Wednesday, 6 March 2019

Hari Pertama belajar buat blog









Che Nah sebetul dah lama ada niat nak buat blog, untuk catatan perjalanan Che Mat Che Nah..bukanla nak menunjuk tapi nak mengabadikan gambar gambar yang berlambak2 dan pen drivela, hpla, lap top la...kalaula rosak benda2 ni hilangla semua kenangan Che Mat Che Nah ni...huhuhu

    Punyala study dari mak pak google ni cara-cara nak buat blog ni...hentam sajala Che Nah oi...lama lama pandai la jugak...hehehe...mujurla Che Nah ni celik IT..bolehlah gagau gagau sikit akhirnya terciptala blog ni...memang untuk tatapan sendiri ja..mula mula ingatkan nak syok sendiri..terhabaqla pulak kat Che Mat yg Che Nah ada buat blog...mulanya Che Mat dok send gambar2 simpanan dia pulak ..suruh simpan sekali dalam blog Che Nah ni..tu yang gambar model model tak berbayar berlambak2 dalam blog ni...

Che Nah dengan suami Che Mat memang suka ronda-ronda..sejak anak kecik kecik lagi ..kira pusing satu malaysia je la...Bila dapat duit kwsp umur 55 tahun , barulah start plan luar negara pulak...tapi settle dulu semua hutang piutang...taruh sikit dlm tabung haji dan ASB lebih-lebih tu la yang dok layan minat meronda ni..

Setakat sekarang ni banyak jugala negara luar yang kami dah ronda ronda...Kebanyakannya ke negara negara Eropah, Che Mat Che Nah ikut pakej ja..yang sekali ronda 5,6,9 negara..kalau pergi sendiri memang jenuh nak menyusun jadual...tapi setakat Indonesia, Sabah, Perth Australia ni Che Nah Che Mat main redah ja..tu pun jenuh bukak blogger2 untuk dapatkan pengalaman ronda ronda tanpa pakej aka pi sendiri aka backpackers ni...hehehe...

Nanti la Che Nah Che Mat update pelan-pelan satu persatu kisah ronda ronda kami ni...ada yg gambor je yg ada, catatan belum..kemudian sikit kut..maklumlah Che Mat Che Nah ni pasangan yang bekerjaya...Che Mat sibuk dengan pusat asuhan kanak2/bayi, Che Nah sibuk orang dok mai mintak tanda tangan, macam retis...tp lg best, depa nak tanda tangan Che Nah, depa kena bayar,,,tanda tangan retis tak payah bayar...sapa pandai tolong teka awatnya kena bayar bila nak tanda tangan Che Nah..hehehe...

No comments:

Post a Comment