14HB SEPTEMBER 2022
Pilih punya pilih tarikh, akhirnya CMCN pilih 14hb September 2022 rombongan meminang CMCN from Malaysia ke Lokhsomawe Aceh Indonesia meminang si buah hati Che Di...Tarikh ni ja paling sesuai sebab 8hb October hari perkahwinan anak Che Ang, dan ujung bulan October Che Bina dah due untuk bersalin...
Rombongan CMCN ni adik beradik rapat yang ikut..kami kena pergi melalui Medan, 8 jam ke Lokhsomawe...kakak Che Mat, Che Ana, kakak Che Nah Che Yah dan Che Ang, abang ipar Che Nah, Abang Mail, dan kak ipar Che Nah, Che Ida..abang Che Nah, Che Pa last minute tak dapat ikut sebab masalah kesihatan, so anak CMCN, Che Pia yang ganti,..dan tentunya bakal pengantin Che Di ikut sekali.
Che Nah pun bookingla Air Asia awai la sikit..pi rabu pagi2, terus naik van ke Lokhsomawe, tidur semalam, esoknya bertunang dan kembali ke Medan..tapi dengan Air Asia ni dok pospone2 ke petang ke malam..akhirnya flight kami pukul 11.50 malam...
Che Nah tukaqla jadual perjalanan..tidur semalam di Horison Sky Kualanamu Airport..pagi2 esok naik train ke Pusat Bandar Medan. naik van ke Lokhsomawe , tidur semalam, esok pagi2 bertunang, settle bertunang balik ke Medan, tidur 2 mlm di Medan baru balik ke Malaysia.
Ni la wajah2 ceria ahlil2 rombongan CMCN ni hehehe...
15HB DECEMBER 2022-Khamis
Dalam pukul 12.10 am flight landing di Kualanamu Airport..bila rombongan CMCN cek imgiresen, depa check sijil vaksin dulu...luluih semua...pastu pi kaunter Imigresen, depa mintak tiket balik..dahla Air Asia tak bukak2 lagi boarding balik, CMCN tak print pulak voucer booking .sangkut la sat kat situ...Che Mat kelam kabut nak masuk sim kad hello 1010 indonesia kat hp punya..tak lepas2..che Nah nak tunjuk resit booking hotel, Che Mat kata tak payah...imigresen tanya jugakla nak ke mana...semua habaq hal yang sama..nak pi meminang kat Lokhsomawe...depa kesian kut dok tengok semua otai2 dah keletihan...depa lepasla jugak...alhamdulillah...
Mujuq betui, Che Nah booking hotel di airport ni ja...kami naik satu tingkat ja..dah jumpa hotel...check in dan rehat2 semua2.
Pagi2 CMCN ronda2 kat airport ni..biskut hantaran satu kotak jadi sagon...muncung Che Ida kakak ipar Che Nah...nak buat macam mana...biskut tu lembut...dok kelam kabut kat imigresesen pagi2 tu, sengit bengit kotak biskut tu..Che Nah jumpa la satu jenis biskut yang sesuai untuk gantikan biskut sagon tu..
Che Nah ambik bilik sekali breakfast kat hotel ni...sedap breakfast kat sini..hotel pun cantik..baru bukak lagi rasa Che Nah..memang sesuai untuk penumpang yang sampai lewat malam ke Medan atau untuk transit sebab memang tak ada dah kenderaan awam dari Kualanamu Airport ni ke pusat bandar Medan.
Dah jadi 3 serangkai kakak CMCN ni....hehehe...dok sebilik bertiga, makan bertiga..membawang pun bertiga huhuhu
Settle check out kami pun bertolak ke pusat bandar naik keretapi, macam ETS la kat Malaysia..tiket dah beli siap2 kat Malaysia lagi
Dalam keretapi Che Nah dah call dan pelanggan tetap Che Nah pasangan Che Monawar dan Kak Hanum orang Medan yang selalu mai menyumpah kat Che Nah..depala yang tolong carikan van dan supir untuk rombongan CMCN ni ke Lokhsomawe ni.
