Melihat negara-negara Eropah dengan mata sendiri memang berbaloi...Cuaca yang berbeza, dengan salji yang memutih memukau hati sepanjang perjalanan...melihat bangunan, budaya, pertuturan, akan menjadi satu pengalaman yang memang benar benar menarik..CMCN bukan nya tak minat nak meronda ke negara2 Asia atau Asean..tapi biarla masa umur tak cukup tua ni dan kederat masih kuat, CMCN ronda2 negara yang jauh2 dulu...sebab perjalanan yang jauh, sah2 kena transit dan memang agak terkejar2..dah cover negara jauh2, CMCN barula plan nak ke Japan , Korea atau India.Negara Indonesia, Thailand, Singapore CMCN dah sampai, yang lain macam Mymmar, Filiphina tak teringin la pulak...makanan halal susah sangat....hehehe
Kali ini Che Mat Che Nah ronda ronda Central & Western Europe ..awal musim sejuk,,nak merasa hujan salji la pulak kan...Che Nah cepat rindu kat hujan salji ni...hihihi...
Macam biasa, survey punya survey, Che Nah Che Mat join Kembara Sufi & Tour jgakla..sebenarnya tak banyak lg sykt tour yg buat pakej ke Central Europe ni..yg lain mehe..ada yg full board...bab2 makanan ni Che Nah tak berapa nak kisah...Che Nah dah beli lunch box letrik, cukupla masak nasi utk 2 org...beli sambal udang che nor, breakfast kat hotel, che nah rebus telur sebiji dua..ambik buah sebiji dua jgk..tu la lunch kami...
Mmg agak payah nak cari makanan halal kat Europe ni, kalau ada pun restoran turki..tu pun full house..kena que panjang..dan ada blogger yg kata tak semua restoran turki tu 100% halal,,daging ayam mmg halal, tp daging kambing atau lembu better elakkan..
So, senang cerita Che Nah masak nasi ja bawak bekal..daripada que panjang, masa tu boleh buat berjalan ronda-ronda sepuas hati..bukan tentu nak mai dah lain kali..bekal, kami hadap luar bas atau dlm bas..hehehe..
So, macam biasa Che Nah Che Mat naik bas je ke KLIA dari Kamunting, Kami pun tinggal kat Kamunting, tak sampai 5 minit ja dah sampai Stesen Bas Kamunting..Che Mat Che Nak naik bas pukul 10 malam, sampai KLIA dlm 3.30 subuh..Anjung Tinjau belum bukak lagi, lepak punya lepak, sampai pukul 6 pagi, kami pun ke Anjung Tinjau utk solat subuh,,,pukul 6.30 lebih dan berdebuk debab wasap masuk dlm wasap group Central Europe ni...Che Mat Che Nah pun tunggula kat kaunter Oman Air..berkenal2la dengan ahli group yg lain dan tour leadernya Razak.
Dah selesai taklimat kami pun bergerak untuk boarding.,hehehe
Oman Airlines ni pada pendapat Che Nah ok jgkla...tapi Qatar Airlines masih paling top dalam pilihan Che Nah...adalah sekeping dua gambar semasa kami bertolak...
Kami sampai ke Azimut Hotel di Munich dah agak gelap. tp rasanya dalam pukul 4 lebih ja...Ruginya meronda musim dingin ni, waktu siang singkat sangat..pukul 4 lebih dah maghrib...rugi rugi..tp mengenangkan salji yg memutih dan hujan salji yg turun lembut menyapa kita, Che Nah redha je la..

=========================================
HARI KE DUA (4/12/2018) - NEUSCHWANSTEIN/SCHAWANGAU/
HALLSTATT/SALZBURG
Pagi2 lg selepas breakfast kami dh mengheret beg masuk balik ke dalam bas.Jauh jugak kena heret beg ni, sebab bas tak lepas masuk ke depan lobby..huhuhu
Sempat jugakla Che Nah Che Mat berswafoto sebelum masuk bas..hehehe
Best nya negara2 Eropah ni...bandarnya amat bersih, penduduknya amat hormat pada penjalan2 kaki..kalau nampak ja kita nak melintas jalan, drebar akan slowkan kenderaan dah bagi isyarat kita untuk melintas..tu jalan yg lengang la..jalan sibuk janganla sesuka hati ja nak melintas...
