikut kaki..pusing2 pastu barula balik berehat...hehehe
==========================================
HARI KE 4 (23/4/2018)- NETHERLANDS -GERMAN
Pagi2 lepas breakfast, CMCN kira paling awai tarik beg gedabaq ke luas, tunggu bas..
sempatla snap gambar hensem Che Mat kat luar hotel...hehehe
Bas pun mai angkut beg dan otai2 ni dan kembara di teruskan ke German pulak....
Macam biasa kat Eropah, 3 jam perjalanan bas wajip berhenti, bagi supir berehat. 1/2 jam.. sempat lagi posing Che Mat dengan kawan baru ni.....hehehe
Bari nak naik bas balik, sorang peserta terkejut tergembaq habaq kat Asrul yang dia tertinggal duit bawah bantal kat hotel...ish..ish..ish..zaman ni ada jugak lagi yang suka simpan duit bawah bantal yer..peserta ni datang berempat beradik, dia dok dengan kakak dia..kira2 duit, letak bawah bantal teruih lena..pagi2 kemas beg lupa kat duit tu..Asrul pun call la hotel tu balik, house keeping pi la check balik bilik dia..dan jumpala balik duit tu...masalah nak pulangkan takla dapat..jauh 3 jam perjalanan..mujurla ada lagi satu bas Kembara Sufi check in hari tu, kira hotel pas ja duit tu kat tour leader group tu..balik Malaysia baru boleh pulangkan...mujurla dia datang dengan adik beradik dia...bolehla pinjam sana sikit, sini sikit buat belanja...hehehee..
Sempatla Che Nah bergambar dengan Pak Supir dan madu2 yang lain...hehehe
Perjalanan di teruskan...jauh perjalanan luas pandangan....
Bas terus bergerak merentasi benua eropah...destinasi kali ini ke Dusseldolf, German..bandar lama kat sini...
menyusur tepi Rhine River... hingga sampai ke pusat bandar Dusseldolf kota fesyen di German ni...CMCN follow jer..
Agenda shopping mestila kena selit samakan...hehehe..bukan nak mai sini dah rasa Che Nah...yang bagusnya Kembara Sufi ni agenda shopping mesti ada..KS ni fahamla warga2 emas perak ni memanglah berminat hal2 shoopping ni...lepas ni CMCN ke ada juga ronda2 ada sykt tour yg bawak melawat banyak tempat tapi kurang kat menyopping sampai ramai peserta komplain kut belakang termasukla Che Nah...walaupun tak la havoc sangat menyopping...hehehe
Settle jalan2 di Dusseldolf, kami ke Cologne pulak...Ada la Cathedral lama kat sini, kata Asrul masa perang dunia ke II walaupun tempat lain musnah, tapi Cathedral ni tak musnah pun...nak tau kenapa? sebab tentera udara Amerika jadikan Cathedral tu tanda untuk bom di jatuhkan kat bandar ni...tula puncanya Cathedral lama ni masih tegap dan cantik, bukannya sebab kekebalan istana lama ni...wallahumalam...
selesai shopping sikit2 kat Colonge, kami menunaikan solat di masjid kat sini...Che Nah lupa dah nama bandar masjid ni...tapi besar masjid ni ..kalau tak salah kerajaan Turki yang bina masjid ni untuk orang2 islam di German.
Selesai ronda2 di german ni, kami di bawa ke hotel...rehatla kami dalam bas, nengok permandangan yang memang berlainan dengan permandangan di tanah air sendiri...
Permandangan dari bilik hotel...kat sini pukul 5 semua kedai dah tutup...kami sampai dalam pukul 7, CMCN angkut beg ke bilik teruih keluar balik..kut2 ada kedai ka, mall ka yang bukak tapi hampeh...ada jugak Primark kat sini..tapi dah tutup juga..huhuhu..kami pun jalan2 ambik gambar, Che Nah ambik gambaq Che Mat, Che Mat ambik gambaq Che Nah...hehehe
Puas ronda2 kami pun balik ke hotel, ambik food pack dan balik ke bilik...bilik comel dan bersih..takla mewah tapi selesa untuk setakat tidur dan berehat. Mandi, solat dan kroh2..good night semua.....
