HARI PERTAMA (23&24/8/2019) -KAMUNTING-KLIA DOHA-DENMARK
Balik Turki, bulan februari lalu, Che Nah pulun kerja balik....dok kumpul modal ke negara2
Scandinavian ni pulak...hehehe...kebetulan anak sedara cuti semester, panjangla langkah CMCN ni...Che Nah nak ambik cuti senang jugakla...tak boleh kena awai bulan, Che Mat yang susah nak cari pengasuh cucu kalau nak bercuti. Nanti kalau anak sedara dah habis study, terpaksala kami ronda-ronda masa cuti sekolah, harga tiket flight atau pakej berjalan confirmla mehe lagi mehe...huhuhu..
Sejak balik Turki nak tunggu trip ke 3 negara Scandanvian ni rasanya lambat benar masa berjalan..Che Nah dan tak sabar2 nak meronda balik...Syukurlah rezeki modal dan rezeki kesihatan masih lagi dimurahkan oleh Allah SWT ..Alhamdulilah...
Pakej ke Scandinavian ni, CMCN join pakej Kembara Sufi, menarik jugak..sebab 6 orang ja satu trip, sorang tour leader dan naik van 8 seat...harga satu kepala pun kira murah dari tour2 yang lain...hehehe
Berseri-seri air muka CMCN ni kan...ni baru sampai KLIA ja...tak terobang lagi ni...hehehe
Ni ha...kami berenam ja , dari kiri Cik Marina, suami nya Cikgu Rahim, Abang Shaari dan isterinya Kak Mi, Che Nah dan Che Mat...Tour leader kami Cikgu Loh, tunggu kami di Copenhagen International Airport..kami pi sendiri ja..Cikgu Loh ni, dia la tour leader, diala tour guide, diala drebar, diala chef kami... kira 4 in 1 la...pergh...hebat Cikgu Loh ni
Permandangan atas udara...lupa nak habaq, kami naik Qatar Air...airline yang masih no satu best pada Che Nah. makan sedap, paramugari yang baik, dan persekitaran yang bersih, canggih dan serba baru.
Kami sampai pagi dalam pukul 7 di Copenhagen International Airport..dan Cikgu Loh dah siap menanti kedatangan kami..Naik van..lupa la nama apa, tapi mmg puas hatila..CMCN duduk berdua seat paling belakang..ok je la.
Cikgu Loh terus bawak kami makan pagi di tepi pantai Onsgardvej,Hellerup Denmark. Ada saja pengunjung pantai yang mandi-mandi di pantai ni, dan cara orang denmark ni salin baju free n easy ja....hahaha..
Nasi lemak paling mehe yang Che Nah hadap...RM45 kut kalau convert ke RM..Sedap jgk la...kata Cikgu Loh, dia minta tolong rakyat malaysia yg menetap di Denmark masak...portion banyak jugakla...berde'eh Cik Nah nak habiskan...tp ok ja makan, sambil nengok ombak yang berdesir desir memukul pantai...hehehe
Sempatla gambar memotret kat tepi pantai ni..ada pulak taman bunga mini kat sini..Bunga2 pun tengah berkembang mekarrrrr...
Selesai sarapan, Cikgu Loh aka Tour Leader terus bawa kami ke Bakken Amusent Park..Taman Tema paling tertua di dunia...CMCN jalan-jalan ja..dah terlalu berusia untuk mencuba permainan disini...hehehe...
Hari ni hari sabtu, hari cuti ramaila penduduk kat Denmark ni bawak anak2 berehat kat sini. Penduduk di Denmark ni memang jenis pentingkan keluarga...depa takla megelewaq merata2 kalau ada masa free...cuti ja, depa ni habiskan dengan keluarga saja..Rajin bawak mak bapak, anak2 piknik kat taman-taman rekreasi.. dah jadi budaya kat sini...tak macam kita, dok bawak anak2 pi shopping kompleks ja...hehehe


Selesai ronda -ronda Bakken Amusement Park ni, di sebabkan ada masa lagi cikgu loh bawak kami pi Freetown Christiana..haa..nak tau apa tempat ni?
