HARI PERTAMA (11/12/2019) - KAMUNTING/KLIA/ROME
CMCN ni sepatutnya tak nak ke Itali ni..ke London dan Scotland dari 18hb dec ke 28hb dec patutnya kami ni...konon kononnya nak merasa suasana kemeriahan perayaan krismas kat sana..huhuhu..tapi di sebabkan tour agen tu tak dapat cari cukup peserta, trip ni di batalkan...ish..ish...kecian CMCN ..luruh hati dan angan2ku nak meronda musnah berkecai.....
Che Mat kata, tak pa la...kita simpan la bajet ke London Scotland ni untuk trip ke Uzbek Kazakh bulan januari nanti...tapi Che Nah merayu rayu nak jugak pi ronda-ronda cuti sekolah ujung tahun
tu...Che Mat pun mengalah jugak...suruh Che Nah cari trip nak ke mana....Mula-mula Che Nah nengok satu tour agen tu ada buat trip ke Balkan, Greece, Kosovo, Turki dalam RM5 k plus2 ja...tapi bila Che Nah call tour agent tu dah full pulak...cari la yang lain...Nusatravel adala buat ke Itali ni..Che Mat mulanya mengeliat nak pi Itali ni, sebab kami dah sampai ke Milan dan Venice masa tour ke Balkan tahun 2017 tu..tapi di sebabkan trip ke tempat lain banyak yang dan penuh dan gesaan Che Nah, Che Mat ikut ja cadangan Che Nah nak menyusuri negara Italia ni...hehehe......
Kira kamila peserta tambahan bagi trip ke Itali ni...confirm bayar full payment..kami pun bersiap la pakaian, ubatan, bekalan makanan , periuk belaga, tikar bantal...hehehe..takla sampai mcm ni..tapi Che Nah buatla research sikit2 nogori itali ni dan tempat2 yang kami akan lawati nanti..macam biasala Che Nah ni....study apa yg ada di persekitaran hotel...kut2 dekat dengan mall atau supermarket..bolehla nyopping cokelat, teh,kopi dengan harga local...murah banyak you...tambah dekat nak krismas ni...hehehe
Macam biasala, kami ke KLIA naik bas ja...standard CMCN la kan...sebab stesen bas dlm 5 minit ja darn rumah CMCN, ada bas pulak terus ke KLIA...sempatla lena dan simpan tenaga dalam bas..Kalau drive ke KLIA, jenuhla duit parking, dengan letih lagi...maklumla semua anak2 kerja kat belah2 utara ja...tak dak yg lekat kerja kat KL ni...kalau ada bolehla jgak menumpang semalam dan depa tolong hantar kami ke KLIA..kami ambik jalan mudah, jimat dan tak menyusahkan sesiapa..kira ada supir yang hantar kami ke KLIA...kau ada? hehehe
Kami ambik bas pukul 7.30 pagi Starmart Express..selesa dan lena balik sehingga sampai KLIA...solat jamak di surau..macam biasa di Anjung Tinjaula tempat kami berehat dan melepak.
Bila masuk ja mesej dalam group wasap, yg tour leader dah ngajak berkumpul..kami pun bergerak la ke tempat yang di janjikan..Berjumpala dengan peserta-peserta yang lain dan tour leader. ustaz Faiz..baik orang nya...semua 25 peserta..ada yang dengan keluarga, ada dengan geng , yang couple kami berdua je la...hehehe...
Flight kali ni Etihad Airways, transit di Abu Dhabi...flight kali ni okla jugak...tapi rate paling rendahlah di kaca mata Che Nah....paling top masih lagi Qatar Airlines...hehehe...Ruang transit kat Airport Abu Dhabi pun kecikja...cantik jugakla.. surau pun luas dan selesa..dan adala kedai souvenir, kedai roti, restoran, kedai bebas cukai..tandas pun bersih dan ada paip...penting jugak ni...hehehe



Flight dari Abu Dhabi ke Malpensa Airport Itali pun tak delay...cukup waktu kami pun bertolak ke Malpensa...makan dalam flight? Sedapla jugak..cuma tak dak souvenir untuk penumpang...huhuhhu..