Sampai ke Train Station Medan, dalam 5 minit sampaila van kami ni..dengan supir, Monawar dan Kak Hanum...van ni, ikut Che Nah ok jer...Che Mat dok depan sebelah supir, belakang nya Monawar dan kak Hanum. belakang pulak kakak2 CMCN tiga serangkai, pastu pasangan penang Che Mail dan Che Ang, belakang sekali Che Nah, Che Di dan Che Pia. Kami dok betul2 atas tayar belakang...huhuhu tersiksa jiwa dan badan..dengan pemanduan yang memecut laju..tak break pun bila langgaq lubang atau jalan tak rata, break mengejut..melambong2 kami 3 beranak kat belakang ni...dahla 8 jam baru sampai...huhuhu
Van ni berhenti kat kilang buat kerepek dan kekacang...semua pun memborong la jugak...ada makan nasi free, lauknya besya2 ja, dan ada karaoke...layanla jugak rombongan kami ni
Che Nah ambik kesempatan beli buah2an untuk hantaran, dan kami teruskan perjalanan yang memeritkan hati dan bontot Che Nah....huhuhu
Dalam pukul 8 malam barula sampai ke bandar Lokhsomawe...jenuh juga bakal tunang Che Nah menunggu di sana..kami pun pergi siap2 dinner sebelum masuk ke homsestay yang Dina tolong tempah awai2 lagi.
Settle dinner rombongan CMCN yang kelesuan di pandu oleh sepupu Dina ke hometay kami..
Agak selesa, ada 6 bilik, 2 di bawah dan 4 di atas..cukup2 ja untuk ahlil rombongan kami ni..sampai homestay, bayar duit, mandi, solat dan bum semua lenaaaaa...
16hb September 2022- Jumaat- Lokhsomawe
Pagi2, rasa lega betui..hilang penat semua, masing2 melaramla dengan baju tema hijau terkois..
Che Nah pun susun2 balik barang2 hantaran yang malam tadi Che Nah dan Che Ang gubah2 balik.
Beg luggage yang besar tu masa datang penuh dengan barang2 hantaran ja, masa balik memang dah terbayang penuh dengan barang2 shopping..hehehe
Ketua rombongan merangkap wakil rombongan merangkap ketua berbincang dan bapak
pada bakal pengantin...huhuhu
Kami breakfast dulu.(.sepatutnya tak payah sebab juadah berlambak2 di rumah pihak perempuan), selepas tu kami pun bertolak ke rumah keluarga Dina..jauhla jugak..dengan pakaian dan hantaran , jenuhla kami kena dok maintain ayu dalam van..huhuhu..
Sampailah sudah kami ke rumah pihak perempuan, kecik ja rumah mak Dina, rumah percuma yang di dirikan oleh kerajaan untuk mangsa Tsunami dulu..
Ramai dah jiran tetangga dan sanak saudara di rumah pihak perempuan...maklumlah pihak laki2 bukan orang besher2...mai dari obersea...hehehe..rasa macam retis la pulak bila renungan dan pandangan orang ramai meneliti dan membawang rombongan CMCN ni...
Rombongan CMCN terus di persilakan ke dalam rumah...masuk ja ke dalam
tudiaaaa..terkejut kami nengok bermacam2 juadah tersedia...
Rugi betui dan breafast kat homestay tadi...huhuhu.. dan adat kat sini makan dulu baru berkira/berbincang...
Kami di persilakan menjamu selera, tapi tula sebab perut dan terisi dengan sarapan di homestay, tak luakla sangat..huhuhu..memang macam2 lauk pauk dan pencuci mulut dan memang lazat2 semua nya..
Selesai menjamu selera,wakil perempuan pun masuk untuk berbincang...adat di sana wakil berbincang mesti ketua kampong yang jadi, macam tu na...
Maka berlangsunglah upacara memperkenalkan diri dan hajat. bincang2 tempoh, emas kawin dan lain2 syarat..bla...bla..bla...jadi kami pun sepakat jangka masa bertunang adalah setahun, mas kawin 10 mayam emas..2 mayam di beri masa bertunang, 8 mayam masa akad nikah.