Freetown Christiana memang bandar bebas, tak terikat dengan undang2 negara ni..town yg penuh dengan aktivit dadah..jeng jeng jeng...Kira nak tanam pokok ganja, nak masak ganja, nak jual ganja, nak hisap ganja, polis tak boleh tangkap...sapa-sapa boleh masuk termasuk pelancong, syarat nya jangan mempotret manusia manusia yg duduk dalam tu ja...kalau motret jugak...pergh...macam macam depa boleh buat..Serem jugak na...
Ni pokok ganja...banyak tanam kat sini...first time Che Nah nengok pokok ni...macam pokok-pokok bunga kat laman rumah Che Nah ja...hehehe..
Ada satu sudut tu berasap-asap tengah masak ganja...bau pun semacam ja...tak berani kami nak hidu lama-lama...nanti kalau ketagih, jenuh kena jadi penghuni tetap Freetown Christana ni pulak...hahaha...nak posing bergambar pun tak berapa nak banyak..takut jugak tipah tertangkap...hehehe..
Dah lewat petang, kami pun bergerak ke hotel penginapan kami...Zleep Hotel...serba canggih, nak check in boleh pakai mesin ja...
Kami dapat tingkat dua rasa Che Nah...lega rasanya..kira 2 hari jugakla sejak bertolak dari Taiping, barula dapat bermandi manda, dan merehatkan badan yg dah lemau ni..hehehe..
====================================================
HARI KE TIGA (25/8/2019)- COPENHAGEN DENMARK KE OSLO NORWAY
Pagi CMCN turun sarapan di hotel Zleep ni..Sarapan macam2 ada...tapi macam biasa ler. .muslim takla boleh main hentam je makan...kira Che Nah..ambik bun, bakar roti, makan dengan butter dan jam,bijirin telur dan buah2an. Air minuman memang mewah, jus, kopi, latte, cappuccino, teh uncang dan susu segar.. Tu pun dah kira mewah dari sarapan kat rumah.
Selesai sarapan kami pun bertolak ke Malmo, Norway..permandangan sepanjang perjalanan memang cantik, moden dan bersih..kami masuk ke Norway melalui lorong tikus, kata cikgu loh..hehehe...kira tak melalui pemeriksaan sempadan...hentam saja la cikgu...jangan tipah tertangkap udahler..
Kami berhenti bergambar di Oresund Bridge yg merupakan sempadan antara Denmark dengan Norway..cantik permandangan sungai dari jambatan ni..
Puas memotret, kami teruskan perjalanan..kami singgah di Kvibergs Market..macam pasar pagila yg buka hanya hari Sabtu dan Ahad..Ni pun atas cadangan Che Nah...Cikgu Loh pun tak tahu wujudnya pasar ni...ni hasil carian Che Nah pada Mak Pak Google ler...hehehe..
Kvibergs Market ni, agak luas, ada pasar terbuka dan ada pasar tertutup...Bermacam2 di jual di sini, buah2an segar, baju2 , pinggan mangkuk..kira macam2 ada.....
Che Nah sempatlah rembat sehelai baju kat anak dara Che Nah, Che Mat sempatla beli madu dari Iran kut..Penjual dan pembeli ramai jugak dari Timur Tengah, orang Iran dan Kurdish banyak di sini..asal pelarian jer..tapi dah dapat jadi warga negara Norway dah..
Sejam di sini, kami teruskan perjalanan solat di Masjid Gothenburg...sebelum tu Cikgu Loh bawak ke kedai pakistan untuk makan tengah hari...Che Nah dah masak nasi pakai lunch box kecik tu..adala sambal udang Che Nor , telur rebus dan hirisan2 timun yg Che Nah ambil masa breakfast kat hotel pagi tadi..Selesai CMCN berlunch, kami ambik kesempatan ronda-ronda di sekitar bandar ni...