Dalam flight 8 jam ni. Che Nah lena la lagi...hehehe..Che Mat tak la dapat nak lena sangat...DIVA yang duduk di depan Che Mat, dok bagi turun kerusi hingga ke maksimum..sejak flight dari KL ke Abu Dhabi lagi...DIVA....??? ?? apa cer ni....nanti Che Nah cerita hal DIVA ni...
======================================================
HARI KE DUA (12/12/2019)-ROME
Kami sampai ke Airport Rome takla delay pun...Sempatla solat subuh di ruang airport ja..guna tandas siap siap sebab bila bas datang kami terus dah ronda ronda bandar rome ni...Rome memang banyak tempat sejarah yang selama ni Che Nah baca di buku sejarah atau nengok dalam rancangan di tv ja..macam Colosseum ni...memang berhajat benar Che Nah nak tengok dengan mata sendiri.hehehe
Bila semua selesai sempurnakan solat subuh (semua ke?) Tour Leader pun pandu kami keluar Airport sebab bas dah sampai..macam biasa Che Mat pi dulu sebab nak dapatkan seat depan dalam bas. Takla depan sekali, CMCN memang maklum dua seat paling depan adalah seat untuk tour leader dan tour guide..Che Nah ikut slow jgkla dari belakang. Kami pun dapatla duduk di seat yang kami memang minat tu..Tunggula pulak peserta yang nak beli sim card local..Depa naik terus dok seat depan CMCN...tak kisahla tu...sebab tour guide tunggu kami kat tempat lain..
Bas bergerak, terus ke Saint Peter..sebelum tu ambika tour guide kat tepi jalan...sebenarnya ada lagi satu seat utk tour guide kat pintu depan...so takla jadi masalah pun...Bas terus bergerak ke Saint Peter Vatican City...cuaca dah la sejuk, kami sampai pun awal pepagi...redah je la


Kami berphoto ja kat depan Saint Peter tu..lepas tu cari souvenir pada Mat Bangla yang dok menjaja kat tepi2 situ...Itali ni memang Mat Bangla yang memonopoli kios2 yg jual serba mak nenek barang2 souvenir...orang itali tak hingin kut membeku kat kawasan terbuka tu nunggu pelancong ...hehehe
Orang itali gemar guna basikal macam ni....hehehe..kat negara2 Scandinavian, German, Austria dok pakai basikal betul...Australia dengan New Zealand dok pakai basikal mcm roller skate tu...CMCN pi Uzbek Kazakh, tak dak motor di jalanan..kat Indonesia lagila macam2 kenderaan ringkas...tula..jauh berjalan luas pandangan
Bangunan lama sebelum sampai ke Colosseum...


Inila Colosseum yang jadi salah satu bangunan keajaiban di dunia..ramai yg dah tahu sejarah Colosseum ni, kira tak payahla Che Nah bukak kelas sejarah kat sini...heheh..Cuma kat sini banyak penjual direct selling dari Afrika...orang Islam ni...dok mengekoq suruh beli barang souvenir..macam paksa2 jugak...mujuqla depa ni takut nengok misai beruban Che Mat...hihihi..banyak juga peminta sedekah..dari golongan gipsi kut
Trevi Fountain..Kecik ja fauntain ni...Kat sini murah jugakla t-shirt dan barang2 souvenir..
.
Tempat buang sampah kat sini...Jimat dan simple..boleh buat idea kat majlis2 bandaran ni...hehehe
Hari ni memanjang hujan...sejuk pulak tu..tapi takla lebat sangat hujan kat sini..Che Mat ni saja nak posing dengan payung dari Malaysia ni..hehehe..
Bas pun datang an kami bergerak ke hotel penginapan kami IH Hotel Roma Z3...Sampai kat hotel, lepas dapat bilik dan letak beg, CMCN terus ke mall yang ada kat depan hotel ni.
Macam biasa, Che Nah buat research hotel2 yg kami akan duduk..tengok apa yg ada dekat2 hotel..sebab kalau nak membeli cokelat memang murah kat mall2 depa ni.
CMCN pun sakanlah shopping cokelat kat mall ni..kebetulan dekat hari krismas, banyakla harga diskaun..Che Nah belila jugak teh dan pasta kat sini..cukupla untuk kaum kerabat dan kawan2 rapat kat Malaysia ni...hehehe
Habis shopping, balik hotel dok menyusun barang pulak..mujurla Che Nah bawak beg mengandung..