Settle dah perbincangan, adat sarung cincin pulak...2 mayam emas tu Che Nah beli gelang, dan sebentuk cincin emas, Che Nah tambah dengan subang berlian Che Nah untuk jadikan sebentuk cincin batu belian...Kreatif jugak kan Che Nah Ni...hehehe
Oleh sebab ada 2 barang kemas nak di sarung, Che Nah bagi peluang Che Ana kakak Che Mat yang tak ada anak laki2,untuk sarungkan ke pergelangan tangan Dina dan Che Nah sarungkan cincin ke jari Dina...nampak happy betui kakak ipar Che Nah ni....hehehe

Merasalah Che Ana kakak ipar Che Nah ni menyarung gelang ke tangan bakal menantu perempuan...happy betul dia...alhamdulillah...

Giliran Che Nah pulak sarung cincin ke jari bakal menantu...sayangla jugak kat batu berlian subang Che Nah ni...mintak2la jadi hingga ke gerbang perkahwinan depa dua2 ni...kalau tak jadi, Che Nah mintak balik cincin ni....huhuhu
Lepas berdua beramai2 la rombongan CMCN bergambar dengan bakal pengantin
Berposingla pulok Che Dina dengan Che Di ni...

Steady Che Mat.....steady........hahaha
Dalam pukul 9 jugak kami sampai ke pusat bandar Medan, Che Nah booking Desatu Hotel, bertentang dengan train station dalam kawasan Central Point Medan, mall terbesar di Medan ni..walaupun kecil, selesa bilik di Hotel ni..dan yang penting kami lintas jalan ja bila nak balik ke Kualanamu Airport dengan train nanti.17hb September 2022- Medan
Desatu Hotel ada sediakan breakfast, tapi kata staff sana lebih baik breakfast di restoran luar jer...lebih murah...dan dia pun tunjukla restoran yang di maksudkan..memang bersih..tapi dah makan baru kami sedari bukan kedai orang islam....huhuhu tapi semua nya makan lontong dengan nasi lemaknya..kira tak ada guna daging ayam atau daging apa2 pun...
Selesai breakfast, kami pulang ke hotel dan mintak tolong staff hotel panggilkan 2 buah grap untuk kami menyopping di pasar ikan..masing2 dan sedia juta2an rupiah untuk shopping..tapi CNCM dah pesan jaga2 dengan penjaja2 kecil2an yang sah2 akan ikut bontot kita masa kat sana...huhuhu
Sampai pasar ikan ja, sah2 dah mengekoq penjaja2 kat depan, belah kiri kana, belakang kami...huhuhu...rimas...rimas...rimas...yang amat sangat sangat....tapi nak buat macam mana...huhuhu
Sempatla beli yang mana patut untuk anak menantu cucu dan family di malaysia...lepas ja shopping, che Mail terus suruh ikut dia pi lunch di Restoran Garuda, Che Mail Che Ang yang belanja..mehe nya...makanan tak lah umph sangat
Ni la satu2nya gambar couple CMCN sepanjang lawatan ke sini..kalau ronda2 berdua ja, berlambak2 gambar couple ni...kalau beramai2 tak sempat dah nak berdua2an posing....hehehe
Pagi2 esok sebelum naik train ke Airport Kuala Namu, kami breakfast kat kedai acheh yang berhampiran..takla ikut sangat cita rasa Che Nah yang tak tahan makanan pedas2 ni...tapi layanla jugak..
Settle breakfast, kami pun check out dan berjalan melenggang ja melintasi jalan ke Train Station..
tapi posing tetap posing...walaupun berlaku insiden kecik masa balik ni tapi tak payah la bersoreh kat sini...yang penting semua selamat naik train, terus ke departure hall, tunggu flight yang mujur tak delay..makan dulu di Airport sini...naik flight dan alhamdulillah selamat mendarat di PIA.
Bila dah keletihan tak la banyak gambar nak di tangkap...huhuhu..sampai ke PIA, anak Che Ang dan bawah kenderaan CMCN ke parking, Che Yah dan Che Ida balik dengan Cek Faiz anak Che Yah..kami pun ramai2 dinner kat penang dan perjalanan di teruskan balik ke home sweet home di Kampong Pinang Kamunting.
Selesai lah corat coret sepanjang perjalanan ke Medan dan Aceh ni...tunggula ke Aceh la pulakkk (Part 3), insha Allah bulan september 2023 nanti...
..........TUNGGU......