Kami singgah solat di Masjid Gothernburg, lawa masjid ni..boleh bancuh air kopi percuma, mesin air sejuk pun ada di sediakan...Sempatlah Che Nah berbual2 dengan seorang pelajar universiti yg beragama Islam berasal dari Kurdistan..asal pelarian tapi dah jadi warga negara norway
Usai solat, kami teruskan perjalanan ke Fredrikstad, Oslo..Cikgu Loh yang merangkap Chef kami sempat singgah di hypermarket REMA 1000 untuk membeli barang2 segar untuk bekalan sepanjang dua malam di Fresrikstad nanti.. Kira macam Tecso kat sinila. Che Nah belila buah anggur satu plastik..memang manis dan rangup...sedap....terkonang konang sampai sekarang...Kami akan tinggal di homestay semasa di Oslo ni.
Di Oslo, kami tinggal di homestay...cantik dan besar, cuma bilik mandi ada sebuah saja...huhuhu..tu yang kureng selesa sikit bila tinggal di homestay macam ni..
Malam tu Cikgu Loh bukak pecak silat menyiapkan makan malam. Kami mengambil kesempatan untuk bersiar2 di sekeliling rumah ni..ada 3 bilik, ruang tamu yang besar, laman yang luas, penuh dengan bunga2an dan pokok epal..Cuaca memang nyaman, macam di Cameron Highland..
Bilik tidur kami...dapat bilik anak tuan rumah kut...penuh dengan barang dan agak sempit..huhuhu..reda je la..
Memang luas laman rumah ni...sunyi dan nyaman..
Sempat jugala Che Nah ambik video homestay ni..hehehe
Malam , dinner kami agak meriah...Masakan cikgu loh memang sedap, tapi dah lupa menu dia..hahaha..tv tak ada, semua dah keletihan,,,esok bangun awal lagi untuk explore bandar Oslo ni pulak..
==================================
HARI KE 4 (26/8/2019 - OSLO NORWAY
CMCN awal lagi dah bangun..ambik turn mandi awal, siap2 dan turun memotret di laman rumah..Cuaca agak sejuk, nyaman dan tenang...Rasanya tak ramai lg orang Malaysia sampai ke bandar Fredikstad ni, kecuali yang ikut tour Kembara Sufi ni...nengok jiran sebelah menyebelah, sunyi ja...kami pun posing sakan la kat dalam dan laman rumah ni...

Balik ke rumah cikgu loh tengah bersilat balik memasak sarapan untuk kami..Nasi Lemak dengan sambal dan telur rebus. Memang sedap masakan Cikgu Loh ni...hehehe
Selesai sarapan, kami pun bertolak ke bandar Oslo, cantik bandar ni, bersih dan nyaman ja..sementara menunggu masa nak naik bot menyusur Oslo Fjord..tatapila model2 otai berposing di jeti Oslo ni...
Tiga mak dara pingitan....hahaha
Selesai menyopping kat bandar Oslo ni, kami terus bergerak ke Viking Ship Museum..dalam museum tu adalah pameran 2,3 kapal viking yg sedang di baik pulih, dan beberapa barang2 antik yg di gunakan oleh orang2 viking semasa mereka menjarah negara2 eropah yang lain...
Takla besar sangat museum ni, sama besar dengan museum Matang ja rasa Che Nah, huhuhu..
Sekejap saja kat sini, kami terus di bawa oleh Cikgu Loh ke Vegeland Sculpture Park..Nak tau apa ada kat sini? Penuh dengan patong2 bogel...kononnya berseni sangat pencipta patong2 ni...Tak hingin CMCN nak nengok nye..Kami sekadar berphoto tanda kenangan sampai dah ke tempat ni...Selesai bersantai di taman ni, kami pun balik ke homestay di Frecdrikstad...dinner malam ni pun cef loh yang masak..dan kami bersantai sampai di panggil untuk makan yang telah siap terhidang...best jgk na....hehehe
===================================
HARI KE 5 (27/8/2019) - OSLO NORWAY KE STOCKHOLM, SWEDEN
Macam biasa sarapan pagi cikgu Loh sediakan....Cikgu Loh sediakan nasi goreng , ayam goreng dan ubi kentang..Selesai sarapan kami pun bersiap sedia untuk berangkat ke Stockholm...sempat la kami beramai-ramai posing untuk kali terakhir di rumah inap selama 2 malam di Fredikstad ni..