Baru sehari ronda2 dan beranak beg Che Nah ni...hehehe
Tidurl kami dengan nyenyaknya selepas santap nasi berani kambing yang Nusatravel bekalkan dan Ustas Faiz dan panaskan kat kami...
Hehehe...sebelum tutup hari ni teringat janji Che Nah nak cerita pasal DIVA ni..rasanya bila tengok gambar , dah boleh teka yang mana DIVA...mana taknya..dalam flight bagi kerusi maksimum punya turun..sempit tempat duduk kami.. CMCN takla sampai hati nak turunkan kerusi banyak2, sikit ja kami turunkan..kesian kat penumpang belakang.
Dalam bas pun si DIVA ni turunkan seat ke belakang jugak...sedangkan rasa Che Nah, seat dalam bas dah cukup selesa..dan masa turun ke hotel..si DIVA ni berdiri, berteraburla kertas2 cokelat dari atas riba ke lantai bas..Che Nah tunjuk dengan muncung ja kat Che Mat..dalam hati tak dak sivik minded ka depa ni..bukan nya budak2 hingusan..dah mak2 budak ni..
============================================
HARI KE TIGA -13/12/2019 - PISA
Pagi2 hujan turun agak lebat..kami breakfast dulu kat hotel ni...macam biasla.roti, bun, bijirin, buahan, kopi,teh dan air buah2an ja jadi santapan kami walaupun bufet full dengan macam2 ada...
Lepas breakfast, bas dah sampai..jauhla pulak bas ni parking, bas lain drebar pun salin..Che Mat dah awai2 tolak beg ke bas, Che Nah pi tandas dulu..takla terkucil atas bas nanti. Tour Leader Ustaz faiz pinjamla trolly besar hotel ni punya..letak beg2 termasuk beg DIVA.sampai ke bas, che nah naik di belakang DIVA..deme ni nakla duduk di depan sekali, kat belakang supir bas..tapi supir bas tak benarkan..katanya tu tempat Tour Guide ja...DIVA tu terus dok tempat CMCN..berderau hati Che Nah...Che Nah pun dengan elok sambil minta maap, katala tu kerusi kami..DIVA2 tu kata tu bas lain, ni bas lain, dan kami nak duduk sekumpulan.. DIVA ni 5 orang, tp yg betul2 DIVA ni 2 orang..yg 3 orang tu walaupun tak bercampur sangat dengan yg lain tapi takla berperangai DIVA...Che Nah toleh ke belakang kat Che Mat, kata
mauka duduk di seat? Che Mat pun ketegaq..nak jugak duduk kat seat yg sama..Che Nah mintak kat DIVA tu, kata kami nak duduk jugak kat seat kami, depa tak mau jugak mengalah..mujurla kawan DIVA yg duduk sorang ja, mengalah ..bagi kami duduk kat seat dia, dan dia kata dia dok dengan tour leader la...kami pun dudukla seat kawan DIVA tu...Naik ja Ustaz Faiz, dia tak maula dok dengan pompuan...so kawan DIVA tu dokla belakang Che Nah..settle bas seat.
Che Nah punyala geram...masa ni tak timbul lagi gelaran DIVA...tapi selepas ni banyak kejadian yang menonjolkan ke DIVAan depa ni, sampai gelaran ni di beri oleh Che Banu..rupanya semua ahli rombongan tak berpuas hati dengan DIVA ni..sebab tak bercampur dengan kami yang lain..macamla double standard pulak..turun breakfast paling lambat, jadi naik bas lambat jugakla..masa shopping kat outlet DIVA ni la paling lambat naik bas..adala kut inseden lain yg ahli rombongan yg lain kureng berkenan la kut.....
