CMCN dah booking tiket turkish airlines ke Edinburgh Scotland 9hb Mac 2022, balik 24hb mac 2022,
kira CMCN pi sendiri2 la...masuk bulan november 2021 tut tut, Che Nah tengok status whatsapps En Marsuki aka Tursina Travel ada trip ke Balkan pergi 19hb dec 2021 balik 30hb dec 2021...
Che Nah tanya Che Mat..nak pi ka....? cover 8 negara, Croatia, Bosnia, Motenegro, Albania, Macedonia, Kosovo, Greece dan Istanbul, Turkey..RM6,990 all inn...kira murah jugakla..Terkezut denganq yang Che Mat jawap boleh jugak, seabab kita tak pi lagi Greece dengan Kosovo...Che Nah pun cepat2 call En Marsuki booking 2 nama. 2 minggu lepas tu bayar deposit, seminggu lepas tu bayar full payment...masa ni la kereta baru xpander dan nak sampai, kena top up sikit sebab tolak innova tak cukup deposit, banyakla pulak guna duit ujung tahun ni...huhuhu
Mulanya Che Pia anak CMCN nak hantar kami ke KLIA , sebab kami bertolak hari Ahad, Che Nah pun bookingla Hotel Everly di Putrajaya semalam..cadangnya Che Di mai la teman Che Pia semalam...tak sangka musibah banjir melanda tanah air...last minit kami cancel hotel, naik flight MAS dari PIA ke KLIA...mehe tiket flight ni bila booking last minute ni...redahlah jugak kan...takut sangkut pulak naik kereta ke KLIA, dah la che Pia balik sorang2 mai Kamunting..risaula kan...biaqla CMCN pi bercuti dengan otak yang relax dan tak dak ingat yg buruk2 hal2 anak2 ni..
19hb Dec 2021
PIA ke KLIA
Terkial2 jugakla he Nah nak updatekan kerja sebelum bercuti ni...Flight pukul 5.00 pm..pukul 2 baru bertolak...teruih ke PIA...ingatkan nak lunch kat kedai mamak kat PIA..rupanya tutup dah pulak...kira kami pun lunchla kat kedai yg satu2nya bukak kat PIA ni...lupa pulak dah nama kedai ni..huhuhu
Boleh tahanla kesedapan makan kat sini..kira ni la last kami makan masakan malaysia sebelum terobang ke istanbul...hehehe
Dalam flight layan la sat movie kat tv ni..dapatla kacang dengan air bekas kecik ni...jadila..dalam sejam ja dari PIA ke KLIA ni...
Dekat dekat sampai KLIA nampak la kawasan banjir dari jendela...huhuhu..kesian
Tengokla sengih manjang CMCN ni..hehehe..dah 20 bulan baru sampai balik Anjung Tinjau ni..tempat feberet CMCN lepak sementara tunggu waktu berlepas...
CMCN ikut pakej Tursina Travel...ada 27 peserta..naik Turkish Airline TK 61 transit di Istanbul, terus ke Zagreb , Croatia dengan TK 1053..yang jadi persoalan satu jam saja masa transit..takut tak terkejar la pulak..otai2 macam ni...hehehe..jawapan nya memang tak kerkejar pun....huhuhu
Ni ha jemaah rombongan kali ni....kira CMCN takla paling otai macam kembara ke Italy hari tu..ramai lagi yang lebih otai...hehehe
Settle bab daftar dengan Tursina, kami pun bertolak ke Boarding Gate ..flight tak delay..smooft ja flight ni naik berlepas...stabil saja flight kami pun di hidangkan dengan dinner aka supper...hehehe
20HB DECEMER 2021--ISTANBUL AIRPORT TO ZAGREB CROATIA
Sambil Istanbul Airport kami landing dengan selamat...Alhamdulillah...tai memang tabik spring kat abang2 pilot 2 Turkish Airline ni...memang smpoft ja masa nal landing...tak macam pilot MAS dari PIA ke KLIA...semacam jer....huhuhu