Kalau adala mesin rumout macam ni kat Malaysia, tak boleh cari makanla kontraktor2 potong rumput...huhuhuhu
Sedih jugak rasa Che Nah nak tinggalkan rumah ni...macam nak beli pulak dah rumah kat sini..hehehe...memang nyaman dan tenang...kalau setakat harga 1 juta rupiah bolehla..hehehe..Che Nah Che Mat ni ibarat jutawan fakir je..
On the way tu sempatla kami bergambor di tepi jetty ..adalah rumah bot warna hitam macam blue boat yang femes kat Perth tu...hehehe.
Sepanjang jalan kenangan dari Norway ke Sweden memang cantik permandangan,mempersonakan ...
Kami singgah makan di tepi jalan ja..Cikgu Loh sempat bungkus nasi goreng lebihan sarapan dan Che Nah adala masak nasi che Nah dengan sambal Che Nor...okla tu..savela sikit tak payah keluarkan modal untuk lunch hari ni...hahaha..
Selesai lunch, kami teruskan perjalanan ke Stockholm..sampai ke Stockholm, kami pun meronda sakan mencari sedikit souviner untuk keluarga dan kawan2 yg jauh di tanah air..
Sempatla kami shopping cokelat di store kat sini...memang Che Nah selalu cari cokelat bila ke luar negara ni..anak-anak memang suka cokelat luar negara ..tapi jenuhla kelebek punya kelebek untuk cari produk halal....hehehe...
Cukup masa Cikgu Loh pun datangla ambik kami semula ke hotel...Dinner dan breakfast dah di hantar oleh pekerja hotel ni..dan kata Cikgu Loh owner hotel ni milik orang Islam...Lupa la pulak asal dari mana...almaklumla dan 6 bulan baru ada masa nak update cerita ronda ronda kali ni...hihihi
===========================
HARI KE 7 (28/8/2019) - STOCKHOLM SWEDEN
Pagi-pagi lepas check out hotel dan tunggu Cikgu Loh aka supir aka tour leader/guide, kecoh pulak kat pintu keluar, ramaila polis datang pulak...terpinga pinga la kami ni..ape ke he ni...Kak Mi cerita pulak, malam ni riuh rendah kat luar bilik dia..pastu turunla sorang perempuan afrika ..apatah dia dok bercerita dengan encik polis sambil tunjuk ke satu arah..cemas jugak kami, sebab satu lagi kereta polis sampai, so kami pun mintak Cikgu Loh beredar ja dari situ...tapi sebelum kecoh-kecoh tu sempatla juga CMCN memotret di depan hotel ...
Kami pun terus menuju ke Skansen Open Air Museum....punya la sesak jalan, dan tak dak parking,,Cikgu Loh tinggalkan kami dulu, dan dia pusing2 lg cari parking....luas juga museum ni, ada macam-macam..dari rumah-rumah sejarah, kehidupan dulu2, dan binatang-binatang yang terdapat di Sweden ni..Kami pun ronda-ronda, pusing-pusing dan posing-posing...hehehe
Kiranya museum ni complete la dengan gambaran kehidupan orang dulu2 Sweden siap dengan model-model dan kegiatan harian dan mengenakan pakaian dulu2 , contoh-contoh rumah dan rumah ladang ...Zoo pun ada penuh.haiwan-haiwan yang ada di Sweden ni...Luas dan menyenangkan...