Bas terus bergerak ke Pisa...Che Nah ni memangla dok tunggu nak tengok menara Pisa ni..tapi hujan punyala lebat...Rupanya ke menara Pisa kena naik bas depa pulak . Bas kami berhenti kat stesen bas, kami pun beramai2 turun naik bas lain..punyala lebat hujan masa ni...datangla mat2 Afrika jual payung kat kami..CMCN memang dah bawak payung dari Malaysia...kami pun turun dulu..sementara yg lain dok nego harga payung dengan Mat Afrika ni...lepas tu Ustaz Faiz datang kat kami dan ngadu yg supir bas marah2 sebab yg lain lambat turun..supir ni pun satu,,,dah tau hujan lebat, apa salahnya berhenti dulu turunkan semua peserta dekat dengan tempat berteduh...ni parking dalam 200 meter jauh dari tempat menunggu bas...dengan hujan lebat angin pun kuat...punyala kuat angin sampai payung Che Nah yg Che Nah beli kat cameron highland, boleh patah walaupun Che Nah dah tutup payung tu..terpaksala beli payung dengan mat afrika ni pulak, takut hujan lagi masa sampai ke Pisa.
Bas pun datang, tambang dan termasuk dalam harga pakej...sampai ke bus stop kat menara Pisa tu tak hujan la pulak..kami pun berjalan ke kawasan menara Pisa...tepi jalan banyakla kedai2 menjual souvenir kepunyaan mat bangla, mat afrika pulak mengekor kami menjaja barang2 souvenir jugak..Ustaz Faiz dan warning, kat sini banyak penyeluk saku,orang tempatan pulak..tapi Che Nah memang dok letak beg tangan Che Nah kat depan..tutup pulak dengan baju sejuk...
Memang masa jalan tu nampak 2,3 perempuan dok bercampur dengan group kami...tp ada sorang mat afrika yg dok tunjuk2 barang kat kami ni tiba2 marah dan tunjuk kat perempuan2 ni...rupaya perempuan yg jadi penyeluk saku kat sini...heran Che Nah. mat bangla mat afrika sibuk berniaga cari wang cara halal, deme ni warga tempatan sibuk nak mencuri..ish ish ish
Che Nah belanja gambar menara pisa ni dengan model2 yang kiut miut ni..hehehe
Menara Pisa yang ku rindui
huhuhu...CMCN tak mampula beli barang yg mahal2, setakat t-shirt, FM,KC mampula kami ni....
Makan tengah hari kami kat kedai orang Mat Bangla ni yg dah jadi akrab dengan Ustaz Faiz..bolehla tahan Pizza depa ni...janji perut terisi...
naik bas, turun pulak kat tempat bas kami menunggu...masa ni pakcik supir siap dah warning tak di benarkan makan dalam bas dia ni..dia tak mau ada sampah dan kena kutip sampah pulak...Ustaz Faiz pun habaqla kat kami semua, mengikut Ustaz Faiz tak salah kalau makan yg ringan2 dalam bas, supir yg dulu2 tak kisah pun..supir ni memang berlagak banyak..macam tengok kami ni low class pulak dari dia...sampai Ustaz pun tak tahan dan last day dia kata memang dia akan komplen kat management tour ni dan tak mau ambik dah supir berlagak ni..
Bas meluncur ke Florance yg jauhnya dalam 86 km dan kami selamat sampai ke Florance dan menginap di Hotel Best Western Plus CHC...malam Ustaz Faiz hantar dinner dan kami pun bersiap lagi beg untuk bernomad pada esok pagi ...Selamat Malam...hehehe
=====================================================
HARI KE EMPAT (14/12/2019) - FLORANCE
agi2 CMCN dah bawak beg besar yang dah berambah berat ke lobi,breakfast banyakla menunya,tapi yg boleh kita hadap macam biasaler...roti2, bun, bijirin,telur rebus, sayur, buah2an dan air minum. Terlupa la pulak Che Nah nak ambik gambor breakfast kat sini. Che Nah gemar ambik teh di rendam dalam susu panas...tambah gula se paket..pergh sedapnya...semalam Ustaz Faiz dah bagi peringatan 7.30 naik bas..tapi DIV 7.20 baru nak turun breakfast..confirmla lambat deme ni naik ba.. Jenuh supir hon2 kan , kami yg dah dalam bas geramlah jugakkan...DIVA pun melenggok masuk bas...sampai menjeling pak supir kat DIVA ni....hehehe.