Kami pun naik shuttle ke Arrival Gate...tunggu kat bawah sampai semua ada termasuk En Insan , Tour Leader kami..kami pun nak gerak ke atas...ada la pulak nak mintak ke tandas..sedangkan boarding time dalam 1.30 jam ja...En Insan pun kata ok....ada 2, 3 pasangan yang mintak nak naik dulu...En Insan kata naik atas terus ke belah kiri...CMCN pun naik jugak..pi la belah kiri...tapi tak dak la pulak pintu masuk...kami pun patah balik..dok tengok2 Transit gate punyala merenyut orang dok beratoq...dok tertanya2 jugakla CMCN ni kat sinika nak transit ke gate ke Zagreb..bila dok tanya staff2 Istanbul Airport ni, dah confirm barula kami berani beratoq
Punyala ramai orang, imigresen depa ni cerewet jugak..dok tengok jam, dalam 10 minit lagi flight ke Zagreb, Croatia nak berlepas .Che Mat mintak kebenaran nak potong que...mujuqla ada yang bagi..tapi sampai ke imigresen memang banyak pulak karenah depa ni..dah tunjuk kata border lagi 5 minit pun depa buat dek ja...dah lepas imigresen, CMCN pun berlari ke gate...jauh pulak dah...huhuhu..Che Mat lari lajula jugak...jenoh Che Nah ikut...dok ikut ujung rambut dia ja yang melayang layang bila dok lari..huhuhu..akhirnya sampai ke gate C 12...gate dah tutup...jumpala kak Leha yang sampai awai sikitt ja dari kami..sah2 la kami dah terlepas fligh t ni....huhuhu...kami pun pergila kaunter pertanyaan...macam mana ni...staff sana cakap sebab kami dengan tour agen , biarlah tour tu yang handle...mai la pulak en Hashim..arkitek dari Sri Manjong..dokla kami berempat masih tersemput2 lagi..Che Mat pi la patah balik kat gate C12...ramailah jugak yang baru sampai...semua dok keliling tour leader En Insan....En Insan pun confirmla balik dengan En Marsuki...macam mana kami nio....beg luggage dah ke zagreb. tuan punya beg dok semput kat sini lagi..huhuhu..
Confirm punya confirm dengan En Marsuki, Tursina beli tiket lain..ke Zagreb. petang dlm 7 lebih flight kami ke Zagreb..sah2 melepas la nak melawat Zagreb dan Dolat Bazaar...huhuhu....
Confirm dapat tiket, kami pun pi la lunch dalam airport ni...lambat lagi nak ke pukul 7...kami pun solat
dan lepak2 kat sini
Sambil makan sambil Che Nah snap gambaq awek2 kat airport ni...tak taula asal dari mana...tapi memang nampak cantik, bergaya dan muka orang kaya...hihihi
Lepas lunch kami ronda2 se antero Istanbul Airport ni...jumpa kat mana sleepping pot, surau, kedai2, restoran, kedai bebas cukai,hotel,kira dah khatam dah seluruh airport ni...hehehe
Dekat2 nak berlepas kami pun berkumpul kembali.dan bergerak ramai2 ke gate perlepasan...dan lagi krenyeh bergambaq kat sini....
Akhirnya kami pun bertolak ke Zagreb, Croatia...cantik Istanbul ni dari jendela kapeterobang ni...huhuhu...dinner dalam flight..takla mengecewakan...
Dua jam ja sampai dah kami ke Franjo Tudman Airport, Zagreb ni...kecik ja Aiport ni standard PIA ja...
Tour guard dah menunggu kami...bersimpati benar dengan kami yang ketinggalan flight ni...huhuhu..dapatla kami cokelat kecik sorang satu...hehehe...bas terus bawak kami ke Hotel Safir di Bihac Bosnia...jauh jugakla dari Croatia ni...
Sampai hotel,dapat ja kunci bilik dan dinner food pack, masing2 bertempiaran masuk ke bilik masing2..punya la letih berpuluh jam tak dapat mandi..huhuhu..lupa dah dinner apa malam ni...mandi, makan solat dan bum lena teruih...z.z..z.zz..
Hotel Safir di Bihac, Bosnia...
21HB DEC - BIHAC -PLIVA WATER FALL- SARAJEVO
Bangun pagi semua dah segar bugar...dah teruja nak mememulakan kembara hari ni...hehehe...apa2 pun kita sarapan duluuu....
Rasanya hotel ni jauh sikit dari pekan...tak pun kedai2 mini market nak menyopping...yg ada kilang2 kecik ja...huhuhu


1/2 jam je di sini...ka/mi pun bertolak ke Pilva Waterfall..tak la jauh sangat dari Kincir Air ni...