==================================================
HARI KE 5 (24/4/2018)- GERMAN -LUXEMBURG
Pagi2 breakfast macam biasa roti bun danminuman jus,cofee dan tea...sodap2 semuanya hehehe..settle breakfast, heret beg turun, kami akan ke Luxemburg pulak...negara paling kecil di Eropah tapi taraf hidup yang paling tinggi..
Dari jendela bilik, meninjau kehidupan masyarakt di sini..
Sampai ke pusat bandar Luxemburg tak ada la apa sangat kat sini..yang banyak butik2 barang2 mewah yang tak termampu oleh ku...huhuhu..so CMCN jalan2 ja ke sana ke sini....ke sana ke sini...jumpala macam bazar kecik...dapatla beli sikit cokelat kat sini..


Cukup masa, semua kumpul kat tempat di janjikan....kembara di teruskan...
Lupa nak habaq, sebelum singgah ke pusat bandar Luxemburg, kami singgah di McAuthurglen Outlet kat Luxemburg...kira tempat shopping barang2 branded ler...puas CMCN shopping..sampai lupa nak berposing...tapi shopping mata jer la...hehehe
===============================================
HARI KE 6 (25/4/2018) - LUXEMBURGH - SWITZERLAND
Pagi macam biasa, breakfast kat rest house hotel ni...Che Nah tak kisah walaupun banyak menu tak halal tapi yang halal macam bun, roti, telur, sayuran, buah2an, teh coffee banyak pilihan dan sodap2...setakat ni belum la lagi teringat nasi lemak atau roti canai lagi...hehehe

Lepas breakfast, acara angkut beg gedabak ke perut bas..tapi kami nasib baik ada 3 jejaka tour leader dan tour leader yang rajin dan ringan tulang angkat semua beg2 gedabak ni..CMCN masih boleh lagi tarik sendiri..tapi kali ni ramai yang datang bujangan..so depa ni letak beg kat lobby, ada ja orang yang tolong tarik dan simpan kat dalam perut bas..Supir pun rajin menolong...hehehe
Bas terus menuju ke Switzeland...salah satu negara khayalan untuk Che Nah lawati...tak sangka betui boleh sampai jugak yer...Ahlamdulillah...semuanya rezeki dari Allah. rezeki kesihatan, rezeki pekerjaan, rezeki keluarga, macam2 rezeki termasuk rezeki melihat kebesaran Nya di bumi ini dengan di kurniakan rezeki kesihatan dan kemampuan....Syukur banyak2 atas limpah kurnia Nya...
Sampi tengah jalan Asrul bertanya pada semua peserta, nak tak lencong sikit melawat Kurhaus di German...ada tasik, bandar yang buat jam koko. dan ada jual souvenir...tapi kenala bayar sikit...semua setuju ja...bukan nak mai dah lain kali..kecuali ada rezeki melimpah ruah...hehehe..
Bas pun melencong kat mai kat tempat ni...tak menyesal CMCN sebab tempat ni cantik, aman dan menyenangkan....
Anas yang humble...tugasnya mengedarkan makanan2 jajan dalam bas yang di bekalkan oleh Kembara Sufi dan mengutip balik sampah2 bekas makanan...terbaik
CMCN tak beli apa pun kat sini, FM dengan KY adalah sikit2 jer...berbelanja ikut kemampuan sendiri kan....