Bas pun bertolak ke Florance...dari tempat bas berhenti jauhla jugak berjalan nak melihat Statue of David, Florence Baptistery, Duomo Kompleks, Doors of Paradise,Canthederal Santa Maria Del Flore, dan tempat shopping barang kulit buatan Itali, San Lorenzo Leather Market..penjual nya kebanyakan orang bangla, tapi adalah kedai orang itali. dan dari blogger banyak yg pesan beli dari orang itali, orang bangla banya jual barang2 kulit dari negara China...so CMCN pun betul2 kelebek baru beli..bukan untuk Che Nah pun, untuk anak Che Nah la..hehehe.....




Selesai shopping, bas bergerak ke Venice Mestre, Marghera.Oleh sebab awal lagi, ustaz Faiz dapatlah bodek pak supir tu singgah kat satu mall. CMCN pusing2 je...seronok tengok orang2 itali shopping nak sambut raya deme..adala jugak baju yg murah2..cuma tak berapa nak berkenan..
Sambil tu tatapla gaya manja CMCNkat sini...hehehe
Selesai sessi jamu mata kat mall ni kami pun bertolak la ke hotel kami.. Holiday Inn..legala sikit sebab 2 malam kami nginap kat sini...pergh..takla sibuk mengemas beg dan pagi esok heret beg ke bas...sempatla Che Mat snap gambar Che Nah yg macam samseng ni masa menunggu kunci bilik..hihihi
==============================================
HARI KE LIMA (15/12/2019)-VENICE
Pepagi lagi Che Mat Che Nah dan bersiap...terujala jugak nak ke Venice lagi..Che Nah sampai Venice masa tour ke Balkan september 2017...kira dlm 2 tahun lebih repeat lagika ke Venice ni...
Pagi2 lepas breakfast, kami bergambar kat luar...mujurla Che Nah beli monopod handphone yang ada tripod..tak susah2 nak suruh orang lain tolong ambik gambar kami berdua..dan takla asyik2 selfie dengan muka besaq gedabak ni...hehehe
Cukup time semua pun bertolak ke jeti ke Venice..masa tour balkan dulu kami ke Venice ikut jeti lain, kali ni jeti lain dan meriah dgn kedai2 souvenir kepunyaan mat bangla..siap2 Ustaz Faiz pesan balik nanti baru shopping...kat sini lagi murah dari kat Venice..sabor je la...hehehe
Ha..ni gambor2 CMCN dalam bot..rasanya dalam setengah jam je dari jeti Venice Mestre ke Pulau Venice ni...sempat jgk Che Nah berphoto kat dalam bot ni..
Dah sampai ke kepulauan Venice....dulu sampai musim luruh, kali ni musim sejuk..tu je la bezanya.
Venice sebelum serangan Covid-19
Kedai buat muranogelas dekat ja dengan jeti...masa ke balkan tak pun masuk kat kedai ni...dapatla nengok pakcik ni buat demo cara2 buat kuda dari kaca murano..Che Mat beli la rantai dengan buah rantai kat cucu2 kami dan Che Nah dapatla gelang tangan murano yg merelit2 sinarnya...terima kasih bang...macam selalu I lap U..hehehe
Yang lain semuanya naik gondola, CMCN dengan cik Has. kawan geng Cik Banu memilih untuk ronda2 ja kat Venice ni...Che Nah teringinla jugak hand bag kulit buatan Itali..buat kenangan jer..Che Nah pergi balik kat kedai yang CMCN pi dulu...dapatla satu...pi pulak kat kedai lain,beli lagi satu beg tangan kulit untuk guna masa ronda2 seterusnya nanti..banyak poket..senang Che Nah sumbat passpot,duit not, duit syiling, vicks, tisu,ubat tekak, dan macam2 lagilah...hehehe
Jumpa balik kedai makan Sabrina, yang sama nama dengan anak sulong CMCN..laku jugak nama Sabrina ni, sebab ada jugak kedai nama Sabrina masa trip ke Uzbek ..kedai nama Safia pun ada...pandai yer CMCN pilih nama anak2 pompuan kami...hihihi
Kami makan pizza kedai bangla kat sini..sedap jugak pizza kedai ni..satu keping dah kenyang perut. ,tapi Che Mat nak pekena risalto kat kedai yg kami makan dulu...tak kisahla Che Nah dengan Che Has pekena kat luar kedai tu ja..sampai berdiri jela..