Sampai di Sarajevo dalam pukul 6 lebih kut...tapi dah gelap gelita....jalan jalanla jugak kami ni dalam kegelapan dan kedinginan yang makin mencengkam badan...huhuhu...
Dah nak tutup kedai pun barula kami bertolak ke hotel..tapi ada terserempak dengan satu lagi tour Malaysia kat sini, IBC Tour...sempatla hai hai dan bye bye kat depa ni...kira rasa Che Nah 2 je la tour ajen yang berani datang ke Balkan ni bulan desember ni..
Dalan perjalanan ke Mostar, Tanja tour guide kami dok habaq ada optional tour ke Tunnel Of Hope..di kisahkan oleh Tanja semasa perang Bosnia dengan Croatia dan Serbia, Sarajevo dah di kepong oleh tentera Croatia dan Serbia sekeliling bandar ni..kira terputusla bekalan makanan dan senjata di Sarajevo noi....so adalah idea dari pihak askar kat Bosnia untuk korek dan buat terowong masuk keluar ke bandar Sarajevo untuk berikan bantuan makanan dan senjata ke Sarajevo dan membawa keluar askar yang cedera keluar dari bandar Sarajevo ni...pintu masuk terowong ni dari lantai rumah penduduk ja...dan tak dapat di kesan oleh tentera Croatia atau Serbia...

Dah tak boleh nak meronda, memotret la CMCN ni...
Semua dah ready, bas pun bertolak ke Pilva Waterfall...Tanja gadis macedonia si tour guard kata ada hadiah buat kami....teruja jugak...rupanya on the way to Pilva Waterfall ni, bas berhenti sekejap di
Mlincici Jajje..negok kincir air zaman dahulu ...kira setiap keluarga ada satu kincir air guna nya untuk mengisar tepung..tapi dah musnah masa perang.. memang indah dan memukau bila tengok iar mengalir tenang...ni la salah satu sabeb Che Nah repeat kembara negara2 Balkan ni...kembara yang awal dulu tak singgah kat sini...
tak la teruja sangat dengan waterfall ni..besya besya saja .. ni pandangan dari dekat....
Bas pun terus bergerak ke Sarajevo....on the way kami singgah solat dan makan di restoran ...lupa dah nama restoran ni...makan ok....tapi pencuci mulut manis ya amat sangat....makanan tradiosional orang Bosnia.. Burek...Che Nah pun sanggup makan setengah ja...huhuhuh
Solat jamak kat masjid di sini
Sampai di Sarajevo dalam pukul 6 lebih kut...tapi dah gelap gelita....jalan jalanla jugak kami ni dalam kegelapan dan kedinginan yang makin mencengkam badan...huhuhu...
Masa 1st trip ke Sarajevo ni, kami sampai waktu siang..kira okla jugak kali ni datang waktu malam...nampakla kelainan bandar bersejarah ni...cantik dan menarik...takla ramai pelancong...sebab covid dan musim sejuk ni orang putih manala nak melancong mai sini...depa dok pi cari cuaca panas dan tepi2 pantai la tu....kita ja yang terkinja kinja dok cari kesejukan dan salji(terutamanya CMCN)...hehehe
Dah nak tutup kedai pun barula kami bertolak ke hotel..tapi ada terserempak dengan satu lagi tour Malaysia kat sini, IBC Tour...sempatla hai hai dan bye bye kat depa ni...kira rasa Che Nah 2 je la tour ajen yang berani datang ke Balkan ni bulan desember ni..
Ni la Hotel Koncept Cafe di Sarajevo..dapat kunci, masuk bilik, mandi solat dan bum...lena teruih...
22HB DISEMBER 2021- SARAJEVO TO MOSTAR
Pagi2 lepas sarapan CMCN pun posing sakan kat depan hotel, ada tripod senangla nak berposing..hehehe..tak payah nak mintak tolong kekawan atau just nampak muka yang gedabak sebab kena ambik gambar selfie dekat2 hehehe...
Dalan perjalanan ke Mostar, Tanja tour guide kami dok habaq ada optional tour ke Tunnel Of Hope..di kisahkan oleh Tanja semasa perang Bosnia dengan Croatia dan Serbia, Sarajevo dah di kepong oleh tentera Croatia dan Serbia sekeliling bandar ni..kira terputusla bekalan makanan dan senjata di Sarajevo noi....so adalah idea dari pihak askar kat Bosnia untuk korek dan buat terowong masuk keluar ke bandar Sarajevo untuk berikan bantuan makanan dan senjata ke Sarajevo dan membawa keluar askar yang cedera keluar dari bandar Sarajevo ni...pintu masuk terowong ni dari lantai rumah penduduk ja...dan tak dapat di kesan oleh tentera Croatia atau Serbia...