Ikut itinerari perjalanan kami akan ke Hallstatt, Austria, tapi kami akan singgah untuk melawat Neuschwanstein & Hohenschwangau Castle..nak menaip nama Castle ni senang la...nak menyebutnya sampai tergeliat lidah Che Nah...hehehe..
Kedua2 Castle ni memangla menarik...tp kami tak masuk pun...berswafoto ja di luar Castle ni...hehehehe..terbanyakla pulak gambar2 supermodel otai malaysia ni...huhuhu
Malam ni kami menginap di Hotel Cheimgauer, Izzell...cantik permandangan diluar hotel ni...nampak bukit bukau yg memutih di puncaknya,,,fuyoo...cantik ciptaan Allah SWT
=====================================
HARI KE 3 (5/12/2018) - MUNICH-HALLSTATT/SALLBURGH
Puas menikmati panorama Inzell..kami pun bergerak ke Hallstatt, Austria...ingatkan boleh berehat, tapi Emelia tour guide kami rajin bebenor menerangkan setiap tempat yg sedang kami rentasi dan akan kami terokai..marah dia kalau kita bersembang ...masalahnya terlalu teperinci sampai boring telinga kami..macam cikgu sejarah gayanya.hehehe..
Sampai ke Hallstatt, salah satu kawasan perlindungan di bawah UNESCO..memanglah cantik tak terkata..dengan gunung ganang, dengan tasiknya...membuat Che Nah terpegun ..indah betul Ciptaan Allah SWAT ni....
Puas jugakla Che Mat Che Nah menikmati keindahan Hallstatt ni...tak pastila sempat ke datang ke sini lagi, takkut rasa Che Nah...hehehe....
Dari Hallstatt kami bergerak Salzburg, Austria...kota kelahiraan Mozart...karyawan seni yang terkenal se antero dunia ni..yg bestnya, lawatan kami ni nak hampir2 hari Natal..kira banyakla jualan murah sempena kedatangan Hari Natal ni...sempatlah merayap melihat jer hasil2 jualan penduduk di sini dah adalah beli sikit2 cokelat mozart dan cokelat lain2 dan Fridge Magnet sebagai cenderahati kaum kerabat dan sahabat tolan nun jauh di kampung halaman....hehehe..

Puas jugakla cuci mata kat bandar Salzburg ni..meriah la tengok gerai-gerai dengan lampu2 neon yg bergemerlapan,..kami pun terus balik ke bas dan bergerak ke hotel yang seterusnya Styles Hotel Piding, terletak di sempadna German Austria tp dlm negara german, kata Emelia, hotel hotel di german jauh lebih murah dari hotel di Austria ni...ikut je la kami ni..hehehe
sambil tu tatapla gambar2 permandangan yg memang indah di mata ni...hihihi
Bermalam la kami di Styles Hotel di Piding ni..seronok jugak bertukar hotel tiap malam..lain hotel lain lobby, susunan bilik, permandangan sekeliling,breakfast saja yg agak sama yg boleh kami ambil...roti,roti, telur, bijirin, kopi, teh...mula terbayang nasi lemak, roti canai..huhhuh...

======================================
Che Mat dan Che Nah dah pernah sampai ke Vienna ni masa trip ke Balkan tahun lepas..tapi takla sempat meronda habis2an..kali ni kami di beri masa sehari suntuk. selepas singgah di satu bangunan bersejarah...lupa dah nama tempat ni..sebab tak ada dalam itinerari asal. Emelia bagi bonus katanya,,sebab kami tekun mendengar khutbah sejarahnya dlm bas kut...hehehe
Kami pun di lepaskan di MariaHilfer strasse yang macam-macam ada di jual disini,.tentula barang berjenama kan...mcm biase Che Mat Che Nah sanggup jamu mata je la...
=====================================================
Pagi-pagi CMCN dan rakan2 bertolak la le Budapest.. sebelum tu sempat la deme ni bawak kami menyopping kat Parndorf Outlet..macam biasa CMCN ni nyopping mata jela..tu yg free kan...
Kami teruskan perjalanan.dan singgah sekejap di Bratislava, Slovakia...singgah sekejap di Bratislava Castle...adala jugak satu kedai sovenier yg jadi tumpuan pelancung..dan gambor2 kenangan tak la berlambak macam selalu..hehehe
Perjalanan di teruskan sehinnga sampai ke Budapest, ibu negara Hungray
=================================
Pagi-pagi kami dah bertour di bandar Budapest..adalah naik boat di Danube River dan jalan-jalan sekitar bandar ni...menarik juga, tapi banyak patong2 kuda dan pahlawan2 lama di sekitar bandar ni..