Nak balik ke jeti, air dah pasang, jenuhla kami memusing2 cari jalan tak berair..pusing punya pusing, jumpa la titi ke jeti..menitila kami hingga sampai kat tak berair tak jauh dari jeti..dahla sampai awai sikit, sapa pun tak dak lagi...tapi takpa la sebab yang lain semua kena beli kasut bot plastik ..mahal pulak tu...nasib deme ler...
Semua datang , kami pun naik bot balik ke Venice Mestre...dah malam masa sampai kat jetty sana..tapi kedai2 masih lagi bukak dan mat2 bangla melambai2 ke arah kami...bertempiaranla kami cari barang2 souvenir..memang jauh lebih murah dari Venice...dapatla CMCN beli sikit2 buat anak cucu menantu kaum kerabat dan kawan2 kat tanah air...
Bas pun bertambah berat la membawa penumpang dan barang2 serba mak nenek ke hotel kami..
balik ke bilik sibukla CMCN susun balik barang2 sebab esk kami ke Milan pulak...
HARI KE-6 (16/12/2019- MILAN
Pagi2 macam biasa kami pun turun breakfast...Acara hari ni shopping habis2an kat Mc Arthur Glen Outlet...CMCN dan sampai kat sini masa ke Balkan dulu...dulu tak beli apapun..kali ni pun tak bajet nak beli apa pun jugak...huhuhuhh


Che Nah tak jumpa pulak yg berkenan di mata dan di poket...Jadi Che Nah pi cari Che Mat ja..berkenanla pulak jaket jenama Colombia ni...takla panjang..tapi okla jugak..hehehe
Selesai shopping 2 baju ni..(sikit je yer)..kami pun bukak bekal makan sambil duduk kat bangku kat situ..punyala sejuk..dapat minum teh panas dari flash yg Che Nah bawak ni..baru lega rasa ..
Kami singgahla kat Teatro Della Scala, Duomo Cathederal dan Galleria Vittorio Emanuelle II. CMCN dan sampai kat sini masa ke Balkan dulu...tapi kali ni agak lewat sampai..tak dapatla tengok Galeria Vittorio..dah gelap...Ustaz Faiz cepatja bawak kami berjalan ke Duomo Cathederal..tapi dah gelap...tapi outlet kat sini tak gelap lagi...hehehe..shoppingla jawapnya...semua menuju ke outlet LV...CMCN tak pi la..bukan standard kami ni...hehehe...kami pi la ke H&M..jumpala baju kiut2 untuk cucu2 kami dan Che Nah dapatla pancing satu baju kat Che Nah...sempat jugak na...hehehe.
.CMCN pekena lagi gelato kat sini, mahal , tak bertimbun dan tak sesedap masa kat Rome tu...jadila...asalkan dapat merasa....
Berwarna warni kat Milan ni...maklumlah dah dekat sambutan hari Krismas..banyak kios2 kat sini tapi tak dakla pulak yang berkenan di hati Che Nah ni...Che Mat tambah la lagi...huhuhu
Selesai kat sini kami pun bertolak ke Kilma Hotel Milano Firere..2 malam kat sini..legaaa rasa...
==================================
HARI KE 7- (17/12/2019)-CINQUE TERRE
Pagi2 macam biasa lepas breakfast kat hotel, kami pun naik bas...kali ni kami ronda2 ke Cinque Terre..bandar bawah lindungan Unesco..dalam perjalanan Ustaz bagi tau hujan lebat kat sana, so kalau lebat, kami di beri pilihan untuk shopping lagi kat outlet lain..tapi semua kata pi la dulu tengok Cinque Terrer ni..kut2 hujan dan berhenti...Alhamdulillah..dekat2 nak sampai Ustaz Faiz kata dah stop hujan kat sana..so semuanya mengikut atucara...hehehe
Adala tour guide nunggu kami kat station keretapi...tiket dah termasuk dalam harga pakej, boleh guna toilet jugak tanpa bayaran...hehehe...kami pun nunggu keretapi dan naik keretapi lama ni...