CMCN pun pi la melawat..ingatkan terowong ni panjang,,rupanya 20 meter ja di bukak untuk pelancong...huhuhu
Ni international airport di Sarajevo ..boleh nampak dari sini..kecil macam PIA je...hehehe
settle posing2 kat terowong ni, kami pun terukan perjalanan ke Mostar...dalam perjalanan turunla salji lemah gemalai menyapa kami...huhuhu...kami yang dalam bas mulala jakun..cermin bas pulak depa boh macam plastik pengadang cahaya..tapi dok adang pandangan kami yang nak tengok keluar melalui tingkap...spoil betui... mujuqla Tanja berhenti sat di satu tempat perhentian...bagi kami peluang untuk bermanja2 dengan salji...apa lagi ...bergumbirala warga khatulistiwa ni yg sah2 jakun tengok salji...hehehe
Dalam 10 ke 15 minit jugala Tanja Tour guide grop ni bagi peluang warga khatulistiwa ni bermanja2 dengan sang salji...kami pun teruskan perjalanan ke Mostar....
Bas pun berhenti untuk toilet break kat satu restoran yang sama masa trip ke Balkan yang CMCN join dulu tu...tertunai ja hajat yg makin kerap masa musim sejuk ni CMCN pun posing2 la lagi kat tempat parking bas ni...mmg nampak air sungai mengalir lesu nun di bawah..
dalam 20 minit jugalla break kat sini...kami pun teruskan perjalanan ke Mostar...
Sampai di Mostar,memang berbeza suasana sekarang dengan suasana masa CMCN pi tahun 2017 dulu...tak meriah langsung...kedai2 banyak yang dah tutup..nak seberang jambatan Mostar pun tak dak halangan..dulu orang dok berkerumun, nak bergerak pun susah..la ni rasa tak meriah la pulak...huhuhu
Kali ni dapatla CMCN menyeberang Monstar Bridge ke seberang sana..dulu punyala merenyut orang ke jambaran ni sampa atas terhalang CMCN nak menyeberang...kali ni free and very2 easy ja....hahaha
Sempatla CMCN borong baju t-shirt untuk anak2 dan famili kat kampong...takla mahal sangat ..mungkin tak ramai pelancong, asalkan dapat sikit2 lepas bayar duit sewa depa ni jual je la...
Dah puas meronda-ronda kat sini, kami pun bertolak ke hotel penginapan kami...dalam pukul 10.30 jugaklah baru sampai ke Hotel Brotnjo di Medjugorje di daerah Herzegovina..kat sini penduduk orang yang beragama kristian dari islam..dekat hotel ni ada kedai mini market...borong sakanla CMCN di sini..teh. cokelat halal dan sempat beli anak patong kat Chacha cucu CMCN sempena hari lahir dia yang ke 3 tahun...
Malam kami pun dinner kat sini...tak ramai peserta yang turun..keletihan kut...tapi rugila depa tak makan kek cokelat ni...sodappppp..Berkenan la jugak CMCN dengan budak Fatin ni...ikut mak pak dia..dari Johor..kerja di PJ ...ingatkan nak kenen2 dekat anak CMCN Cek Di...tapi apakan daya anak bujangan CMCN ni dah tersangkut dengan awek seberang....huhuhu
Apala yang di menungkan Che Mat ooi...berkenan nak buat Fatin ni jadi menantu ler tew....hehehe
Pagi2 CMCN breakfast la kat sini...CMCN kureng sikit puas hati bab2 makanan sepanjang pengembaraan di Balkan kali ni...tak habis2 Tanja kata dont worry alll halal...mungkin bukan pork dan seangkatan dengan nya dan tak dak la liquor..tapi cara persembelihan nya masih di ragui...
so save way, CCN makan ja roti2, ikan, buah2an dan bijirin yang conform halal..mula2 tu makan jugakla apa yang di hidang..sebab Tanja dok kata dont worry..halal2..huhuhu
Pagi2 ..ok jugakla breakfast pagi ni...yg best minum kopi panas2di pagi yang dingin membeku ni....pergh enaknya...dapat pekena kopi yg enak dan bun, telur dan buahan yang menyegarkan...tak mewah tapi menyenangkan...