Selesai ronda ronda Budapest, rombongan CMCN meneruskan kembara ke Zakopane...permandangan kiri kanan jalan memangla hebat..alhamdulillah Che Nah dah sampai ke Hungary ni..hehehe...
===================================
HARI KE 7 (9/12/2018) -ZAKOPANE-KRAKOW
Pagi pagi selepas sarapan , dah nampak di luar sajli2 nipis sedang turun..kami pun beramai2la keluar ke halaman dan belakang hotel..memang cantik kawasan di persekitaran hotel. di kelilingi gunung ganang dan semua puncaknya bertopi salji...salji turun amat nipis..lembut dan sopan ja..hehehe...
Selesai ronda-ronda Zakopane, kami bertolak ke Krakow pulak..Krakow ni macam bandar perlancongan so ramai gila pelancong kat sini...
==================================
HARI KE 8 -(10/12/2018) BRNO-CEKSY CRUM-PRUGE
Pagi lepas breakfast kami sempatla berposing di depan hotel..buat kenangan la kan....
Perjalanan di teruskan menuju ke Cesky Krumlov...rajinla pulak Che Mat kita mengambil gambar di sepanjang perjalanan ke Cesky Krumlov ni...
Sampai ke Cesky Krumlov, kami menunaikan solat jamak di tanah lapang berdekatan, walaupun emilia bukan Islam, tapi dia faham akan kewajipan kita sebagai umat Islam...selesai solat dia pun membawa kami melawat Castle bersejarah ni...selepas di beri penerangan, kami pun bergerak bebas melawat dan mencari ole-ole di sini...agak murah jugakla..sedang syok syok memilih ole-ole salji turun agak lebat...hehehe..yg Che Nah tunggu akhirnya sampai jugak..bukan saja kami para pelancong, tuan punya kedai2 di situ pun agak teruja..mungkin pertama kali kut salji turun di sana tahun ni..tertunailah hajat che nah nak bermanja puas2 dengan salji ni...
===============================
HARI KE 9 (11/12/2018) - PRAGUE
Dah nak sampai ke penghujung ronda ronda Che Mat Che Nah kali ni...pepagi macam biasa selepas sarapan kami ronda-ronda Bandar Prague pulak..
Kami pergi melawat kediaman presiden rasa Che Nah .. lupa dah apa nama bangunan ni....ada guard dan memang ramai pelancung kat sini..Che Nah Che Mat takla teruja sangat tengok tapi follow je la..lepas tu naik boat lagi kat Voltava River..dapatlah lihat banyak bangunan2 lama dari dalam boat,,
=================================================
HARI KE 10 (12/12/2018) - PRAGUE TO MUNICH
Selesai sarapan macam biasa kami bertolak dari Prague ke Munich...permandangan sepanjang perjalanan amat cantik...pokok2 dan bangunan dah mula di liputi salji...ada satu tempat, bas berhenti untuk mengisi minyak dan kami mengambil kesempatan untuk bermanja-manja dengan salji lagi..hehehe
Puas bermain salji. bas bergerak lagi...terus ke Ingolstad Village, tempat shopping barang2 berjenama di German ni...macam biasa Che Mat Che Nah ronda ronda kosong je la...hehehe
Selesai shopping, semua ahli rombongan berbeg2 bawak masuk ke bas..syok nya depa..hahaha..kami pun terus check-in di hotel yg mula2 kami sampai dulu Azimut Hotel..
===================================
HARI KE 11 - (13/12/2018) -MUNICH
dan kami pun menyusur kiosk2 yg menjual banyak barang2 utk persediaan Hari Krismas ni...seronok rasanya..maklumla cuaca sejuk..takla berpeluh walau pun dah berbatu2 ulang alik jalan ni...
Selesai solat di surau berdekatan, kami bertolak ke destinasi terakhir sebelum ke airport..kami ke FC Bayern Munchen Stadium..tetapi di sebabkan jalan yg amat sesak, kami tak sempat masuk ke studium ..hanya sempat berphoto di luar Stadium ni..ni yg ramai peserta yg peminat tegar bola tak berpuas hati...nak buat macam mana, kita yg merancang Allah Maha Mengetahui...
=====================================
HARI KE 12 - HARI TERAKHIR-MUNICH-MUSCAT-KLIA-KAMUNTING
😍🥰
ReplyDelete😍🥰
ReplyDelete