Perjalanan pun di teruskan ke Switzealand, tapi kami tak bermalam di Switzland ni,mehe sangat harga hotel..kami bermalam di Hotel Du Parc di Peranchis, bandar yang bersempadan dengan Switzealand..CMCN tak kisah jer...bukan kami bawak kereta pun...asalkan selesa dan ada wifi..tapi selalunya hotel2 yang KS sediakan memang memuaskan hati...selesa mesti ada lift dan breakfast halal di hotel
Kunci bilik di hotel Du Parc yang lain dari yang lain...hehehe
Ambik kunci, masuk bilik, CMCN solat dan keluar balik...hari masih muda kan...ada cafe four tak jauh dari sini, CMCN pun beli spagetti dan ada jumpa daging cincang halal...untuk pengetahuan semua German adalah negara yang paling banyak penduduk Islam dalam negara kesatuan Eropah ni...
CMCN pun ronda2 dan berphoto2..tapi takla jauh sangat dari hotel yang kami duduk ni...jauh sangat ronda takut sesat pulak...jenohla kan...
Deretan kedai semua dah tutup...legala jugak...takla kurang duit syiling euro kat poket....hehehe


==============================================
HARI KE 8 (256/4/2018) - SWITZERLAND
Pagi2 sarapan kat hotel...hotel ni sediakan ruang yg lain dari ruang besar utk pelanggan lain...ok jugalakan...takla bercampur dengan menu yang tak halal...hehehe...walaupun roti, bun.coffee, teh, bijirin, buah2an. cukup kenyang dan enak..
Kali ni kami tak bawak beg gedabak..sebab malam ni nginap kat hotel ni jugak..tu yang lega banyak...kami akan ke Mount Titlis kat Engelberg...walaupun musim bunga, kat gunung ni masih bersalji...tak sabaq Che Nah ni....hehehe
Kami menyusuri banjaran Alps yang cantik...perkampongan yang nyaman dan selesa...jarak satu rumah ke satu rumah jauh2 dan di selangi ladang dan padang ragut yang luas...Di kejauhan boleh nampak banjaran Alps yang memutih puncak nya melambai2 Che Nah...hehehe
Akhirnya kami sampai ke kaki gunung Titlis...sejuk dan nyaman kat sini..
Group photo la pulak kan....
Kami naik cable car ke atas puncak...dah nampak tompokan salji yang memutih bak kapas ni...hehehe
Teman se Cable ..Abang Shaari dan Kak Mi yang lepas ni join CMCN ke 3 negara Scandinavian..
Cable car akan stop satu perhentian, lepas tu naik cable car lain ke puncak..terjumpala satu group geng China Malaysia, kami pun bertukar2 khabar jugakla...hehehe
Akhrnya sampaila CMCN ke puncak Mount Titlis yang terfemes ni...tak dakla sajli turun..tapi puasla kami bermanja dengan che sajli ni...
Terjumpla Sharukh Khan kat puncak Mount Titlis ni,,,terima kasih Sharukh sudi bergelek kat Che Nah...hehehe
Semua dah masuk bas, kami pun menuju ke Interlaken...ramai yg nak membeli jam Switzeland yang memang terkenal ni kan...hehehe
Permandangan sepanjang perjalanana memanglah mengasyikkan....
Sampai ke Interlaken, Asrul bagi masa 2 jam ja untuk shopping...yang lain berlumba2 masuk ke kedai jam yang dekat situ..CMCN terus berjalan ke hujung bandar, sebab ada satu mini market jual Cokelat Switzealand dengan harga yang agak murah...adala sederet kedai yang jual jam tangan buatan negara ni yang agak murah ..Che Nah belila satu untuk abang Che Nah, Che Mus dan satu untuk diri sendiri...hehehe..punyala suntuk masa, sampai tak sempat nak berswaphoto kat sini...hehehe
selesai nyoping, bas bertolak balik ke hotel ..dalam bas Asrul bagi tau ada kawan seperjalanan kena copet duit dia kat Interlaken. masa ramai2 tengah tengok jam..agak banyak jugak duit yg kena copet tu..tapi mujur dia ada simpan sikit kat tempat lain...mula nya nak buat kutipan derma, tapi dia tak mau...lagipun tinggal sehari saja lagi kembara kami ni...