Lengkap semua peserta, bas pun meluncur ke Dubrovnik...on the way kami singgah di Kravica Waterfall...cantik betul air terjun ni...mempersonakan...ni la salah satu sebab Che Nah repeat ke Balkan ni..sebab trip yg mula2 tak singgah di sini...huhuhu
Puas menikmati keindahan panorama ciptaan Allah SWT ni, bas menerukan perjalanan ke Dubrovnik..Hujan turun renyai2 masa sampai ke Dubrrovnik ni...
Awai jugakla kami sampai ke Dubrovnik ni...trip dulu memang ramai gila pelancong kat sini...hari ni soso ja...kami terus pi makan tengahhari...pekena risootto seafood dgn teh panas....pergh leganya sejuk2 ni...hehehe
Lepas lunch, kami pun di beri masa untuk meronda di bandar Dubrovnik ni...yang tak besstnya kak Leha sorang peserta ni boleh kata tak dak apa kat sini...mintak 1//2 jam ja...huhuhu..mujuqla ramai tak setuju...kami pun dapatlah 2 jam untuk meronda kat sini....apa lagi CMCN pun merayapla, posingla, dan jumpala satu kedai dok jual t-shirt2 sukan...borong sakan la pulak CMCN kat sini...hehehe
Sampai senjala kami kat sini...nunggu bas lewatla pulak...apa lagi CMCN teruskan dengan agpenda berphoto ni...hehehe
Bangun pagi, gosok gigi,mandi. solat turun breakfast..teruih check out..macam lazimnya, berphotola CMCN, masa jalan, masa makan, hehehe
Breakfast memang macam2 ada..alhamdulillah masih di negara islam...makan tak la di ragui...settle makan CMCN pun berposingla depan hotel....hihihi
Breakfast memang macam2 ada..alhamdulillah masih di negara islam...makan tak la di ragui...settle makan CMCN pun berposingla depan hotel....hihihi
Cukup ahlil bas, bas pun bertolak menuju ke Montenegro..kecik ja negara ni...masalah timbul bila nak masuk sempadan negara Montenegro...imigresen tak bagi pulak dah...depa kata tak boleh masukla...suruh patah balik la...last2 kena sogok jugak baru boleh masuk...tu pun depa tak bagi bermalam do Montenegro ni...tapi mmgla itinerari tak tidur di sini pun....tidur di Albania.
Bandar Montenegro dari kejauhan..cantikkk
Sampai di Montenegro mmg agak lewat,,, tour leader di sana dah lama kut menunggu, kami pun dengaqla cerita ceriti sejarah Montengero ni...ambik gambaq ramai2..pastu masuk ke dalam...teruih tuju ke bangunan lama, gereja kut...cerita ceriti lagi...CMCN tak la dengaq sangat...dok perati keliling ja...sempat Che Nah tinjau agak2 kedai mana nak pi terjah
Kucing2 kat sini semua berbulu tebal...manja2 pulak ni...hehehe
Habis ja tawaf kota montenegro ni, pi balik ke pintu masuk, Tanja bagi 10 minit ja untuk shopping...tapi Che Nah dah target kedai mana nak pi...ada banyak t shirt masa Che Nah tinjau, Tanja suruh pi kedai yg paling dekat kat situ ja...Che Nah teruih tarik tangan Che Mat patah balik pi kedai yg CHe Nah aim tu...mula2 Che Mat pot pet pot pet jugak sebab jauhla sikit...tapi bila sampai kedai tu memang barang2 souvenir banyak..pastu boleh pilih gambar apa nak lekat kat baju..Che Mat lagi banyak shopping dari Che Nah...toleh ke belakang, ramai pulak ahlil bas masuk ke kedai ni...depa ikut Che Nah ka atau depa pun perasan gk kedai ni mcm Che Nah ka ntahla...sampai kalut malut gadis penjaga kedai tu kena layan ramai pelanggan..hehehe
Settle shopping memangla dah lebih 10 minit...Che Nah sampai dulu ke bas..nengok muncung ja mulut Tanja..ada ramai lagi yg belum naik bas rupa nyer..hehehe ..ni la satu kelemahan bila ikut rombongan, kena ikut masa tour guide...tak bolehla kita memandai mandai ikut masa sendiri
Semua dah masuk, kami terus pergi lunch...macam biasa Tanja dah tempah restoran mana yang kami nak pi dan sudah semetinya bukan kedai islam..huhuhu...kami makanla apa yg kami rasa tak meragukan dan tinggalkan yg boleh meragukan...