Selesai ronda ronda di sini, kami pun singgah lunch di satu restoran thailand di sini. Sedap masakan kat sini dan kami berkesempatan bertemu kakitagan kedutaan Malaysia termasuk duta malaysia di Scandanivian, seorang wanita melayu..hehehe..rasa bangga bila tahu ada wanita melayu jadi duta malaysia ni...ada gambar dengan duta dan staf kedutaan ni, tapi tak jumpa2 bila nak upload kat sini.
Selesai lunch, Cikgu Loh bawak kami lalu di depan pejabat kedutaan malaysia ...kami pun singgahla bergambar di depan pejabat kedutaan ni...
Cikgu Loh terus bawak kami ke Istana Raja Sweden..adalah tempat yang kami boleh lawati dan ada yang tak boleh..Di luar istana ni adalah kedai-kedai souvenir..belila jugak untuk tanda kenangan datang ke sini..
Puas meronda di Stockholms ni, kami pun bergerak ke Kalmar...jauh jugak perjalanan tapi kami berhenti solat dan berehat di tepi sungai yang nyaman ini..
Selesai shoppinf kami terus di bawa ke hotel tempat kami menginap di Hotel Sundbyberg..dinner kami, Kembara Sufi dah bekalkan foodpax..masuk ja satu kiub benda dlm bungkusan nasi ni, masukkan air sejuk, kiub tu akan panaskan nasi dan lauk tu..5 minit dan boleh makan dah...panas-panas dan enak sekali...hehehe..
===================================================
HARI KE 8 (29/8/2019)- STOCKHOLM KE KALMAR SWEDEN
Pagi awai dah CMCN bangun, siap2 dan breakfast kat hotel Svanen ni..sedap2 la jugak roti-roti di sini...yummy.....selesai sarapan, kami ambik peluang bersiar2 di persekitaran hotel ni..jauh jgkla dari bandar besar..tapi agak tenang dan relak.
dan bawak kami nengok kincir angin yang tertua kat sini..adalah kebun labu yg besar tu, pokok2 epal dan pear...Sayang tuan rumah keluarla pulak..sebab cikgu loh kata kalau ada, tuan rumah ni tak kisah jika nak petik buah epal dan pear kat sini...terlepasla peluang "ku petik buah epal dan pear...walaupun bukan sendiri punya...tiru sikit lagi kenny, remy & martin..hehehe
Macam biasa, posingla kami kat sini dengan penuh bergaya.





Dah selesai berposing, Kak Mi teringin pulak nak nengok dan posing kat ladang gandum..memusing-musing Cikgu Loh cari ladang yg masih bergandum, sebab kebanyakkan nya dah pun di tuai...akhirya jumpala jugak ladang gandum yang separuh dah di tuai dan separuh ada lagi la pokok gandumnya.

Puasla hati Kak Mi dapat berswafoto dengan pokok-pokok gandum..CMCN pun dapatla peluang jugak berpuluh puluh keping photo...hehehe...
Kami pun meneruskan perjalanan ke Kalmar Castle...kediaman King Gustav 1 dan anaknya King Eric XIV, dan King John III dalam tahun 1200 ...besarla jugak istana ni...ada sisi-sisi seram bila melawat bilik2 penjara yg ada dalam istana ni...wow...







rasa muda 40 tahun bila buat gaya macam ni....hehehe...








Ni pulak gambaran penjara pompuan dulu2..ada lagi gambor lain..tak upaya Che Nah nak snap...serem sikit....huhuhu

Puas meronda, kami posing kat luar istana sambil tunggu Cikgu Loh pi ngambil transport kami hehehe..




Kami pun meneruskan perjalanan balik semula ke Copenhagen...pi la singgah sat tengok little mermaid yang terfames tu..Cikgu Loh bagi masa 10 minit, kami pi 5 minit ja,,,nak tengok lama-lama buat apa patong bolen tu...ish..ish...ish..