Oops teroverla pulak pasangan otai ni...biasala pakai tripod bolehlah ngada2 sikit...hihihi

Selesai ronda kami bebas lunch kat kedai2 kat sini....kami pi satu kedai makan, order spegetii seafood & goreng2 seafood cicah dengan sos..usahler risau, deme ni pakai minyak sayuran.....
nak kata sedap, takla kena sangat dengan tekak orang Malaysia ni..tapi bolehla jugak...
Balik ke hotel, sibukla CMCN kemas2 beg..esok pagi2 bas dah datang nak hantar ke Airport..solat subuh kat airport, breakfast pun hotel akan bagi bekal ...jadi tidur awalla CMCN malam ni..malam terakhir di bumi Itali macam2 ada ni...
=========================================
HARI TERAKHIR (18/12/2019- MILAN-KLIA-KAMUNTING
Pagi2 kami pun bertolak ke Airport Malpensa...dptla beg bekal breakfast sorang satu dari hotel..
CMCN pun tarikla beg yang dah sarat mengandung ke lobby hotel..jumpa Che Banu and the gang yg terpaling ngam dengan CMCN masa kat Itali ni...bas sampai rupenyer bas lain pulak ..so kami pun ngusikla sambil gelak2 bolehla sapa2 nak ambik seat DIVA sebab DIVA ni kata tukar bas kira seat boleh la pilih lain...tapi sapa pun tak hingin nak dok seat minah DIVA ni...hehehe
Masa check in baggage, huru hara la kejap. Ustaz faiz terlupa nak bawak penimbang..Che Nah adala bawak tapi dah simpan dalam beg luggage..ada jugak yg terlebih berat dan kelam kabutla bukak beg, ambik barang jadikan hand luggage...jenuhla ustaz kena tegur dengan staf yg jaga kaunter ni...yela.mmg kelam kabut sikit..
..masa ni la Diva nak breakfast McD pulak..dan mintak faiz dan kakaknya tolong tengok2an/jaga hand luggage deme ni..punyala banyak sampai bertroli...bila selesai urusan check in baggage, ustaz faiz pun mintak kami boarding siap2...kami pun bertolak ke pintu gate..Faiz dan kakak nya terpempan jugak sebab DIVA tak balik lg dari breakfast..putih biru hitam muka ustaz faiz, faiz dan kakak dia...CMCN tak tunggu dah..terus ke gate untuk berlepas...
bila dah di anounce boleh masuk flight. kami pun masukla..Banu yg dok sebelah Che Nah dah berbisik..Ustaz faiz dah mengamuk dalam group wasap, lg seminit gate nak tutup DIVA tak sampai2 lagi..CMCN sengih je la..lps tu barula nampak ustaz faiz naik dengan air muka yg agak marah..bukannya bas boleh tunggu2.ngomel ustaz muda ni...kesian kat dia..DIVA yg masuk dengan berbeg2hasil shopping jenuh pulak bukak tempat simpan barang dlm flight..maklumla dahla lambat,,penuh dah tempat simpan barang tu..so merata2la barang2 ribuan RM ni deme letak..tu pun ada peserta tolong ambik dan simpankan...hehehe...
Seperti macam mai dulu...flight transit kat Abu Dhabi...sempatla jamak solat kat surau yg luas dan selesa ni...
Flight bertolak ngikut schedule dan kami sampai ke KLIA dengan selamat....yg Che Nah nak tergelak...touch saja tayar kapeterobang kat KLIA, DIVA dan ucapkan kata2 selamat tinggal dan terus left group...tak menyabor kata Banu...hehehe
Inilah trip paling mencabar bagi CMCN,,tour leader Ustaz Muda Faiz memang ok..the best..cuma DIVA je la yg mencacatkan kenangan Che Nah untuk trip ke Itali ni dengan pak supir yang terlebih kekwat...
Yang paling Che Nah terkonang, masa dlm flight masa , sorang DIVA tu dengan bangganya bagi tau pada Faiz dan kakaknya yg dia keturunan Belanda Indonesia..bila Che Nah cerita pada Che Mat masa dalam bas nak balik ke Kamunting, Che Mat jawap tu keturunan gundek Belanda tu...nak bangga2 buat apa...tergelak besar Che Nah...hahaha DIVA..DIVA...