Settle lunch, kami pun bertolak ke Albania...3 jam lebih jugakla nak sampai hotel kami di Tirana ni...dalam perjalanan memang salji dok turn agak lebat...ada satu tempat untuk toilet break ramai turun untuk main2 salji...Che Nah malas la pulak walaupun hati ini memang tertawan dengan gugusan salji ni...bila bas bergerak barula Che Nah nyesal...
At last sampaila kami ke Hotel Exalco, Tirana, Albania...sebuah negara Islam di Balkan ni..sampai hotel, dapat bilik, kami turun balik untuk dinner...alhamdulillah sebuah lagi negara Islam di rantau Balkan ni..
25HB DISEMBER 2022 - TIRANA TO OHRID MACEDONIA
Pagi pagi macam biasa CMCN kemaih beg lagi...sempatla ambik gambaq no bilik buat kenangan..Che Mat dah bersemangat nak teruskan kembara hari ni...
Settle breakfast, CMCN ronda2 depan hotel...berphoto2...bersantai2..buat macam rumah sendiri jer...hehehe
Cukup masa CMCN pun simpanla beg dalam bas..berphoto lagi sementara tunggu peserta2 lain turun dari bilik..
Rabongla pulak Che Mat membawang dengan drebas bas kami ni...tapi macam ayam cakap dengan itik la..hahaha
Semua dan masuk bas, bas pun meneruskan perjalan ke bandar Tirana...permandangan memangla awsom..hehehe
Tak jauh sangat hotel penginapan kami dari andar Tirana ni..kat sini kes cobid memang ciput..kami yg dok pakai mask semua pandang 2 macam...jadi semua bukak bas dan lega rasanya menyedut udara yang segar di pagi2 ni...
Ada bazar jualan sempena krismas kat Tirana ni...puasla jugak jamu mata kat sini...belila sikit2 cenderahati kat sini...
permandangan memang mempersonakan..
Kami lunch kat satu restoran yang cantik di tengah2 perjalanan..Berpizza la pulak lunch hari ni...mujur pizza dgn cheese ja...tapi setiap sorang dapat setalam pizza bersaiz L...huhuhu...semua pakat tak habis makan...tapi sedap Che Nah rasa...Che Nah memang suka jugak dengan berpizza ni...yummmy...
Kenyang berpesta pizza, CMCN pun posing2 manja masa nak balik ke bas...
Settle posing ala2 retis, bas pun meluncur laju ke Ohrid, Macadonia
Pusing2 la kami ngikut jejak Tanja balik ke Bas...patutnya kami nginap di Hotel Maiva...Che Nah dah google siap2 hotel Maiva ni..adala kedai mini market berdekatan..tapi Tanja bawak ke hotel lain la pulak..tak dak apa dekat2 situ kut2 nak jamu mata dan jamu poket....




Macam klasik nasional ja perabot kat sini...tak kisahla jugak..esok dah nak berkelana lagi...masuk bilik, mandi solat ddan bummm rehat kejap otak dan minda
26HB DISEMBER 2022-OHRID DAN SKOPJE MACEDONIA
Alhamdulillah...dah 6 hari kami berkelana , mengembara melihat ciptaan ALLAH SWT yang indah ni...mencari sedikit ketenangan. menghabiskan masa berdua balik.."me time" macam istilah omputeh kan...CMCN sihat ja sepanjang pengembaraaan ni...tak ada masalah kesihatan..syukur banyak2..mmg CMCN minat untuk melihat negara orang ni, tempat baru, budaya baru, muka2 baru, bangunan, rumah, cuaca yang berlainan dengan negara kita Malaysia yang amat CMCN cintai..hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Pagi2 macam biasa CMCN breakfast ala kadar, apa yang halal di hotel ni...tak bernai nak lebih2..huhuhu
Semua dan ready, bas menuju balik ke Tasik Ohrin...ada optional untuk naik boat..tapi CMCN tak mau naik pun...munjung mulut Tanja bila kata kami tak mau join..harga yang dia bagi mmg tinggi dari sepatutnya..CMCN bagi alasan yang kami dah naik bot dulu masa1st trip kre balkan ni..hehehe
CMCN pun meronda puas2 kat sekitar tasik ni...kedai2 banyak yang belum bukak..tapi puasla jugak berduaan di rantau orang ni..Che Nah belila sarung tangan ganti yg dah hilang..dah jumpa masjid untuk solat nanti dan jamu mata puas2...yang penting selfie puas2 hehehe
Boat dah patah balik, kami pun terus solat jamak zohor dan asar..musim sejuk ni zohor masuk awal..dalam pukul 11pagi lebih ja..