Sempatla menyinggah mini market kat ujung jalan...belila sikit2 teh buatan tempatan buat kenangan di sini...kalau beli barang2 mcm teh, cokeat, kopi dan seangkatan mcm ni, CMCN mmg cari kat mini market ja..dapat harga local....kalau beli kat tempat tumpuan pelancong, double triple la harga ni...hehehe
Balik ke bilik, kami pun berkemasla beg beg yg makin mengembung macam dah mengandung 4 bulan tu...hehehe.. esok ada satu hari lagi nak meronda sebelum pulang ke tanah air tercinta...
==============================================
HARI TERAKHIR (30 &31/8/2019) COPENHAGEN, NAVEN, DOHA,KLIA,KAMUNTING
Bangun pagi, gosok gigi, mandi2, pi breakfast...hehehe...last day untuk ronda2 hari ni..huhuhu..
breakfast macam biasa, simple but nice...
Selesai breakfast, kami heret beg masuk van...bertolak ke bandar Nyhavn pulak...boleh berbasikal kat sini..hehehe...CMCN malasla pulak nak naik basikal...jadi kami pun bersiar-siar di bandar Nyhavn yang terkenal dengan warna-warni kehidupan.
Bandar Copenhagen yang gah dan menarik
Selesai mendayung, Cikgu Loh bawak kami pi petik buah-buahan pulak..buah strawberry dgn buah rasberry di Rokkedyseggard...CMCN tak la teruja sgt sebeb dah selalu jugak petik buah kat Cameron Highland...hehehe...tapi layan jugakla dengan bunga2 yang mekar kat keliling kebun depa ni,
Cikgu Loh bagi masa 1 jam, 20 minit ja kami dah ready nak bertolak..terkezut jgk cikgu loh, sebab trip yg dulu2 dok mintak extand masa ..hehehe.. kami pun pergi lunch kat kedai Turki..dan sebab masa ada lagi, kami mintak Ckgu Loh hantar ke mana-mana mall...sempatla CMCN rembat baju2 untuk cucu2 kami Che Chun dan Che Chacha dua, tiga pasang di H&M..murah jgk kat sini...nak ushabaju dewasa dah tak cukup masa...hemmm................................................................................
Cikgu Loh hantar kami siap-siap kat masjid untuk solat jamak...adalah jumpa seorang wanita malaysia yang berkahwin dengan orang kat sini...orang satu nogori dgn CMCN, orang ipoh...hehehe.
Selesai solat Cikgu Loh pun hantar kami ke Copenhagen Airport..kami pun boarding sendiri dengan lambaian terakhir dari Cikgu Loh...sampai ke Doha kami pun confiden ja cari gate ke KLIA ..alhamdulillah memang berjalan lancar sehingga selamat sampai ke tanah air tercinta......
Kesimpulan yg CMCN dapat dari trip kali ni, kami suka lagi naik bas..hehehe..luas pandangan dan sempat menikmati kiri kanan jalan..naik van ni lajula sikit..tak puas nak melihat negara orang...
Naik van ni kalau satu family atau kawan2 yg benar2 karib memang best...kalau baru nak kenal, kureng sikitla..sebab tak faham perangai masing2..tinggal di homestay pun CMCN kureng minat..kalau dengan famili ok ja...Bayangkan satu malam Che Nah tengah syok2 mandi, Kak Mi boleh swiss off lampu bilik mandi dari luar...gelap gelitaa...mujur cahaya lampu jiran ada dari tingkap...geram pun ada..tapi nak buat macam mana..huhuhu..
Negara2 Scandinavian ni kureng sikit tarikannya, mungkin sebab musim panas,,, menarik dan cantik lagi negara2 eropah dan balkan..ni dari kaca mata CMCN la...tak la teringin nak ulang balik mai sini...hehehe
Habisla sudah cerita ceriti ronda2 CMCN di negara2 Scandinavian ni....insha Allah Che Nah berhikayat pulak kisah ronda2 ke Itali pulak...ada DIVA join trip ke Itali ni....hehehe