Sampai ke hotel, agak lewat..makan malam food pack dah sampai..kami pun ambik bahagian masing2 ,balik kebilik, mandi solat kemas beg gedabak dan kroh2... tapi Che Nah sempat mimpi menari bangla dengan Sharukh Khan di puncak gunung titlis...best...hehehe
Memori di Switzealand memang indah, seindah salji di puncak gunung ganang, seindah lembah dan desa saujana mata memandang....satu lagi negara yang melekat di hati che nah..
============================================
HARI KE 8 (27/4/2018) SWITZEALAND -PARIS
kami meninggalkan bumi indah switzealand menuju ke Paris, Peranchis...terus menuju ke La Vallee Village...tempat shopping yg mehe dan terkenal tu....tapi che mat che nah pi belakang La Vallee ke bangunan shopping yang ada Primarks tu...hihihi...tu je la standard tempat shopping kami untuk beli cendera hati buat diri sendiri dan kaum keluarga di tanah air...
Selesai shopping kami terus ke hotel..takla jauh sangat dari Effel Tower kut sebab malam tu ada jugak yg sewa teksi ke Effel Tower ni...depa kata cantik lampu2 yang di pasang kat Effel Tower ni..
CHCM bila sampai hotel tengok Carrefour tak jauh sangat..depan hotel dalam 10 minit jalan kaki..kami bermalam di Hotel Novotel Paris...dapat kunci bilik , masuk bilik , solat CMCN pun bergegas ke Cafe Four ni...saja jamu mata...tapi sembat jugak rembat sehelai baju untuk Che Nah...hehehe...takla sempat merayap betul2 dan tutup pukul 9 malam..huhuhu
Hari terakhir untuk kembara trip ni..jalan jalan di kota cinta Paris...memang legendla sapa-sapa yang dapat melihat menara eiffel di Paris ni...Pagi2 lepas breakfast kami angkut beg gedabaq buat kali terakhir..sempat jugak CMCN rakam photo kat lobby hotel ni...
Semua dah settle breakfast , bas pun meluncur ke Effel Tower...pagi kami dah sampai sebab tak jauk dari hotel..lalu berposing sakanlah otai2 dari Malaysia ni.macam tak hengat dunia...hehehe..termasukla CMCN...maklumlah Effel Tower kan melambangkan cinta sejati..hehehe..rasanya orang yg tengok meluat tak kira la ni....hehehe
Tapi betulla yang macam di gembar gemburkan memang ramai penduduk asing di sini...tambah-tambah pendatang dari benua Afrika...tapi negro negro yang berkeliaran di sekitan Eiffel Tower ni adalah muslim...dari Sinegal...jual macam2 souvenir kat sini..Jam tangan bermotifkan menara Eiffel ni memang murah..Che Nah beli untuk semua anak-anak dan menantu..elok lagi sampai ke hari ni. Menyesal pulak tak beli pada diri sendiri..beli selendang sikit untuk buat tangan..Lepas tu melepak la sat di dataran Eiffel Tower , bukan nak mai dah kut.....
Seperti biasa berswafoto je la tanda sampai sudah che mat che nah ke kota cinta ni......
Di tempat shopping murah tu lupa la pulak nak ngambik gambar...tapi CMCN lunch kat sini, kedai turki..sedapla jugak kan..yang paling penting makan tanpa was2..hehehe..settle shopping kami pun bertolak ke Airport..
Sampai di Airport Asrul dan Anas tolong kami check in..bagus budak2 ni..puas hati CMCN dengan layanan dan kecekapan mereka...takla pulak banyak gambar kat sini....adala sekeping ni kut rasa Che Nah..permandangan dari atas kapeterobang..kami bertolak awai malam ..sampai doha dalam pukul 11 malam, pukul 4 subuh bertolak ke KLIA...sampai KLIA macam biasa pak supir CMCN dan menunggu...hehehe...kami pun selamat sampai ke Kamunting...Alhamdulillah..syukur kepada Allah yang memberikan kami peluang untuk sampai ke bumi Eropah ini....
No comments:
Post a Comment