Sempatla Che Nah beli gelang mutiara ohrid ntuk anak menantu Che Nah dan untuk Che Nah sendiri..benda kecik2 mcm ni senang bawak alik..hehehe
Tanja bawakla kami pi makan satu restoran...CMCN kuis2 daging yang di hidang, makanla sayur2an dan roti yang ada kat pinggan tu..walau pun dah berkali2 Tanja sahkan kata daging halal..ramai yang masih ragu2 nak makan...huhuhu
Selltle lunch. kami pun bertolak ke Skopje ibu negara Macedonia ni...pusing2 bas mencari hotel ni..supir bas pun tak pasti..yang pasti bas tak boleh berhenti betul2 depan hotel..kami kena heret beg sendiri sampaila e hotel..dalam 3 meter jugakla kami melangkah dengan mengheret beg gedabak tiap2 sorang...huhuhu
Letak ja beg, CMCN terus pi ronda2 kat skopje ni...meriah dengan sambutan hari krismas...hehehe
27HB DISEMBER 2022 - SKOPJE KEKOSOVO
Bangun pagi ngadap breakfast roti lagi...mujuq adalah roti dengan telur rebus..boleh ler kan..adat mengembara ke negara bukan islam macam ni la
Bas cukup korum. kami pun bertolak ke Kosovo...Tanja kata ada optional tour nengok Kanyon..kena bayar extra la..tapi bila Che Nah tengok interinari, free ja...last2 semua tak mau pi....senang cerita...hehehe
Bas meluncur laju ke Pristina ibu negara Kosovo..hujan turun sedang2..bila sampai Pristina..Tanja pun kata hujan...kita tour dalam bas je las...huhuhu..apa salahnya berhenti kat mall ka..supermarket ka..pasar petang ka...huhuhu..bas terus patah balik ke Skopje..singgah di Prizren....so;at kat situ jalan2...tapi tak dak apa sangat kat bandar ni...lunch kat kedai turki..terbentang perkataan HALAL kat luas restoran...semua lega..ahlamduliilaah dapatla lahap kambing bakar tanpa was was...yahoo..
Alhamdulillah..memang berbaloi lunch kat sini...settle makan kami pun ronda2 la..punyala banyak deretan kedai2 kat sini...tapi 90% semua kedai pengantin...hampeh.....CMCN pun patah balik ke restoran...mujurlah kak Leha habaq kata ada kedai souvenir kat belakang masjid yg kami solat tadi..
CMCN pi balik...haji Samin pun ikut...rupanya ada ja kedai souvenir dalam 5, 6 sederet..semua kedai orang islanmm...Che Nah pun sambar baju untuk cucu2 ..sikit key chain dan fridge magnet buat kenangan...
28HB DISEMBER - SKOPJE- ISTANBUL
Pagi2 kami bersiap2 heret beg ke bas...kami naik flight dari Skopje ke Istanbul...patutnya ke Greece..tapi disebabkan Covid ni..sempadan Greece masih di tutup pada pelancong..frust menongging CMCN..sebab ada lawatan ke Greece la jugak yang buatkan CMCN repeat kembara Balkan ni...
tapi takla sampai menyesal.. Allah bagi .rezeki berjalan ni pun dah Alamdulillah...huhuhu
Nila suasana Airport Skopje...kecik la jgak...macam Penang Airport ja..besar lagi KLIA 2
Alhamdulillah ada lagi rezeki CMCN repeat Istanbul ni...tak kirala dah berapa kali mai sini...tak pernah Che Nah rasa jemu...nengok muka2 Eropah bersongkok dan bertudung...masjid2 yang indah dan gah..terjaga rapi ..
Sampai ja ke Istanbul Airport, tour guide dah menunggu , kami naik bas kecik ja...menyusur ke tengah2bandaraya istanbul yang sesak ni...pi makan tengah hari...kat kedai yang sama dengan 3 kali kembara CMCN ke Istanbul ni...hentam sajala Che Nah ooi..yang penting halal...
Bas datang, kalut naik sebab masa ni jem betui...bas pun bawak kami ke Haga Sofia..first time CMCN merayap ke Istanbul waktu malam pulak...cantikkkkkk
Puas sudah menikmati keindahan Istanbul waktu malam.kami pun di bawak ke hotel penginapan..Hotel Golden Way...kira hotel yang terakhir kami sepanjang kembara Balkan ni...
sampai hotel dinner pulak...memang CMCN pulun sakan..desert di Turki ni mamang menyelerakan Che Nah...mercikkkk...mercikkkk
Settle dinner. kami pun pergi ambil pcr test untuk covid...Malaysia wajibkan buat test covid sebelum naik flight ke Malaysia...ikut je la..
29HB DISEMBER 2022 - ISTANBUL - KLIA
Pagi breakfast kat hotel ni takla semeriah dinner semalam...boleh tahan...lupa Che nah nak ambik gambar breakfast..masa tunggu bas ja CMCN berselfie sakan depan hotel
semua dah siap, bas pun bertolak ke kedai kulit pulak.. CMCN follow ja...tak beli rasa Che Nah..ada jugala perasaan teringin tu...tapi bila sehelai jaket harga ribu riban. CMCN fikiaq baikla duit tu buat berjalan pi negara lain pulak...kan..
Sampai kedai kulit, macam biasa adalah runaway...lepas tu kami pun bebas memilih jaket2...CHee Nah pun memilih untuk berposing saja...hehehe
Bas bertolak pergi ke Airport..tapi tour guide tengok awal lagi...dapatla kami pergi ke Taksim Square pulak..pusat membeli belah bagi penduduk turki..macam petalin street la...sederet dua deret penuh dengan kedai2 , mall, outlet2 yang mahal dan yang murah..
2 jam di sini kami pun bertolak ke Airport...dinnet pack di hantar oleh sorang rakyat Malaysia yang dah kahwin dengan orang turki..nasi lemak berlauk ikan bilis dan telur...sodap sambal nya...
Takdak la pulak gambaq Che Nah ambuik masa balik ke Malaysia ni..letih dah kut...
Se ingat Che Nah...settle makan nasi lemak, boading pun dah bukak...CMCN pun masuk ke departure hall...jalan2 la sekitar kedai2 kat sini..beli siki2 lagi teh dan kopi..nak habiskan duit lira yang berbaki,
flight tiba..tepat jugak masa dia...kami dok dekat2 belakang..takla penuh sangat..kroh2 tidur, yummy2 makan..kroh2 tidur balik, sampaila ke KLIA...ambik lagi pcr test..pakai gelang dan status my sejahtera dah bertukar jada merah....
CMCN teruih pi tiket bas...dah gelang merah, bas ke taiping takmau ambik...huhuhu..CMCN pi belila tiket flight ke Penang...call cik Pia suruh mai ambik CMCN kat PIA...
CMCN pi la nak masuk MAS Lodge, sebab kami beli tiket business class, tak boleh masuk jugak sebab status my sejahtera merah...mujurla staff Mas Lodge baik2...bagila kami makanan2 dan kami pun dok kerusi yang dekat2pintu masuk Mas Lodge tu..kenyangla jugak...
Flight mai, CMCN pun naikla..dalam 45 minit sampai la ke PIA...Cik Pia dah siap menunggu...bertolakla kami ke rumah yg dah 2 minggu di tinggalkan...pulang ke asal...
Kesimpulan dari kebara kali ni, CMCN suka lagi dengan trip ke Balkan dengan Kembara Sufi, lagi teratur dan hotel lagi kelas..dapat pulak tour leader yg rajin check samada makanan halal ke tak..rajin mai bilik tunjuk arah kiblat..tour leguide dari Bosnia, Senat yang jugak seorang muslim...senang kami nak berurusan..apapa2 pun alhamdulilaah CMCN pergi dan balik dengan selamat..terhindar dari covid dan segala mala petaka...sihat waiaiat..terima kasih dan bersyukur atas kesempatan yang Allah berikan pada kami berdua ni...Aamiin